Pertama kali buat ‘CREAMY CRAB CROQUETTE’ ni anak-anak dah cakap sedap, makan sampai habis Licin. Resipi ini memang sesuai sediakan untuk anak-anak, malah mak-mak mudah nak disediakan. Bukan apa jika kita beli yang frozen seperti nugget, sosej memang banyak pengawet dan bahan perisa tambahan. Bila kita buat sendiri untuk kudapan anak lebih puas hati, jimat malah terjamin halal dan kebersihannya.
Boleh cuba resipi mudah ‘CREAMY CRAB CROQUETTE’ seperti yang dikongsikan oleh Puan Kyra Amanda ini.
My first time , buat CREAMY CRAB CROQUETTE. Memang licin weei , anak-anak cakap shedapp ibu. Next ibu buat lagi.Mudah je
Bahan-Bahan:
Isi ketam
Bawang merah
Daun bawang
1 kiub pati ayam
Setengah buku Butter
3,4 sudu Tepung gandum
Susu full cream
Telur
Serbuk roti
Cara Membuat:
1. Mula-mula, rebuskan isi ketam sekejap. Masukkan dalam mangkuk, letak bawang merah yang dipotong dadu dan hirisan daun bawang. Ketepikan seketika.
2.Gaulkan kesemua tadi, dan letakan satu ketul kiub pati ayam. Dan gaulkan lagi sampai dah hancur kiub pati ayam.
3. Cairkan separuh butter sampai cair.
4. Masukkan tepung gandum dalam 3 hingga 4 sudu. Kacau sehingga pekat.
5. Masukkan pula sedikit susu full cream. Kacau sehingga pekat.
6. Masukkan isi ketam tadi dan gaul rata.
Ads
7. Untuk bahan terakhir, sediakan telur dan serbuk roti.
8. Bentukkan isi ketam biar bulat. Kemudian celupkan dalam telur dan celupkan pula dalam serbuk roti. Ulang sebanyak 2 kali celupan supaya bebola lebih padat dan tidak pecah.
9. Sejukkan dalam peti bahagian atas dalam 1 hingga 2 jam.
10. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian baru gorengkan bebola tadi sehingga garing dan berwarna keemasan. Angkat dan hidangkan.
Mingguan Wanita: Wah menarik resipi CREAMY CRAB CROQUETTE ini dan sangat sedap. Boleh cuba buat, anak-anak mesti suka dan makan sampai habis licin nanti.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Selain kuih dan biskut raya, kudap-kudapan juga antara kegemaran ramai masa hari raya.Seperti kerepek, kekacang dan popia nestum ni. Nak buatnya cukup mudah dan pastinya memang sedap.
Cuma bab yang agak ‘renyah’nak buat popia nestum ni, waktu nak menggulungnya. Jika salah gulung, hujungnya terbuka dan gulungan pun tak cantik sekata.
Rupanya ada cara senang nak gulung kulit popia ni, hanya guna batang straw. Ia membuatkan kulit popia lebih mudah digulung, kemas dan cantik apabila digunting nanti.
Berikut perkongsian daripada Puan Shaiela Ehin sebagai rujukan;
“Buat popia nestum hari ni.Saya lebih suka gulung guna straw je.Semua step ada pada gambar ye.Sesiapa nak cuba buat boleh lah buat. Saya halalkan siapa yang ambil resepi ni”
Bahan-Bahan:
Kulit popia
Nestum
Minyak untuk menggoreng
3 senduk Nestum (dikisar halus)
1 senduk gula (dikisar halus)
1 senduk susu tepung
Tepung gandum
air
Straw
Cara Membuat:
Gulung kulit popia dan letak straw. Hujung tu sapukan bancuhan tepung gandum.Bancuh jangan cair, sedang-sedang je macam buat cucur tu.
2. Gulung sampai habis dan tarik straw perlahan-lahan.
3. Buat banyak-banyak seperti ini.
4. Guntingkan popia secara menyerong dengan gunting yang tajam.
5. Gorengkan popia dalam kuali dengan api sederhana sehingga kekuningan.
6. Angkat, tos dan biarkan seketika.
7.Gaul sebati nestum, gula dan susu tepung selepas itu bolehlah taburkan pada popia yang telah digoreng tadi. Pastikan popia telah betul-betul sejuk.
Siap!
Info Ekstra!
1. Popia yang telah digunting tak perlu dijemur. Biarkan bawah kipas sekejap agar keras dan terus digoreng.Barulah rangup.
2.Jika nak senang letak popia yang dah digoreng dalam besen.Tabur nestum tu, goncang-goncang sikit, siap!
3.Kena cari straw yang keras skit, senang nak tarik.Kalau tak nak melekat sapu tepung gandum dekat straw tu, bila dah gulung senang nak tarik.
4. Goreng api sederhana, kalau api kecil sangat nanti popia tu makan minyak.
Selamat Mencuba!
MW: Buat mak-mak yang nak kudapan sampingan masa hari raya nanti boleh cuba resipi ni. Memang senang sangat nak buat dan terbukti sedap!
Makanan yang lazat sering dikaitkan kandungan sodium yang tinggi. Penting untuk kita ketahui kadar sodium yang terkandung dalam juadah harian keluarga.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kita untuk mengambil hanya 1 sudu kecil garam sahaja dalam sehari iaitu bersamaan dengan 2,000 mg sodium. Malangnya, kebanyakan dari kita mengambil lebih daripada jumlah ini.
Manakan tidak, tanpa kita sedari kita menambah garam ke dalam masakan yang telah pun mengandungi sodium di dalamnya.
Misalnya, penyediaan hidangan seperti sambal tumis memerlukan penggunaan pelbagai bahan seperti belacan—bahan yang telah pun mempunyai sodium di dalamnya. Akibatnya, apabila ditambah pula dengan garam ketika masak, ia akan membuatkan kandungan sodium di dalam sambal tumis kita itu menjadi berlipat kali ganda lebih tinggi!
Persoalan yang timbul kini adalah sama ada rasa sedap sesuatu masakan itu hanya boleh hadir melalui penggunaan garam. Jika begitu, agak sukar untuk sesuatu masakan yang sedap untuk turut menjadi sihat.
MSG Mampu Mengurangkan Penggunaan Garam
Apabila MSG tulen seperti AJI-NO-MOTO® digunakan dalam masakan, rasa kesedapan makanan akan kekal sedap tanpa penggunaan garam yang berlebihan ketika memasak.
Justeru, pegawai dietetik Jazeera Julaili berpendapat kandungan sodium dalam masakan dapat dikurangkan dengan penggunaan MSG yang betul.
“Jika ingin dibandingkan antara Monosodium Glutamat Tulen (MSG) dengan garam, ternyata sangat ketara perbezaannya,” terangnya.
Pegawai Dietetik, Jazeera Julaili
Jelas Jazeera lagi, “Jumlah kandungan sodium di dalam MSG tulen hanyalah 12% berbanding dengan garam biasa, sodium ada sampai 39%, iaitu 3 kali lebih tinggi.”
Bagaimana MSG Menyedapkan Masakan
Glutamat di dalam MSG berperanan untuk memberikan rasa asas ke-5 iaitu rasa Umami di dalam makanan kita.
Selain dari manis, masin, masam, dan pahit, kita juga ada rasa Umami. Umami adalah rasa seakan daging yang melazatkan sesuatu makanan. Reseptor pada lidah akan mengesan rasa Umami dari glutamat.
Glutamat adalah asid amino yang terhasil secara semulajadi di dalam badan manusia dan juga terkandung dalam makanan-makanan seharian terutamanya di dalam makanan berprotein. Contohnya daging, ikan, ayam, susu (termasuk susu ibu) dan juga sayur-sayuran seperti tomato dan cendawan.
Para ibu tidak perlu risau kerana tubuh badan kita terbukti mencerna glutamat dengan cara yang sama sahaja tak kira lah glutamat yang datang dari sumber semula jadi ataupun glutamat yang datang dari MSG yang tulen seperti AJI-NO-MOTO®.
Tip Menggunakan MSG Untuk Hidangan Lazat dan Kurang Sodium
Untuk mengurangkan penggunaan garam dalam masakan, kita boleh menggunakan garam bersama MSG mengikut sukatan yang betul.
Misalnya, jika kita biasa menggunakan 3 sudu kecil garam ketika memasak Sambal Tumis untuk dihidang kepada 5 atau 6 orang, cuba kita gantikannya dengan 2 sudu kecil garam dan setengah sudu kecil AJI-NO-MOTO®. Kini sodium berkurangan hingga 28% dan Sambal Tumis tetap kekal lazat!
Tambahan pula, untuk jadikan masakan menjadi lebih sedap, misalnya, masakan sup, kita turut boleh campurkan AJI-NO-MOTO® bersama dengan bahan yang juga kaya dengan Umami seperti tomato, cendawan shiitake, ikan, dan ayam. Hasilnya? Lebih sedikit garam diperlukan untuk mencapai kelazatan dalam masakan yang diingini oleh seisi keluarga anda.
AJI-NO-MOTO®, MSG Tulen Yang Terbukti Selamat!
Manakan tidak, AJI-NO-MOTO® dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti ubi kayu atau tebu. Ia dihasilkan melalui proses penapaian—proses yang sama digunakan untuk membuat tapai, cuka dan yogurt.
“Hentikan spekulasi dan fitnah terhadap MSG. Secara umumnya, MSG telah digunakan lebih daripada seratus tahun dan ia merupakan salah satu bahan makanan yang paling banyak dibuat kajian. Pangkalan datanya yang meluas merangkumi beratus-ratus kajian yang telah melalui penelitian intensif dan keselamatan MSG telah dibuktikan,” kata Jazeera.
Kita sering dimomokkan dengan pelbagai kisah buruk akibat penggunaan MSG—penyebab kanser, migrain, dan sebagainya. Walhal, ia telah disahkan selamat oleh badan-badan kesihatan besar dunia.
“Selama lebih empat dekad ini, Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Persekutuan Amerika Syarikat (FDA) telah berulang kali mengesahkan keselamatan MSG,” tegas Jazeera lagi.
Terbukti kebanyakan kisah buruk yang sering kita dengar tentang MSG adalah tidak berasas sama sekali.
Contohnya, status halalnya yang turut dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, sedangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri telah mengesahkan bahawa AJI-NO-MOTO® adalah “HALAL”.
Jadilah pengguna yang bijak dan lakukan kaji selidik sebelum mempercayai sesuatu kerana kelebihan AJI-NO-MOTO® dalam membantu mengurangkan kandungan sodium dan mengekalkan keenakkan makanan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Resipi Lazat Rendah Sodium Untuk Dicuba
Khas untuk mereka yang gemarkan resipi sihat tapi sedap, Ajinomoto (Malaysia) Berhad berkongsi 2 resipi mudah rendah sodium dari laman web mereka.
Asam Pedas Ikan Pari
Saiz hidangan : 6 orang
Pengurangan sodium : 17%
Bahan-bahan :
• ½ cawan Minyak masak
• 4 sudu besar Asam jawa dilarut dengan 1 cawan air
• 2 cawan Air
• 1 biji Bunga kantan, dibelah dua
• 5 tangkai Daun kesum
• ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
• 1 sudu kecil Garam
• 1 sudu kecil Gula
• 5 batang Bendi, dibelah dua
• 1 batang Terung, dipotong
• 500 g Ikan pari, dipotong
Bahan-bahan A: dikisar
• 1 biji Bawang besar
• 4 ulas Bawang putih
• 20 tangkai Cili kering, direbus
• 1 inci Halia
• 1 batang Serai
• ½ inci Kunyit hidup
• 1 cawan Air
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan air, kacau sebati.
3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
4. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula.
5. Masukkan bendi, terung dan ikan. Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
6. Sedia untuk dihidang.
Bayam Rangup
Saiz hidangan : 6 orang
Pengurangan sodium : 67%
Bahan-bahan:
• ½ cawan Tepung beras
• ½ cawan Tepung gandum
• ¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
• ¼ sudu kecil Garam
• 1 cawan Air sejuk
• 2 cawan Minyak masak
• 50 g Daun bayam, dibersihkan
Cara Menyediakan
1. Satukan tepung beras, tepung gandum, AJI-NO-MOTO®, garam dan air sejuk. Kacau sehingga sebati.
2. Panaskan minyak masak. Celupkan daun bayam ke dalam bancuhan tepung. Goreng sehingga keemasan.
3. Sedia untuk dihidang.
Hari ini ramai yang turut bersedih dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya pada 5.13pagi akibat jangkitan Covid-19.. Meskipun ramai yang mengenalinya sebagai seorang selebriti, namun kehilangannya terasa begitu dekat di hati semua.
Selain perkongsian mengenai kerjaya dan keluarga, arwah Siti Sarah juga sering berkongsi resipi-resipi masakan buat para peminatnya di Instagram. Perkongsian masakan dengan penuh ceria dalam loghat Terengganu dengan cara yang tersendiri, pastinya akan dirindui nanti.
Resipi ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’ merupakan air tangan terakhir Siti Sarah, yang sempat dikongsikan oleh arwah sehari sebelum dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU.
Perkongsian resipi Ketam Sweet & Sour Chinese Style, air tangan terakhir Siti Sarah seperti berikut;
Bahan-Bahan:
Ketam Bunga/Ketam Nipah
Bawang putih
Halia
Cili Boh/ Cili Kisar
Sos Cili
Semangkuk Air
Cuka
Kicap Cair
Sos Tomato
Air Tepung Jagung
1 sudu black vinegar
Putih Telur
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili boh, tumis dan kacau sehingga garing.
3. Masukkan pula sedikit gula dan sos cili.
4. Selepas itu masukkan sedikit sos tiram dan kicap cair.
5. Masukkan semangkuk air, black vinegar dan sos tomato.
6. Masukkan garam dan ketam yang telah dibersihkan tadi.
7. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan biarkan pekat sedikit dan masukkan putih telur.Kacau perlahan-lahan.
8. Masukkan kulit ketam, tutup kuali, biarkan seketika dan boleh dihidangkan.
Disamping itu, seperti kebiasaan di dalam perkongsian resipi-resipi masakan beliau sebelum ini, Siti Sarah juga sempat menitipkan doa ketika memasak iaitu;
“Bismillahirahmanirrahim, Ya Allah Ya tuhanku siapa sahaja yang makan makanan ini Ya Allah, tenangkanlah hati mereka, murahkanlah rezeki mereka, Jadikanlah mereka hambamu yang taat, Ya Allah”
Mingguan Wanita : Alfatihah buat arwahyarham Siti Sarah. Semoga perkongsian resipi ini juga, menjadi salah satu ‘saham akhirat’ buat beliau dan menjadi asbab ke syurga. Amin. Selamat Mencuba!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...