Perjalanan hidup yang penuh ranjau dan duri semasa berada dalam alam perkahwinan, bukanlah penamat untuk menutup pintu hati pada lelaki lain. Malah, jangan terburu-buru atau mengikut nafsu dalam membuat keputusan untuk terus berkahwin lagi. Sabar dan berdoa, jika ada jodoh tidak ke mana.
Bagi Lizatul Akma Zulkifli, 50 tahun, ibu tunggal yang mengalami dua kegagalan dalam rumah tangga tidak sedikit pun membuatkan dia serik untuk mendirikan rumah tangga lagi. Doanya hanya satu, agar suatu hari nanti dia akan berjumpa dengan orang yang boleh membimbingnya dunia akhir.
Menurut Liza, perkahwinan pertama dengan bekas suaminya ketika dia berusia 23 tahun dan ini adalah kehendak dan pilihan keluarga. Walau pun pada masa itu, dia sudah mempunyai pilihan hati sendiri, dia terima. Jodoh tidak panjang dan mereka berpisah semasa anaknya berusia tiga tahun.
“Perkahwinan kedua pula adalah pilihan sendiri dan suka sama suka. Namun, ditakdirkan hanya mampu bertahan selama tujuh tahun sahaja,” katanya memulakan bicara.
“Masih saya ingat, saya terpaksa menyewa sebuah bilik kecil di rumah kedai untuk meneruskan kehidupan. Dari situlah, saya perlahan-lahan bina kerjaya dan mengumpul kekuatan meneruskan hidup,” katanya mengingatkan saat itu.
Melupakan kisah hidup perkahwinan pertama, sehinggalah bertemu dan mendirikan rumah tangga kali kedua.
“Mungkin juga kesilapan saya, dalam fokus pada kerjaya dan perniagaan, saya leka seketika dengan tanggungjawab sebagai isteri. Akhirnya perpisahan buat kali kedua berlaku jua.
“Lebih teruk, saya jatuh sakit, dimasukkan ke hospital. Doktor terpaksa memberikan saya ubat penenang dan keluarga melihat saya seperti orang gila serta tidak terurus. Pernah, saya duduk di tepi tasik dan tidak semena-mena air mata mengalir dengan sendirinya,” katanya yang merasakan kerana perkahwinan ini adalah atas dasar cinta dan sayang.
Tidak mahu berterusan, Liza bangkit dan mahu melupakan apa yang telah berlaku.
“Saya banyak ‘bercerita’ dengan Allah agar saya diberi kekuatan dan tinggalkan kasih sayang saya pada orang yang pernah saya kahwini itu. Sehinggalah pada tahun 2014, saya berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri. Selain itu, saya turut terlibat dengan persatuan ibu tunggal.
“Dalam persatuan ini, saya kenal kawan-kawan dan berkongsi pengalaman masing-masing. Melalui pengalaman itulah, ia boleh menjadi inspirasi untuk diri sendiri,” katanya yang kini dilantik sebagai Timbalan Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, merangkap Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Negeri Selangor.
“Tipulah saya katakan tidak ada berkenalan dengan lelaki lain. Saya jumpa ramai orang dan nampak macam-macam perangai lelaki. Ada yang jujur dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan. Cuma, saya kena berhati-hati. Jika ada jodoh tidak ke mana,” katanya smbil tersenyum.
“Bagi wanita yang mengalami perpisahan, jangan murung attau duduk sahaja, sebaliknya buat perancangan dan tikuti persatuan yang banyak mengadakan program-program tertentu. Caerilah inisiatif untuk berkerja dan menampung kehidupan yang akan datang,” katanya mengakhiri perbualan.
Selaku Timbalan Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, merangkap Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Negeri Selangor, Liza memberitahu, ada tujuh kategori wanita yang layak untuk mengikuti pertubuhan ibu tunggal iaitu: