Pertama Kali Alunan Merdu Ayat Quran Berkumandang Ketika Upacara Pembukaan PIALA DUNIA. Sungguh istimewa upacara pembukaan Piala Dunia yang pertama kali diadakan di Qatar ini.
Piala Dunia Fifa Qatar edisi ke-22 ini berjaya menarik perhatian dunia apabila mengalu-alukan para peminat bola sepak seluruh dunia dengan alunan merdu ayat al-Quran. Ia disampaikan oleh Qari remaja OKU berusia 20 tahun, Ghanim Al Muftah, yang juga duta Piala Dunia Fifa.
Lebih istimewa Ghanim, merupakan remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilahirkan tanpa kaki iaitu mengalami kecacatan perkembangan tulang belakang (Caudal Regression Syndrome) , muncul bersama pelakon pemenang Oscar Morgan Freeman.
Segmen ‘The Calling’
Segmen pembukaan bertajuk ‘The Calling’, pelakon Morgan Freeman yang juga pemenang Oscar bertanyakan soalan;
“Kita semua berkumpul di sini dalam satu suku besar”.
“Bagaimana banyak negara, bahasa dan budaya boleh bersatu jika hanya satu cara diterima?”
Surah Al Hujurat Ayat ke-13
Lantas sambil tersenyum, Qari Ghanim Al Muftah mengalunkan petikan dari Surah Al Hujurat Ayat ke-13 berserta terjemahannya.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
“Bola sepak menyatukan pelbagai dengan ‘permainan yang cantik’. Apa yang menyatukan negara-negara juga membawa bersama menyatukan masyarakat.” tambah Freeman.
Pertama Kali Diadakan Di Timur Tengah
Budaya masyarakat Badwi Qatar telah dipamerkan pada hari Ahad semasa upacara pembukaan Piala Dunia Fifa baru-baru ini.
Raja Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani merasmikan upacara pembukaan dengan mencium tangan ayahnya dan mengalu-alukan dunia ke acara terbesar bola sepak itu, yang juga kali pertama diadakan di negara Timur Tengah.
“Dari Qatar, dari dunia Arab, saya mengalu-alukan semua orang ke Piala Dunia 2022,” kata Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
“Betapa indahnya orang boleh mengetepikan apa yang memisahkan mereka untuk meraikan kepelbagaian mereka dan apa yang menyatukan mereka.” Kemudian, bunga api meletup dari bumbung stadium Al Bayt.
Piala Dunia 2022 bermula dengan rekod tercipta apabila Qatar muncul tuan rumah pertama tumpas dalam aksi pembukaan selepas tunduk 0-2 kepada Ecuador di Stadium Al Bayt, awal pagi tadi. Pertembungan Qatar-Ecuador secara rasmi membuka edisi ke-22 Piala Dunia.
Mesti Baca:Dira Gesa Ahmad Zahid Berundur “Parti Memerlukan Perubahan Mutlak Mendengar Suara Hati Rakyat”
Baca Lagi Di Sini:“Sampai 5 Minit Sebelum Pukul 6 Petang” Yana Samsudin Lega Sempat Mengundi
Mingguan Wanita:Alhamdulillah.Indahnya apabila alunan petikan bacaan alquran berserta terjemahannya diperdengarkan buat pertama kali nya di upacara pembukaan, bertaraf dunia ini. Semoga menjadi ikutan buat negara dunia lain.
Sumber:Khaleej Times
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
View this post on Instagram
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI