Ramadan bakal menjelma lagi. Tentu mak-mak masih membuat persiapan Ramadan dengan memikirkan menu hidangan untuk keluarga, makanan sampingan dan macam-macam lagi.
Sebolehnya apa yang difikirkan oleh mak-mak adalah untuk memastikan anak-anak ‘tidak lembik’ sepanjang berpuasa. Apa yang perlu diambil perhatian adalah dengan memberi buah-buahan kering yang sangat bermanfaat untuk dimakan semasa bulan puasa.
Ini antara beberapa buahan kering yang perlu ada sebagai persiapan ramadan untuk diambil semasa bulan puasa seperti yang dikongsikan oleh Dr Suri Roowi.
1. Buah kering elok diambil sebagai makanan ringan kerana ia kaya sumber serat, nutrien dan karbohidrat kompleks yang baik untuk kesihatan.
2. Tidak dinafikan kandungan buah-buahan kering rendah kandungan vitamin C, tetapi bahan berkhasiat lain contohnya polifenol jauh lebih tinggi dalam buah-buahan kering.
3. Polifenol mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan. Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antidiabetis, antidarah tinggi dan boleh elakkan sakit jantung.
4. Hasil ujian makmal mendapati bahan berkhasiat (polifenol) lebih tinggi dalam buah-buahan kering berbanding buah-buahan segar.
5. Penggunaan suhu pemanasan di bawah 60 darjah selsius juga tidak merosakkan bahan khasiat dalam buah-buahan kering.
Ads
6. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati pengambilan kerap buah-buahan kering boleh kurangkan risiko kanser prostat.
7. Kajian di Belanda pula mendapati memakan buah tin kering dapat halang pertumbuhan atau pembentukan sel kanser. Buah tin juga menunjukkan sifat antikanser yang kuat.
.
8. Kajian yang diterbitkan dalam Nutrition Journal pada tahun 2016 mendapati bahan khasiat (polifenol) paling tinggi dalam kismis, diikuti buah tin, prune dan kurma.
9. Kajian ke atas manusia mendapati memakan buah teen kering dapat tingkatkan antioksidan dalam darah sehingga 5% dan nilai ini lebih tinggi berbanding meminum teh hijau.
Jenis Buah Kering & Kebaikan
Buah Prune – Kajian ke atas tikus mendapati buah prune kering boleh rendahkan lemak dalam arteri jantung. Buah prune juga bantu kesihatan tulang di kalangan pengidap osteoporosis. Ia bertindak dengan meningkatkan kepadatan tulang dan membantu pembentukan tulang.
Ads
Kurma – Selain memberikan sumber fiber yang tinggi, kurma boleh bantu mengawal kolesterol dengan seterusnya memperbaiki profil lemak dalam darah.
.
Kismis – Walaupun kismis mempunyai indeks glisemik (GI) antara 55-69 dan tinggi antioksidan, pesakit diabetis sebaliknya tidak boleh memakan secara berlebihan.
Buah ‘cranberry’ kering juga boleh merendahkan lemak dalam darah dan boleh kurangkan risiko jangkitan saluran kencing. Terdapat juga laporan menunjukkan buah ‘cranberry’ boleh kawal gula dan lemak dalam darah dan bantu pesakit buah pinggang. Buah ‘cranberry’ juga rendah potassium.
.
Ads
.
Sebaliknya, kandungan potassium dalam kebanyakkan buah-buahan kering lain adalah tinggi. Kandungan potassium tinggi bagus untuk pesakit darah tinggi tapi tidak sesuai pesakit buah pinggang.
Di antara contoh buah-buahan kering tinggi potassium adalah buah aprikot, diikuti dengan peach, kismis, plum atau prunes dan kurma.
Walau bagaimanapun, buah ‘cranberry’ tinggi oksalat dan tidak sesuai untuk pesakit batu karang.
Mingguan Wanita : Perlu ingat, tak semua buah kering sesuai untuk semua orang. Kena hati-hati ye.
Sayuran hijau Bok choy atau lebih dikenali pak choy mempunyai khasiat yang tersendiri. Sayur pak choy sedap ditumis dengan udang mahupun di celur dan dicurahkan sos tiram bawang putih.Mempunyai daun lebar hijau seperti sayur sawi, namun rasanya lebih manis dan rangup.
Jika suka berkebun dan nak tanam sendiri sayur Pak choy ni, boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Liyana Mohd Poad sebagai rujukan. Tip penting semai Pakchoy selepas keluar daun PENTING bagi ‘Direct’ cahaya matahari jam 8pagi hingga 12 tengahari. Selepas 3 minggu ditanam pakchoy sudah boleh dituai hasilnya.
Cara Tanam Pakchoy
1. Sediakan tanah 6 in 1 dan sekam mentah @cocopeat sebagai media semaian.
2. Masukkan tanah ke dalam besen.Tanam benih pakchoy lebih kurang 0.5cm.
3. Letak di tempat teduh selama 3 hari.
4. Spray sahaja pagi dan petang dalam tempoh semaian ni. Kalau nak siram just siram-siram manja. Jangan terlebih air.
5. Selepas keluar daun, beri cahaya 8-12. Ini sangat-sangat penting. Semaian benih yang tumbuh dengan baik tidak kurus dan tinggi atau kutilang sebaliknya gemuk dan rendah.
6. Selepas dua minggu pindahkan anak pakchoy ke tempat lain untuk ditanam.
7. Sediakan media tanaman 6 in 1, sekam mentah, cocopeat dan pasir. Pindahkan satu satu.Beri full sunlight. Selepas seminggu baru baja.Saya guna tinja kambing dan baja kopi sahaja untuk pakchoy.
8.Selepas 3 minggu ditanam, pakchoy sudah boleh dituai. Jika pakchoy berusia lebih daripada 2 bulan, sayur yang dipetik sudah tua dan batangnya mnjadi keras serta tidak rangup.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Selalunya, pusat kecantikan menjadi tempat utama untuk kita merawat masalah kesihatan kulit. Lebih-lebih lagi bila nampak bintik hitam, jeragat, jerawat tumbuh di muka. Stres pula bila ‘pakat berkumpul’ di situ.
Nak hilangkan bintik hitam dan segala macam masalah kulit ini, bukannya ambil masa yang cepat. Makan masa jugalah dan kalau ke pusat kecantikan bukan sekali saja, mahunya nak kena ‘follow up’ dua tiga kali.
Sedangkan nak hilangkan bintik hitam, tak perlu nak ke pusat kecantikan. Bahan dapur pun boleh guna kalau tahu cara dan khasiatnya.
Perkongsian daripada Che Mira ini adalah penggunaan halia untuk hilangkan bintik hitam pada wajah. Bonus, kulit wajah jadi berseri dan ‘flawless’.
Bahan yang satu ini sememangnya cukup digemari, bukan sahaja berkhasiat dalam masakan, tapi baik untuk kesihatan dan kecantikan.
.
Amalkan cara yang paling mudah untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri.
Cara membuat: Rendam halia dengan air cuka, selepas itu perap semalaman biar halia sebati dengan air cuka. Boleh tahan sampai sebulan tau… jimatt sangat kan.
.
Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.
KHASIAT HALIA & CUKA PADA WAJAH
• 1 cawan cuka
• 2 ketul halia (bersih dikupas)
• Sediakan 1 bekas kaca
• 1 mangkuk kecil ais kiub
Caranya:
• Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10 minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit.
• Selepas itu bilas dengan air dan ambik ais kiub, gosok di seluruh bahagian muka.
* Jadikan ia sebagai rutin harian agar dapat melihat kesannya.
Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Tahan sehingga 3 minggu.!
.
Cara Membuat Masker Halia:
1. Cuci halia sehingga bersih lalu dipotong.
2. Masukkan ke dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut (jangan melebihi paras leher balang)
3. Simpan balang di dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.
4. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, gaul sebati. Tunggu 30 minit. Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi siap untuk digunakan!
.
.
.
Kulit muka yang bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.
Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat- sangat mulus.
Mingguan Wanita : Mak-mak yang tak sempat pergi spa, bolehlah cuba sendiri kat rumah, jimat.
Rupanya apabila mengalami masalah sembelit, batuk mahupun gatal tekak boleh amalkan minum air rendaman buah kembang semangkuk ini. Ia merupakan salah satu remedi mudah dalam kaedah Perubatan Tradisional Cina yang mudah dan boleh kita cuba amalkan.
Bukan apa, kadang-kala macam-macam cara dah kita cuba, baik perubatan moden guna ubat hospital mahupun pelbagai petua lain. Boleh cuba remedi yang dikongsikan ini pula. Malah sesuai untuk anak-anak juga.
Baca perkongsian daripada Puan Syahida Nasutionini sebagai panduan.
Al Fateh batuk. Tokmi (mak mentua saya) pernah berpesan, minum air rendaman kembang semangkuk ni bagus untuk minum waktu batuk atau gatal tekak. Kaedah ini merupakan kaedah perubatan tradisional Cina.
Memang kami selalu pastikan stok biji kembang semangkuk ini sentiasa ada di rumah supaya air rendamannya boleh diminum bila-bila masa.
Kebiasaannya, saya akan rendamkan biji kembang semangkuk dengan air panas dalam cawan dan campurkan dengan air masak biasa ke dalam botol.Bila direndam, saiznya akan mengembang sehingga 8 kali ganda dan ianya akan mengembang menjadi seperti jelly.
Anak-anak saya sebut air jelly. Hehe.
Rasa dan baunya okay saja, lebih kurang rasa dan bau air masak. Insya-Allah mudah nak suruh budak-budak ni minum.
Nisbah air rendaman adalah 1 biji kembang semangkuk : 1 air botol besar
Lebih menarik lagi, antara manfaat lain yang ada pada air rendaman kembang semangkuk ini adalah ianya juga bagus untuk masalah sembelit.
Kan bagus kalau saya tahu kebaikan yang satu ini waktu Al Fateh sembelit masa umur setahun lebih dulu.
Biasalah, bila tengok anak menangis ni mak dia pun ikut menangis sama. Haha.
Biji kembang semangkuk ini saya beli di Giant semalam, boleh cuba sebagai remedi untuk rawat anak-anak yang batuk nanti.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika anak ada masalah batuk atau sembelit boleh amalkan air rendaman buah kembang semangkuk ini. Semoga menjadi salah satu ikhtiar menyembuhkan penyakit.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...