Talkshow tengah hari tadi membincang tentang persediaan anak-anak ke sekolah. Dalam tempoh persediaan itu, tentu ada keperluan yang disediakan cukup mahal, sebabnya anak pertama yang bersekolah. Menurut panel jemputan hari ini, Fariz Sakina Abdullahm Pegawai Psikologi (Kaunseling) Institut Kemahiran Kesihatan Malaysia:
“Tempoh sebulan percutian, mak-mak perlu buat checklist keperluan barang persekolahan anak-anak. Kadang-kadang permintaan barang sekolah anak ini terlalu mahal dan semua ini atas pengaruh kawan-kawan sebaya.
“Tidak salah untuk membeli barangan keperluan ersekolahan yang mewah tetapi mak-mak kena tahu manfaat apa yang boleh dapat dari barangan tersebut.
Manakala Ieza Yusof, Mentor Kewangan pula:
“Sebenarnya, keperluan kehendak hanyalah 10 peratus sahaja dan selebihnya adalah keperluan asas. Mak-mak kena buat kiraan bajet dan bukan fokus pada keperluan persekolahan tetapi bayaran yuran sepanjang persekolahan nanti.
Walau bagaimanapun keperluana persekolahan ini berbeza bergantung kepada pendapatan ibu bapa. Paling penting ukur baju di badan sendiri dan jangan mengajar anak untuk bermewah-mewahan.
Bagi mengikuti kupasan lanjut topik ini, saksikan siaran ulanangan di Astro Prima 105 dan Prima HD jam 8 malam nanti bersama Siti Elizad dan Hana Ismail.