Perjalanan hidup yang penuh ranjau dan duri semasa berada dalam alam perkahwinan, bukanlah penamat untuk menutup pintu hati pada lelaki lain. Malah, jangan terburu-buru atau mengikut nafsu dalam membuat keputusan untuk terus berkahwin lagi. Sabar dan berdoa, jika ada jodoh tidak ke mana.
Bagi Lizatul Akma Zulkifli, 50 tahun, ibu tunggal yang mengalami dua kegagalan dalam rumah tangga tidak sedikit pun membuatkan dia serik untuk mendirikan rumah tangga lagi. Doanya hanya satu, agar suatu hari nanti dia akan berjumpa dengan orang yang boleh membimbingnya dunia akhir.
Tiada Jodoh
Menurut Liza, perkahwinan pertama dengan bekas suaminya ketika dia berusia 23 tahun dan ini adalah kehendak dan pilihan keluarga. Walau pun pada masa itu, dia sudah mempunyai pilihan hati sendiri, dia terima. Jodoh tidak panjang dan mereka berpisah semasa anaknya berusia tiga tahun.
“Perkahwinan kedua pula adalah pilihan sendiri dan suka sama suka. Namun, ditakdirkan hanya mampu bertahan selama tujuh tahun sahaja,” katanya memulakan bicara.
Berpisah Buat Kita Jadi Zero
Tidak dinafikan, bila perpisahan berlaku, ia umpama kita jadi ‘zero’, hilang segalanya. Hilang teman berkongsi cerita dan harta bersama. Mungkin sebab itu, ada sesetengah ibu tunggal yang jatuh dan tidak mampu teruskan kehidupan, sehingga ada yang boleh membuatkan seseorang itu depresi.
“Masih saya ingat, saya terpaksa menyewa sebuah bilik kecil di rumah kedai untuk meneruskan kehidupan. Dari situlah, saya perlahan-lahan bina kerjaya dan mengumpul kekuatan meneruskan hidup,” katanya mengingatkan saat itu.
Ads
Melupakan kisah hidup perkahwinan pertama, sehinggalah bertemu dan mendirikan rumah tangga kali kedua.
“Mungkin juga kesilapan saya, dalam fokus pada kerjaya dan perniagaan, saya leka seketika dengan tanggungjawab sebagai isteri. Akhirnya perpisahan buat kali kedua berlaku jua.
“Lebih teruk, saya jatuh sakit, dimasukkan ke hospital. Doktor terpaksa memberikan saya ubat penenang dan keluarga melihat saya seperti orang gila serta tidak terurus. Pernah, saya duduk di tepi tasik dan tidak semena-mena air mata mengalir dengan sendirinya,” katanya yang merasakan kerana perkahwinan ini adalah atas dasar cinta dan sayang.
Ads
Liza bersama anak tunggalnya.
Fokus Pada Kerjaya
Tidak mahu berterusan, Liza bangkit dan mahu melupakan apa yang telah berlaku.
“Saya banyak ‘bercerita’ dengan Allah agar saya diberi kekuatan dan tinggalkan kasih sayang saya pada orang yang pernah saya kahwini itu. Sehinggalah pada tahun 2014, saya berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri. Selain itu, saya turut terlibat dengan persatuan ibu tunggal.
“Dalam persatuan ini, saya kenal kawan-kawan dan berkongsi pengalaman masing-masing. Melalui pengalaman itulah, ia boleh menjadi inspirasi untuk diri sendiri,” katanya yang kini dilantik sebagai Timbalan Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, merangkap Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Negeri Selangor.
Ads
Jalin Hubungan Baik
“Tipulah saya katakan tidak ada berkenalan dengan lelaki lain. Saya jumpa ramai orang dan nampak macam-macam perangai lelaki. Ada yang jujur dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan. Cuma, saya kena berhati-hati. Jika ada jodoh tidak ke mana,” katanya smbil tersenyum.
Buat masa sekarang, apa yang boleh Liza katakan tentang pengalaman yang dilalui sebelum ini dan nasihatnya selaku wakil ibu tunggal dalam pertubuhannya adalah apabila berlaku perpisahan antara suami isteri, jangan sesekali pisahkan anak atau libatkan anak. Bagi hak kepada ibu bapa untuk berjumpa dengan anak.
“Bagi wanita yang mengalami perpisahan, jangan murung attau duduk sahaja, sebaliknya buat perancangan dan tikuti persatuan yang banyak mengadakan program-program tertentu. Caerilah inisiatif untuk berkerja dan menampung kehidupan yang akan datang,” katanya mengakhiri perbualan.
Mengikuti aktiviti pertubuhan ibu tunggal.
Selaku Timbalan Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, merangkap Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Negeri Selangor, Liza memberitahu, ada tujuh kategori wanita yang layak untuk mengikuti pertubuhan ibu tunggal iaitu:
Kematian suami.
Perceraian.
Suami sakit terlantar.
Gantung tidak bertali
Wanita teraniaya.
Suami yan berjauhan dan tidak pulang.
Wanita tidak berkahwin dan berusia 45 tahun ke atas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resepi Murukku Meletop, Sekali Hadap Je Tak Sedar Dah Habis!Makan murukku memang ‘berhantu’. Krup krap makan, sekali hadap je sebalang besar pun boleh habis. Mudah sebenarnya nak buat murukku sendiri di rumah. Lebih puas hati dan berbaloi berbanding beli.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali ini sebagai panduan;
Resepi Murukku Meletop! Alhamdulillah sekali hadap je suami dan anak-anak sambil tengok cite, tak sedar dah abis. Adunan saya ni boleh la dapat sebalang besar tu. Sekejap sangat goreng je.
Kalau nak buat lebih nanti boleh gandakan ye adunan ni. Saya guna resepi dari samida tapi ada sedikit ubahsuai dari saya. Mashaallah memang kruk krak dan sedap. Semoga Allah murahkan rezekinya.
Bahan-Bahan:
300g tepung pulut
200g tepung kacang kuda/cheak peas
1sudu besar serbuk cili
1/2sudu besar garam halus
60gm marjerin yang dicairkan dan masih panas
2 biji telur
1sudu besar jintan manis** disangai dahulu/digoreng tanpa minyak
1sudu besar jintan putih** disangai dahulu
1sdb gula
segenggam udang kering dibersihkan dan kisar halus
250ml santan cair – air ni boleh letak sikit-sikit shingga doh menjadi lembut dan tak lekat ditangan..sukatan air ni sesuai
Cara Membuat:
1. Tumbuk atau kisar jintan manis, jintan putih dan udang kering hingga halus/hancur.
2. Satukan bahan-bahan kering, gaul sebati. Kemudian masukkan marjerin cair, telur dan santan cair. Gaul lagi hingga jadi doh lembut yang tak lekat kat tangan.
3. Panaskan minyak masak, sebelum pusingkan adunan ramas-ramas dulu daun kari masuk dalam minyak panas tadi biar bau kari tu melekat pada murukku kita nanti. Pusing adunan dah kekuningan boleh angkat.
Tanggal 22 Mac lalu, Intan Liana Saleh, 33 ibu kepada 2 orang cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Muqri, 1 kembali menjalani kehidupan solo. Bukan mudah untuk berhadapan kisah rumah tangga yang mendapat perhatian ramai.
Lagi-lagi insan sebaik Intan yang diakui ramai dengan sifat baik hatinya. Sehari sebelum tarikh sebutan lafaz cerai itu, Intan berkesempatan bekerjasama dengan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pengasas D’Herbs untuk penggambaran jenama tudung yang menggunakan wajahnya.
Pesan Datuk Seri Aliff Intan kena kuat. “Jangan di kenang masa yang lalu. You a strong girl. Kita kena terus pandang ke hadapan. InsyaAllah saya akan beri peluang bisnes dan job pada beliau.
“Sekarang ini kami tengah shoot sebenarnya untuk tudung menggunakan wajah beliau. Tudung jenama Alif Syukri.” Ujar beliau.
Akui Datuk Seri Aliff Syukri lagi Intan ini ada aura yang tersendiri. “Dia ada penyokong kuat di Malaysia. Dia wanita yang tabah.
“Pemilihan ini amat tepat, di mana saya melihat bila Intan menjadi wajah tudung jenama saya, Alhamdulillah jualannya memang letup. Terima kasih banyak-banyak Intan.”
Beliau juga tak menafikan akan bekerjasama dengan Intan dalam jangka masa yang panjang. Intan sendiri mengucapkan rasa syukur kerana Datuk Seri Aliff Syukri memberinya peluang dan rezeki kepadanya.
“Saya melihat orang bukan bersimpati dengan Intan. Tapi kebanyakannya orang memberi sokongan dan support kepada Intan. Intan juga tak gunakan popularitinya itu untuk menagih simpati.
“Tak ada pun dia meronta-ronta dengan orang, cuma orang yang memprovokasikan benda (kisah rumah tangganya) ini.”
Bak kata Datuk Seri Aliff Syukri sendiri, beliau tidaklah memandai-mandai membuat keputusan untuk Intan. Sebaliknya untuk apa-apa kerjasama melibatkan dirinya dan Intan, dia akan minta persetujuan dulu dengan Intan.
“Kalau dia tak setuju, kita tak buat. Benda ini win-win situation.”
Kata Datin Seri Shahida, “Intan Rasa Bersalah”
Isteri kepada Datuk Aliff, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashidyang kini hamil anak keempat semestinya individu yang pernah bekerja dengan Intan Liana Saleh. Kedua wajah inilah yang menjadi model tudung yang laris macam goreng pisang panas.
Ketika dihubungi Mingguan Wanita, beliau memberikan pandangan tersendiri tentang Intan.
“Intan ini seorang wanita yang terlalu baik. Even kalau saya bersembang dengan dia pun, tak pernah sekalipun dia memburukkan suami (kini bekas suami) dia.
“Cuma dia cakap, dia rasa bersalah, sebab Ude kena kecam. Itulah yang dia terasa macam itu. Dia rasa bersalah.
“Intan ini memang terlalu baik, terlalu naik malah lurus. Dan itulah orang mudah ambil kesempatan dekat dia.”
Bagi yang mengikuti ‘perjalanan’ pasangan doktor popular, Dr. Say dan Dr. Azura mendapatkan zuriat pasti mengerti betapa bermaknanya berita hamil anak kedua ini. Banyak dugaan yang ditempuhi sehingga anak pertama mereka, Ace lahir 5 Mei 2019.
Setahun lebih berlalu, pasangan ini sekali lagi menerima kejutan. Dr. Say berkongsi berita isterinya hamil anak kedua menerusi posting di Instagram miliknya. Beliau begitu teruja sehingga langsung berkongsi berita gembira ini dengan followernya.
“Saya mungkin akan dimaki bini akibat post gambar ni tapi saya tak boleh tahan! Pagi tadi saya dapat panggilan cemas daripada bini.
“Ubby, I buat UPT (Urine Pregnancy Test) tadi & dapat dua line. I cam tak percaya so I buat sekali lagi & dapat dua line jugak!Tapi samar-samar aa both, betul ke ni? I pregnant ke ni?
Post UPT Isteri Hamil Anak Kedua
“Dah dia kalut, saya lagi lah kalut.
“Wah best gila Unny! Alhamdulillah! Hepi gilaaa, mai gambar tengok.
“Maka di WhatsApp-kannya gambar di atas dengan pesanan,
“U jangan post, benda tak sure lagi, kalau tak jadi nanti I down.
“Tapi Say Shazril mana dengar cakap bini & Say Shazril mana boleh simpan excitement maka HERE IT IS PEEPS, ALHAMDULILLAH! Saya tau mana ada orang post keputusan UPT ni sehingga sekurang-kurangnya pregnancy week mereka dah masuk second trimester tapi bagi saya jadi atau tak itu belakang kira. Sekurang-kurangnya ada sinar harapan yang kami boleh mendapatkan zuriat,”ujarnya.
Akui Sukar Dapat Zuriat, Mohon Doa Kandungan Sihat
Dalam posting tersebut, Dr. Say turut mendedahkan rahsia yang disimpan sekian lama. Katanya, beliau dan isteri kemungkinan sukar mendapatkan zuriat lagi. Justeru, apabila UPT Dr. Azura positif, ia sangat bermakna buat pasangan ini.
“Sebab apa doc cakap macam tu? Doc dah dapat Ace kot, kenapa nak risau takleh dapat anak lagi? Ahaa tu semua ada saya jelaskan dalam my first Youtube video coming up really soon peeps! Something yang saya dan bini tak pernah kongsikan dalam social media kami kemungkinan yang kami akan sukar mendapatkan zuriat lagi.
“Tapi ye lah masih terlalu awal juga maka di sini saya ingin memohon jasa baik anda, doakanlah kandungan kami ini terpelihara kesihatannya. Kesian tengok Ace takde kawan & kesian tengok daddy muka dia tak diturunkan kepada sesiapa. Hahaha,”cerita Dr. Say.
Tahniah Dr. Say dan Dr. Azura! Team Mingguan Wanita doakan semoga kandungan sihat dan Dr. Saya sekeluarga sentiasa dirahmati Allah. Amin.
Semoga kisah Dr. Say dan Dr. Azura yang tak pernah give up berusaha mendapatkan zuriat menjadi inspirasi kepada pasangan di luar sana. Teruskan usaha dan berdoa, insya-Allah ada rezeki anak untuk kalian nanti. Amin.
Sumber: Instagram say_shazril
Seperti mak ayahnya, Ace juga diminati ramai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...