
Talkshow tengah hari tadi membincang tentang persediaan anak-anak ke sekolah. Dalam tempoh persediaan itu, tentu ada keperluan yang disediakan cukup mahal, sebabnya anak pertama yang bersekolah. Menurut panel jemputan hari ini, Fariz Sakina Abdullahm Pegawai Psikologi (Kaunseling) Institut Kemahiran Kesihatan Malaysia:
“Tempoh sebulan percutian, mak-mak perlu buat checklist keperluan barang persekolahan anak-anak. Kadang-kadang permintaan barang sekolah anak ini terlalu mahal dan semua ini atas pengaruh kawan-kawan sebaya.
“Tidak salah untuk membeli barangan keperluan ersekolahan yang mewah tetapi mak-mak kena tahu manfaat apa yang boleh dapat dari barangan tersebut.
Manakala Ieza Yusof, Mentor Kewangan pula:
“Sebenarnya, keperluan kehendak hanyalah 10 peratus sahaja dan selebihnya adalah keperluan asas. Mak-mak kena buat kiraan bajet dan bukan fokus pada keperluan persekolahan tetapi bayaran yuran sepanjang persekolahan nanti.
Walau bagaimanapun keperluana persekolahan ini berbeza bergantung kepada pendapatan ibu bapa. Paling penting ukur baju di badan sendiri dan jangan mengajar anak untuk bermewah-mewahan.

Bagi mengikuti kupasan lanjut topik ini, saksikan siaran ulanangan di Astro Prima 105 dan Prima HD jam 8 malam nanti bersama Siti Elizad dan Hana Ismail.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jawapan Kenapa Huawei Nova 7i Buat Suami Layan Bergambar Dengan Isteri

Isi Kandungan
ToggleOrang yang paling segan bila isteri ajak bergambar berdua depan orang ramai tentunya si dia bernama SUAMI. Tapi percayalah, dengan bantuan telefon pintar Huawei Nova 7i bergambar berdua dengan pasangan bukan lagi satu masalah.
Cipta Momen Romantis Suami Isteri
Bermula 14 Februari hingga 21 Februari ini, Huawei Malaysia melancarkan jualan telefon pintar Huawei Nova 7i memfokuskan kepada keupayaan selfie., termasuk rakaman video menggunakan kamera swafoto.
Ia juga didatangkan dengan Al Algorithm untuk efek Beauty, lengkap dengan stiker AR, Beauty Selfie Video yang memberikan efek langsing pada tubuh yang memudahkan anda membuat perkongsian terus ke laman sosial seperti TikTok dan Instagram.
Ciri panggilan video yang dinamakan MeeTime yang ada padanya menawarkan kualiti imej jauh lebih baik dengan penggunaan data internet yang lebih rendah dibandingkan telefon pintar lain. Malah, panggilan video pada malam hari menjadi lebih terang dan jelas.
Ambil Gambar Malam Pun Boleh Cantik
Berjalan berdua di malam hari bukan lagi satu masalah untuk bergambar selfie dengan pasangan. Super Night Mode untuk selfie, 16MP kamera hadapan dengan 1μm piksel melengkapi telefon Huawei Nova 7i.
Ia membolehkan lebih banyak cahaya memasuki sensor, membolehkan anda merakam momen bersama pasangan dengan lebih jelas lagi terang dalam kegelapan malam.
Tak Perlu Bimbang Bateri ‘Phone’ Tiba-tiba Habis
Sebab dengan Huawei Nova 7i dengan sekali caj anda boleh gunakan untuk seharian. Malah dalam masa 30 minit sahaja, anda boleh menikmati 70% pengecasan bateri.
Bateri berkapasiti 4200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W memudahkan perjalanan berdua suami isteri tanpa perlu bimbang mencari ‘powerbank’ untuk mengecas telefon bimbit sentiasa.

Crush Green.
Inilah Hadiah Super Istimewa Untuk Yang Tersayang
Telefon pintar Huawei Nova 7i hadir dengan 3 warna menawan; Sakura Pink, Hitam dan Crush Green. Dan yang lebih memukau tentulah harganya yang mampu milik, iaitu RM1,099.
Tentunya ini hadiah paling istimewa untuk menghargai pasangan yang sememangnya suka merakam gambar kenangan. Pembelian pada 14-21 Februari ini membolehkan anda menerima Huawei Band 4 secara percuma.

SEKARANG! Huawei membuat promosi mengikut keperluan, bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Termasuklah keperluan kecergasan, pengembaraan, akademik mahupun pembelajaran pintar. Nikmati 0% tanpa faedah dan 0% caj pemprosesan dengan pakej plan Together 2020 HUAWEI SMART LIFE Instalment hingga ke 12 bulan dengan kadar RM4.87 sehari. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my/

Klik sini untuk menempah HUAWEI nova 7i dengan segera.

LEBIH MENARIK LAGI! Anda berpeluang memenangi baucar percutian ke Maldives bernilai sehingga RM36,000! Caranya, imbas kod QR, jawab soalan dan lengkapkan butiran peribadi anda. Jangan lupa sertakan resit sebagai bukti pembelian. Cepat, promosi ni akan berakhir pada 16 Feb 2020. Nama pemenang akan diumumkan di laman facebook pada 14 March 2020.

Rujuk terma & syarat : http://bit.ly/AllForLove2020.
Untuk keterangan lanjut, layari : http://bit.ly/AllForLove2020MY
Anda juga boleh dapatkan prodok-produk HUAWEI sempena kempen All For Love mulai 11 hingga 14 Februari ini pada harga serendah RM2.14! (pada tarikh tertentu dan kuantiti stok terhad sahaja) di sini.
HUAWEI nova 7i akan dilancar pada 22 Feb yang dijual pada harga RM1,099 sahaja. Untuk peranti terbaru yang lain pula boleh didapati mulai 14 Feb. Pra-pesan sekarang untuk mendapatkan lebih banyak promosi. Antara peranti terbaru termasuklah:
– RM1,399 nova 5T warna terbaru Crush Green
– RM679 Freebud 3 berwarna merah
– RM899 Watch GT 42mm Rose Gold
– RM699 Huawei Y7p Budget Phone Terbaik
– RM2,299 MateBook D 15 versi terbaru 8GB + 256 GB
Baca sini : Hargai isteri penat ke Maldives, Huawei bantu suami realisasikan momen indah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Dilahirkan Secara Caesarean Ketika Ibu Di ICU & Ada Covid-19

Isi Kandungan
ToggleSedihnya mendengar berita ini. Seorang bayi lelaki dilahirkan secara pembedahan caesarean ketika ibunya yang dijangkiti COVID-19 koma di ICU.
Gillian McIntosh melahirkan anak keduanya pada hari Selasa lepas, tetapi dia belum mengetahuinya.
Melalui laporan yang dipetik daripada Global News, wanita berusia 37 tahun itu masih berada di unit rawatan intensif (ICU) di Abbotsford Regional Hospital.
Dia telah dikomakan dan turut menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) kerana kes COVID-19 yang agresif.
Lahir 2 Minggu Lebih Awal
Anaknya dilahirkan secara pembedahan kecemasan caesarean, dua minggu lebih awal. Bayi lelaki tersebut masih berada di unit rawatan intensif neonatal, walaupun keputusan ujian COVID-19 adalah negatif.
“Kami memiliki bayi lelaki yang sihat, tetapi ibunya tidak tahu bahawa dia telah melahirkannya, atau bahawa dia mempunyai anak lelaki,” kata suami Gillian, Dave McIntosh kepada Global News, Jumaat lalu.
Namun begitu Dave tidak dapat memegang bayi itu sehinggalah pada hari Khamis lalu. Ini kerana dia dan anak perempuannya, Gemma yang berusia dua tahun terpaksa mengasingkan diri sehingga mereka kembali semula ke hospital selepas keputusan ujian COVID menunjukkan negatif.

Pembedahan Serta-Merta
Keluarganya masih tidak tahu bagaimana Gillian boleh dijangkiti virus COVID-19 itu.
“Kami memang tidak tahu. Disebabkan dia hamil, Gillian tidak pergi ke mana-mana kecuali hospital atau ke pusat jagaan kanak-kanak untuk mengambil anak kami,” ujar Dave.
Gillian telah pergi ke hospital kerana mengadu dirinya mengalami masalah pernafasan. Dia kemudiannya telah didiagnos dijangkiti COVID-19 pada 6 November.
Pihak hospital telah mengawasinya selama beberapa hari, dan ketika itulah keadaan menjadi semakin buruk.
“Secara tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada pihak hospital. Mereka perlu melakukan pembedahan kecemasan Caesarean (c-section) dengan serta-merta kerana kesihatan Gillian mula merosot,” jelas Dave.
“Ia sangat sukar. Tidak ada sesiapa pun yang dapat melakukan apa-apa.”
Dave mengatakan bahawa dia diberitahu bahawa paru-paru Gillian telah “berdegup”, dan dia hanya membuka matanya sekali sahaja sejak dibius.
“Tidak ada sesiapa pun yang boleh menjangkakannya. Tidak ada sebuah buku pun menulis mengenai bagaimana untuk menangani perkara seperti ini.”


Baca Sini:
Hebatnya! Ibu & Anak Perempuan Lakar Sejarah Terbangkan Pesawat Komersial Bersama-Sama
Kembar Lahirkan Anak Perempuan Selang 90 Minit Pada Hari Lahir Mereka
Saling Bantu-Membantu
GoFundMe telah dibuat oleh rakan kepada keluarga ini buat keluarga McIntosh. Dave mengatakan dia amat terharu dengan sokongan dari rakan-rakan dan orang yang tidak dikenalinya.
Sementara itu, Dave bergantung pada keluarganya dan Gemma, untuk membantunya mengatasi ketakutan dan kegelisahan berhadapan situasi tersebut.
“Apabila saya mula merasa sedikit sedih atau terlalu memikirkan banyak perkara, saya hanya memandang Gemma atau memerhatikan apa yang sedang dilakukannya dan ia hanya mengambil masa beberapa saat sebelum saya tersenyum atau ketawa,” katanya.
“Dia juga sangat merindukan ibunya, tapi kami pasti saling bantu-membantu melalui saat ini,”luah Dave lagi.
Sumber/Foto: Global News/Vancouversun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bebas Covid-19 Alif Satar Bersyukur, Dapat Peluk Isteri Dan Anak-anak

Isi Kandungan
ToggleKerinduan yang paling dalam buat penyanyi dan pengacara terkenal. Alif Satar bila mana terpaksa berpisah selama 12 hari dengan isteri dan anak-anak. Sebaik disahkan sembuh dari Covid-19, Alif bersyukur. Sebelumnya Alif positif Covid-19, dikuarantin dan dirawat di Hospital Melaka.
Tatkala diuji sakit, tuhan berikan kasih sayangnya buat Alif dan keluarga. Bukan saja frontliner di hospital menjaganya dengan baik, saban waktu Alif menerima doa daripada ramai orang. Termasuk Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri bukan sekadar bertanya khabar, malah mengirimkan surat dan buku untuk Alif baca.
Anak isteri yang turut sama kuanrantin di rumah juga dijaga dengan baik oleh komuniti jiran tetangga Alif sendiri. Hantarkan makanan untuk mereka, memandangkan isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak tak boleh keluar rumah.
Begitu juga rakan-rakan artis yang ada kontak rapat dengannya memilih untuk menjalani kuarantin di rumah dan melakukan swab test. Antaranya, Zulin Aziz dan Sherry Alhadad. Masing-masing saling memberi kata semangat saban waktu tanpa jemu.
Bagi Alif sendiri, ujian Covid-19 ke atas dirinya memaknai dan menghidupkan sebenar ‘Kita Jaga Kita’
Sehinggalah selepas 12 hari diuji sakit, Jumaat lalu, Alif memaklumkan yang dirinya sudah kembali sihat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga yang begitu dirindui.
Alif Satar Kembali Sihat, Sudah Berada Di Pangkuan Keluarga Tersayang
“Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Alif yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu. Jadi, Alif mengambil beberapa haru utnuk meluangkan masa bersama seluruh ahli keluarga sebelum Alif bekerja seperti biasa.
Alif menyeru semua untuk menjaga kesihatan sekeluarga di samping mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan agar kita dapat menewaskan wabak ini bersama-sama.”
Dalam pada itu, Alif juga menyatakan kesyukurannya apabila semua yang terlibat di set pengambaran, rakan-rakan artis dan krew produksi TV3 MuzikMuzik negatif dan bebas dari Covid-10.
“Alif pasti ada hikmah atas apa yang berlaku, Alif cukup terharu apabila menerima banyak titipan doa, mesej kata-kata semangat dari seluruh rakyat Malaysia.”
Sedih baca luahan hati isteri Alif, perasaannya bercampur baur, air mata peneman setia.

Terharu Dengan Sokongan Ramai Orang
Keluarga Alif yang turut terkesan, menerima sokongan dari ahli keluarga, rakan-rakan malah komuniti jiran tetangga Alif turut membantu tidak kira dai sokongan moral dan tenaga bagi meringankan bebanan dan kerisauan yang harus kami lalui.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakanNya. Alif ucapkan terima kasih dan penghargaan buat semua pihak terutama sekali pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), produksi MuzikMuzik TV3, JS Pictures dan semua rakan industri Alif yang cukup prihatin atas segala yang berlaku.
Dan bertindak pantas, mengambil tanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengambil ujian saringan sejurus selepas Alif disahkan positif Covid-19.”

Alif Mohon Doakan Pesakit Covid-19 Yang Masih Dirawat
Kongsi Alif yang memohon agar mendoakan semua pesakit Covid-19 yang masih dirawat di hospital ataupun yang kuarantin di rumah cepat sembuh dan boleh balik ke rumah masing-masing untuk bersama keluarga.
Beliau juga menyatakan terima kasih yang tak terhingga pada semua FRONTLINERS MALAYSIA terutama di Hospital Melaka dan Hospital Sungai Bulih, saudara-mara, sahabat-sahabat, para wartawan, rakan-rakan media yang selalu menelefon bertanya khabar dan mendoakannya.
MW : Alhamdulillah.. semoga Malaysia dapat bebas daripada wabak Covid-19 ini dengan secepatnya.
Sumber/Foto : Alif Satar
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI