Pertama kali dalam sejarah 9 Perdana Menteri Malaysia, bossku ke Sungai Buloh. Dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia, bermula dari Tunku Abdul Rahman hinggalah terkini, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob, nama bekas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sebutan ramai.
Terkenal dengan gelaran Bossku, hari ini ia mencatat sejarah peribadi dalam sejarah senarai Perdana Menteri Malaysia apabila Datuk Seri Najib yang juga Perdana Menteri ke -6 didapati bersalah menyeleweng kes dana SRC apabila wang RM42 juta dimasukkan ke akaun peribadinya.
Jika ada pun sebelum ini adalah melibatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghadapi pertuduhan liwat ke atasnya dan turut dibawa ke Sungai Buloh.
Bagi kes Perdana Menteri Malaysia, ia belum pernah terjadi sama sekali bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak (bapa Najib), Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir (dua kali menjadi PM), Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan terkini Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib..
Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini.
Dalam pembelaan sebelum ini, jejak aliran wang jelas menunjukkan dana RM42 juta daripada akaun AmBank milik SRC International Sdn Bhd dipindahkan melalui akaun bank anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) dan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) sebelum dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Ihsan Perdana adalah syarikat yang mengendalikan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi SRC International.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– “Saya Kehilangan Kata-Kata..” Bonda Najib Razak, Tun Rahah Meninggal Dunia
Menurut Berita Harian sebelum ini, pada Isnin dan Selasa lalu panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, mendengar dua permohonan dikemukakan pasukan pembelaan Najib.
Permohonan pertama membabitkan cubaan Najib untuk mengemukakan bukti baharu untuk mengaitkan latar belakang pembabitan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan SRC.
Permohonan kedua pula adalah usaha pasukan pembelaan Najib untuk menangguhkan rayuan utama kes SRC untuk tempoh antara tiga hingga empat bulan atas alasan membolehkan pasukan pembelaan yang baharu dilantik Najib itu membuat persediaan.
Namun, kedua-dua permohonan terbabit ditolak sebulat suara oleh panel lima hakim yang bersidang termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.