Pernikahan Mahalini & Rizky Febian tak sah, Ustaz yang jadi saksi bukan wali yang sah. Perkahwinan megah pasangan popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini menarik minat ramai rakan artis dan peminatnya apabila keduanya disatukan 5 Mei lalu.
Popular dengan lagu Hingga Menua Bersama, perkahwinan pasangan ini menjadi tumpuan ramai apabila diadakan di Hotel Raffles, Jakarta. Majlis resepsi berlangsung di hotel sama sebelah malamnya. Perjalanan cinta pasangan yang berbeza agama itu bermula pada 7 Februari 2022 sebelum memutuskan untuk bertunang pada 7 Mei 2023.
Pernikahan Mahalini & Rizky Febian Tak Sah
Namun hari ini pasangan ini menjadi tumpuan ramai apabila Pengadilan Agama Jakarta Selatan membuat satu keputusan mengejut di mana pernikahan pasangan ini tidak sah kerana wali yang menikahkan mereka bukan wali yang sah. Menurut Humas Pengadilan Agama Jakarta Selatan,H Suryana, pernikahan keduanya tidak sah dalam agama dan negara kerana rukun nikah tidak dipenuhi.
Memetik laporan Kapan Lagi, berdasarkan pemeriksaan, majlis hakim memutuskan pernikahan pasangan ini tidak memenuhi salah satu syarat atau rukun nikah kerana wali yang menikah bukan wali yang sah. Tambah lagi ketika itu Mahalini baru mengucap syahadah sebagai saudara baru.
Ustaz Yang Jadi Saksi Bukan Wali Yang Sah
Mahalini baru saja memeluk agama Islam dua hari sebelum bernikah. Menurut H Suraya, dalam hal ini ayah kandungnya adalah non muslim dan tak layak menjadi wali nikah.
Mereka menggunakan wali hakim iaitu seorang Ustaz, di mana ia tidak memiliki wali nasab yang memenuhi syarat.
Menurut Undang-Undang Perkahwinan di Indonesia, wali dalam pernikahan ada dua iaitu wali nasab dan wali hakim. Wali nasab adalah wali yang memiliki hubungan dengan mempelai perempuan iaitu ayah kandung dan anak kandung. Sementara wali hakim digunakan dalam kes tertentu seperti pengantin perempuan tidak ada wali nasab atau tidak tahu di mana kedudukan wali nasab.
Dalam kes Rizky Febian dan Mahalini, Majlis Hakim menyimpulkan bahawa prosedur pengangkatan wali hakim belum sesuai dengan ketentuan yang diatur dalam undang-undang. Hal inilah yang mendasari keputusan bahwa pernikahan mereka tidak diakui secara hukum.
“Tapi sebetulnya dalam UU Perkawinan sudah jelas ada dua kriteria, satu wali nasab, satu wali hakim. Kalau wali nasab memang ada ikatan keluarga. Kerana dia wali hakim, dijelaskan dalam UU wali hakim itu ada kriterianya. Wali hakim itu jika tidak ada wali dan kedua wali tidak diketahui alamatnya,” terang H. Suryana.
“Justru itu pandangan masyarakat, wali hakim bahwa wali yang ditunjuk atau dipilih para pihak atau pihak keluarga kerana tidak ada wali. Padahal dalam UU tidak seperti itu. Bahkan ada yang mengistilahkan wali muhakam, wali yang ditunjuk para pihak. Itu lah yang masih ada di masyarakat,” jelasnya lebih lanjut.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Ratu Rizky Nabila Minta Cerai Selepas 2 Hari Nikah, Tak Boleh Terus Hidup Dengan Suami Penipu
Suami Tegap Pukul Isteri Hingga Lunyai, Tular Video Anak Menangis Ketakutan Saksi Mak Dibelasah
“Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini,”-Mahalini elak soalan peribadi
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI