
Isi Kandungan
TogglePertama Kali Cuba LEPAT CENDOL Menjadi, Sedap Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat! Sedapnya dapat menikmati kuih lepat cendol ni. Buat sendiri di rumah, lebih puas hati. Rasa lemak manis secukup rasa. Lebih-lebih lagi apabila dimakan sejuk-sejuk. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak malah mudah je nak buat.
Boleh cuba resipi lepat cendol yang dikongsikan oleh Mamata Aiza ini sebagai panduan;
Alhamdulillah atas permintaan kakak sulung nak lepat cendol ni. First try menjadi makan sejuk-sejuk sedap wei.
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula
2 sudu besar Tepung Ang Kwe ( ade dalam gambar)
1 sudu kecik garam
2 kotak santan kara
1 liter air (agak-agak)
1 bungkus cendol (lupa bape gram)
Daun pisang dilayur atas api
Cara Membuat:
1.Bancuh semua bahan kacau dulu bagi tepung semua sebati, baru buka api sederhana dan kacau sampai likat.
2. Mendidih sikit baru masukkan cendol dan kacau lagi bagi sebati.
3. Kemudian, tunggu menggelegak sedikit lagi dan boleh tutup api.
4. Panas-panas atau suam-suam letak atas daun pisang.
Kemudian simpan dalam peti ais. Sejuk-sejuk makan dengan nikmatnya.
Selamat Mencuba!

Mesti Baca:“Lama Tak Makan LEPAT LIAT Inti Nyok, Isteri Buat Hilang Teringin” Ini Resipinya!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Kuih LEPAT UBI Kenyal-Kenyal, Kukus Selama 25 Minit Dah Boleh Makan!
Artikel Menarik:Cantik Kejadian CENDOL Homemade, Pertama Kali Cuba Menjadi & Puas Hati!
Mingguan Wanita: Menarik resipi lepat cendol ni. Nak buat pun mudah. Sedapnya makan sejuk-sejuk, memang nikmat!
Sumber:Mamata Aiza
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Bubur Jagung Lemak Manis, Guna Jagung Segar, Ranggup & Meletup Dalam Mulut

Bubur jagung lemak manis. Sedapnya dijadikan hidangan minum petang untuk keluarga. Ia sedap dimakan terus atau dicicah dengan roti.
Tapi kalau bubur lemak manis yang menggunakan jagung sebiji-sebiji, tak perlu tambahan lain. Ini pun dah mencukupi.
Bagi perkongsian dari Aisyah Humaira, resipi bubur lemak manis ini menggunakan jagung segar, barulah sedap dimakan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Bubur Jagung Lemak Manis, Nak Kuah Pekat, Blender Sikit Jagung Barulah Sedap!
Petua Bubur Kacang Hijau Wangi & Sedap, SANGAI Sebelum Masak, Tak Perlu Rendam
Bubur Jagung Lemak Manis Guna Jagung Segar
Biasanya, kalau guna jagung segar, ia terasa manis dan meletup-letup dalam mulut. Apatah lagi bila digigit, ranggupnya seperti makan jagung cawan.
Bahan-bahan:
3 batang jagung – dibuang kulit dan ambil isinya sahaja. Kupas guna tangan sebab nak jagung lerai sebiji-sebiji.
1 ½ cawan kecil biji gandum
2 kotak kecil santan
3 sudu besar penuh gula perang
1 sudu besar gula putih
1 ketul kecil gula melaka
2 helai daun pandan disimpul
Air secukupnya mengikut banyak kuah yang disukai
Secubit garam
Cara Membuat:
1. Basuh biji gandum seperti basuh beras dan masak bersama air hingga empuk. Gunakan instant pot Instant Pot tekan menu “pressure cook” set masa selama “2” minit
.
.
.
2. Setelah biji gandum empuk, masukkan semua bahan di atas satu persatu sambil kacau hingga sebati
.
3. Tekan menu “slow cook” masa “30 minit” atau boleh juga pilih menu “saute” dan masak hingga jagung empuk.
.
.

Mingguan Wanita : Boleh guna pressure cook atau masak saja atas dapur gas biasa. Rasanya tetap sama. Sedap dan berlemak. Selamat mencuba.
Sumber: Aisyah Humaira
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
RESIPI Sos Spaghetti Homemade Perisa Garlic Mushrooms Paling Sedap, Boleh Simpan 2 Tahun!

Isi Kandungan
ToggleRESIPI Sos Spaghetti Homemade Perisa Garlic Mushrooms Paling Sedap, Boleh Simpan 2 Tahun! Memang jimat dan berbaloi bila dapat buat sendiri di rumah Sos Spaghetti di rumah. Bukan itu sahaja, sos ini juga boleh dijadikan sos lasagna dan pizza.Menariknya ia boleh tahan lama tak mudah rosak, boleh simpan sehingga 2 tahun jika tahu cara masaknya yang betul.
Ikut resipi yang dikongsiakan Oleh Puan Erni Abu Samah ini sebagai panduan.
2 minggu lepas tomato sekilo rm10. Hari di Econsave terkejut tengok harga sekilo RM 1.59. Apa lagi boronglah 10kg buat stock frozen spaghetti sos. Harini buat perasa garlic mushroom.
Asalnya resepi ni saya ambik dari resipi omputeh mana tah dah lupa. Lepas tu saya adjust ikut tekak orang Malaysia. Pada yang takut ada bahan pengawet beli ready made tu, saya rasa kebanyakan dah takde bahan pengawet sebab dia guna mesin retort untuk bunuh bekteria.
Kalau 7 kilo tu bolehlah makan dalam 5 hari. Boleh olah perasa apa yang disukai. Lepas trial and error 10 tahun, garlic mushrooms paling sedap di tekak saya.
Bahan-Bahan:
7kg tomato merah buang kulit dan biji
5 biji bawang besar didadu
15 biji bawang putih dipecahkan dan didadu
Origano, parsley, basil yang serbuk kering – 2 sudu besar each
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) taruk masa 1/2 jam terakhir
3 ke 4 sudu besar Garam
2 sudu besar Gula
Cara Membuat:
1. Panaskan sedikit minyak jagung.
2. Tumis bawang besar and bawang putih jangan garing, cukup layu je
3. Masukkan tomato yang diblender halus.
4. Masukan tomato puri, garam dan gula
5. Masukkan pula lada hitam, Oregano, parsley dan basil.
6. Masak atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pon boleh.
Simpan dalam freezer boleh tahan 6 bulan. Peket kecik-kecik. Saya biasa boleh simpan 2 tahun kalau masak 2 jam. Rasa lagi sedap.
Notes
Bila nak makan hanye perlu tumis daging cincang, tambah sos diatas, adjust garam atau tambah beefball.
Boleh jadi sos lasagna atau pizza
Tak buang kulit dengan biji pun boleh tapi tak sedap sangat sebab ada serat kulit tomato.
Nak buang kulit kelar ‘X’ dekat tomato. Celur dalam air mengelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kupas macam pisang Jangan lama nanti lembik.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:Petua ‘Glowing’, Guna Skrub Tomato Atasi Masalah Jerawat & Lambatkan KEDUTAN KULIT Muka
Baca Lagi Di Sini:Sedapkan Masakan, Buat Sendiri Serbuk Perisa Semulajadi Guna KULIT TOMATO!
Artikel Menarik:Buat Sendiri Sos Tomato Di Rumah, Tiada Bahan Pengawet, Jimat & Dijamin Sihat!
Mingguan Wanita: Ada beli banyak buah tomato boleh buat sendiri Sos Spaghetti Homemade Perisa Garlic Mushrooms ini. Memang jimat dan sangat sedap malah tahan lama tak rosak sehingga 2 tahun.
Sumber: Erni Abu Samah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puding Raja Tok Mak, Pernah Jadi Santapan Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

Isi Kandungan
ToggleBersua wajah dengan personaliti yang memenuhi ruangan Gaya Hidup VIP, Datin Fadzilah Mat Idin, 59, atau lebih selesa dengan panggilan Tok Mak, terserlah sifat keibuan.
Suaminya yang juga Pegawai Khas kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatudin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah, Dato’ Hj Jamaluddin Hj Ahmad, 68, juga tidak keberatan merestui pertemuan bagi sesi temubual ini.
Wanita yang bergelar suri rumah, aktif berniaga secara online dan guru personal kelas masakan ini sebenarnya sangat dikenali di laman sosial Facebook. Sebut saja menu popular air tangannya, Puding Raja Tok Mak pasti membuatkan ramai yang terliur dengan keenakan pencuci mulut istimewa ini.

Puding Raja Tok Mak Istimewa
Malah Puding Raja Tok Mak juga pernah menjadi hidangan buat santapan YDA dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Memandangkan suami bekerja di Istana Pahang lebih 40 tahun jadi Tok Mak pun sudah tinggal di kawasan Pekan selama itu. Walaupun Tok Mak ni orang Pahang (asal Kuala Lipis) sewaktu baru-baru berkahwin dengan suami, di kampung Tok Mak tak ada Puding Raja.
“Puding raja ini sangat istimewa kerana merupakan salah satu sajian istimewa yang terdapat di Pekan. Pada awalnya Tok Mak tak pernah terfikir dari telur kuning boleh menjadi jala emas. Jika singgah di Pekan, wajib merasai makanan ini kerana tidak terdapat di tempat lain. Kiranya dulu pencuci mulut ini hanya dihidangkan di istana saja dan kini ramai yang sudah komersialkan. Namun Tok Mak bersyukur kerana mendapat resipi istimewa Puding Raja ini daripada Dato Hanizah Dato Sri Ghazali yang juga Pengurus Icah Catering. Beliau merupakan guru yang mengajar Tok Mak buat Puding Raja. Tok Mak sangat berterima kasih kepada beliau. Malah beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyediakan santapan di raja Pahang dalam majlis-majlis rasmi dan personal,” ungkap Tok Mak.
Paling menggembirakan hati Tok Mak, Raja Permaisuri Agong juga pernah mencemar duli berkunjung ke kediamannya.
“Suami Tok Mak sudah bekerja dengan istana Pahang lebih 40 tahun jadi hubungan kami agak rapat dengan keluarga diraja. Raja Permaisuri Agong juga pernah mencemar duli ke rumah kami. Sambil menikmati hidangan Puding Raja yang Tok Mak masak, Raja Permaisuri Agong juga memberikan tips. Tok Mak juga sangat kagumi Raja Permaisuri Agong dan menjadikan bukunya, Air Tangan Tengku Puan Pahang-Masakan Tradisional Pahang sebagai panduan dalam masakan,” terang Tok Mak yang beruntung kerana sering mendapat tips masakan dari tukang masak istana.

8 Tahun Kongsi Resipi Di Facebook
Dek kerana ilmu masakan yang ada, sejak lapan tahun lalu, Tok Mak sudah berkongsi resipi masakan di FB miliknya. Pada awal hobi melayari laman sosial hanya sekadar mengisi masa lapang dan berhubungan lebih rapat dengan anak ketiganya yang melanjutkan pelajaran di Australia namun Tok Mak tidak menyangka penulisannya menjadi ikutan ramai rakan Facebook.
“Tok Mak tak sangka ramai yang menghargai perkongsian resipi masakan Tok Mak di Facebook. Bila Tok Mak ada masa lapang, akan kongsi resipi, gaya hidup Tok Mak yang ala kampung dan berkongsi cara mendeko meja makan. Paling tak disangkakan rakan yang ramai memberi maklum balas terdiri dari golongan ibu muda. Malah Tok Mak juga melayan rakan-rakan di Facebook seperti keluarga sendiri. Dimana Tok Mak menyantuni mereka dan beramah mesra dengan semua orang,” ungkap Tok Mak yang turut menurunkan ilmu masakan kepada anak keduanya Nurhafiza. Selain Puding Raja Tok Mak juga menghasilkan sendiri Rempah Soto dan produk tersebut ternyata mendapat sambutan.

Anggap Anak-Anak Sebagai Sahabat
Selepas mendirikan rumahtangga, Tok Mak bergelar suri rumah sepenuh masa. Jadual kerja suaminya amat padat, disebabkan oleh itu Tok Mak memberi segala perhatian dan mementingkan pendidikan anak-anak.
“Tok Mak lakukan yang terbaik untuk memberi didikan kepada anak-anak. Tok Mak melahirkan anak ketiga pada usia 25 tahun. Sebagai seorang ibu dalam baik ada garangnya. Tok Mak berusaha lebih iaitu 200 peratus untuk ketiga-tiga anak bijak dalam pelajaran. Tok Mak juga rajin hantar tuisyen, bila anak-anak masuk asrama Tok Mak tak pernah lalai menjenguk mereka.
“Tok Mak juga berkenalan dengan semua tenaga pengajar anak-anak. Tak pernah putus memberikan anak-anak didikan yang terbaik. Malah Tok Mak anggap anak-anak sebagai sahabat. Syukur alhamdulillah ketiga-tiga anak berjaya, yang sulung Nurlina bertugas di luar negara, yang kedua Nurhafiza sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengurus di sebuah bank di Kuala Lumpur manakala anak yang ketiga Ahmad Jaffri kini merupakan Atlet Paralimpik Negara bagi Sukan Memanah. Anak lelaki Tok Mak sebelum ini normal, namun selepas mengalami kemalangan jalan raya sembilan tahun lalu dia lumpuh dan pernah melanjutkan pelajaran di Australia dalam jurusan Sains Sukan.
“Pada Tok Mak dalam mendidik anak-anak biarlah secara sederhana, walau banyak duit tapi kita makan apa saja yang ada. Selain itu Tok Mak juga tak nak anak-anak besar diri. Tok Mak juga kenal dengan semua rakan-akan anak namun Tok Mak tetap menghormati privasi anak-anak. Tok Mak juga anggap anak sebagai sahabat kalau marah biar mereka dengan secara santai,” sambung Tok Mak yang turut berbangga bergelar seorang ibu.

Jangan Cepat Sombong
Tatkala menyentuh tentang pesanan arwah ibunya yang paling diingati, suara Tok Mak bergetar dan dia kelihatan begitu sebak tatkala melontarkan kata-kata.
“Paling saya tak boleh lupa, arwah ibu suruh sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Jangan cepat berasa sombong, tak rugi jika kita mengamalkan sikap berbaik-baik dengan semua orang. Tok Mak juga pupukkan perkara yang sama pada jiwa anak-anak. Tok Mak sendiri akui ramai kenalan di Facebook yang Tok Mak tak pernah jumpa. Dalam ramai kawan-kawan ada yang bukan calang-calang orang. Pada Tok Mak siapa pun kawan kita itu berbuat baiklah dengan mereka.
“Memandangkan Tok Mak berkahwin dengan lelaki yang lebih tua sembilan tahun dari Tok Mak. Ternyata banyak yang Tok Mak belajar dari Dato’ dan lebih mematangkan fikiran kita. Dato’ orangnya tidak suka makan di luar, jadi selepas berkahwin Tok Mak belajar memasak dan Dato’ juga banyak memberi pandangan dan idea untuk Tok Mak perluaskan ilmu memasak. Suami juga seorang yang sangat cool dan tidak banyak karenah. Antara menu yang menjadi kesukaan Dato’, Ikan Masak Taucu, Stew Ayam, Puding Raja dan Sago Gula Melaka,” luah Tok Mak.
Agak jarang bercuti ke luar negara namun Tok Mak dan suami akan pastikan akan curi masa untuk menghabiskan cuti bersama-sama.
“Memandangkan Dato’ sangat sibuk, jadi kami memang jarang bercuti apatah lagi ke luar negara. Sekali sekala kami akan ke Hong Kong menjenguk anak sulung kami yang bekerja di sana. Jarang sekali melancong, tetapi Tok Mak tak boleh lupakan pengalaman mengerjakan umrah bersama keluarga. Momen itu sangat berharga dalam hidup Tok Mak,” akhiri Tok Mak.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI