Konsert yang dinanti-nantikan, The Journey of Sound, menampilkan kolaborasi luar biasa antara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi berbakat dari Indonesia, Judika, berlangsung dengan penuh gemilang.
Masih belum boleh move on dengan kehebatan konsert The Journey of Sound: Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 14 Disember 2024 lalu.
Mana tidaknya, bukan sahaja vokal Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika yang hebat, malah penampilan Tok Ti turut mencuri tumpuan ramai. Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memukau dengan busana elegan hasil rekaan pereka tempatan yang memancarkan keanggunan dan kemewahan. Penampilan beliau memancarkan aura bintang membuatkan penonton terpukau sejak kemunculan pertama di pentas.
Pada malam penuh magis konsert The Journey of Sound, penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian dengan busana elegan hasil rekaan pereka terkenal, Ezuwan Ismail dan Samm Republic.
Busana yang direka khas untuk malam tersebut memancarkan keanggunan dan karisma, menyerlahkan sisi glamor sang diva sambil mengekalkan elemen budaya dan keperibadian.
Samm Republic
Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil jelita dalam tiga busana menarik bertemakan putih dan denim pada malam konsert yang dihadiri lebih 24,000 penonton yang membanjiri Stadium Merdeka. Sentuhan fashion stylist tersohor Farah Dinana, mlengkapkan lagi penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam rekaan eksklusif daripada dua pereka fesyen ternama tanahair iaitu Ezuwan Ismail dan Samm Republic.
Setiap inci busana ini dihias dengan batu Swarovski yang berkilauan, mencipta ilusi cahaya yang menari setiap kali Datuk Seri Siti bergerak di pentas. Elemen ini bukan sahaja menonjolkan keanggunan penyanyi kesayangan negara, malah menyempurnakan setiap momen beliau di pentas dengan pancaran glamor.
Malah apa yang dapat disimpulkan, busana yang direka oleh kedua-dua pereka fesyen pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza ini memberikan tumpuan dan teliti untuk memberikan keselesaan tanpa menjejaskan gaya.
Potongan busana yang anggun dengan siluet berstruktur melengkapkan postur Datuk Seri Siti, menonjolkan keayuan beliau dalam setiap persembahan. Kemas dan sofistikated, setiap busana disesuaikan untuk mengalir seiring dengan pergerakan beliau di pentas.
Setiap jahitan dan perincian mencerminkan kejayaan, kerendahan hati, dan kematangan seorang penyanyi yang telah mengukir nama bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di persada antarabangsa.
Penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja menyerikan malam konsert tersebut, malah menjadi inspirasi kepada ramai. Gaya yang sofistikated ini mengingatkan kita akan bagaimana fesyen boleh menjadi medium untuk meraikan seni, budaya, dan personaliti yang luar biasa!