Pernikahan Mahalini & Rizky Febian tak sah, Ustaz yang jadi saksi bukan wali yang sah. Perkahwinan megah pasangan popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini menarik minat ramai rakan artis dan peminatnya apabila keduanya disatukan 5 Mei lalu.
Popular dengan lagu Hingga Menua Bersama, perkahwinan pasangan ini menjadi tumpuan ramai apabila diadakan di Hotel Raffles, Jakarta. Majlis resepsi berlangsung di hotel sama sebelah malamnya. Perjalanan cinta pasangan yang berbeza agama itu bermula pada 7 Februari 2022 sebelum memutuskan untuk bertunang pada 7 Mei 2023.
Pernikahan Mahalini & Rizky Febian Tak Sah
Namun hari ini pasangan ini menjadi tumpuan ramai apabila Pengadilan Agama Jakarta Selatan membuat satu keputusan mengejut di mana pernikahan pasangan ini tidak sah kerana wali yang menikahkan mereka bukan wali yang sah. Menurut Humas Pengadilan Agama Jakarta Selatan,H Suryana, pernikahan keduanya tidak sah dalam agama dan negara kerana rukun nikah tidak dipenuhi.
Memetik laporan Kapan Lagi, berdasarkan pemeriksaan, majlis hakim memutuskan pernikahan pasangan ini tidak memenuhi salah satu syarat atau rukun nikah kerana wali yang menikah bukan wali yang sah. Tambah lagi ketika itu Mahalini baru mengucap syahadah sebagai saudara baru.