Hati-hati, sekarang ini orang jahat terutama scammer dah terdesak dan makin bijak. Macam-macam cara ‘berani mati’ yang diaorang buat semata-mata nak perdayakan orang yang lurus dan jujur.
Sebab itu, bila ada nombor pelik-pelik naik, janganlah angkat. Takut jadi macam Puan Nor Hasniza Binti Abu Zarin ini. Dah macam kena pukau masa dalam telefon pun ya. Tapi benda-benda macam ini memang tak mustahil.
Kronologi Scammer Penipu Perdayakan Mangsa
Ceritanya 2 hari lepas dalam pukul 11 pagi, tengah feeling-feeling tidurkan Hamka, dapat 1 panggilan dari 07-2212022 & diberitahu dari Mahkamah Tinggi Johor Bharu namanya MOHD SYAFIQ BIN MUSA selaku Admin mahkamah katanya. Dia tanya kenapa saya tak datang mahkamah untuk bicara harini. Dah 2 kali surat mahkamah hantar ke rumah tapi tak hadir. Tengah atas katil kot cakap pasal bicara. Mahu tak terperanjat mak..?
Katanya sebab kes hutang kredit card Public Bank berjumlah RM32,800..OMG❗? …Memang tak pernah terfikir langsunglah nak bukak kredit card sejak dari baby lagi & memang 100% saya nafikanlah.
Tambahan lagi buka kat JB. Rasanya last dulu 3 tahun lepas adalah pergi JB tu pon trip kolej ke Singapore. Takde pula sempat nak ke bank bagai. Pastu dia syak ada pihak pihak ketiga yang dah gunakan maklumat peribadi saya.
Diberitahu lagi kalau kes ni tak selesai secepat mungkin saya boleh terima waran tangkap & boleh dipenjara 5 tahun. Nak tak nak dia suruh saya pergi report di IPK JB hari ini juga. Sekarang ada kat Selangor memang tak boleh nak ke sanalah.
Nak check kat Public Bank pon tak boleh sebab hari ini Ahad bank sini cuti. Dan lagi 1 option dia suruh saya bercakap dengan polis di IPK JB minta diorang faxkan keterangan ke mahkamah sekarang juga.
Terus panggilan tu disambungkan ke IPK JB.. Pelik jugak boleh ke dari Mahkamah sambung ke IPK . Dia cakap dia ada kuasa untuk sambungkan ke sana. Ok Baiklah.
Lepas tu ada seorang lelaki jawab telefon & mendakwa dia Sarjan Chia no badan (RN14136). Dia minta saya beri keterangan tanpa ada sebarang selindung. Saya pun terangkan semua kat Sarjan tu apa yang admin mahkamah tu beritahu tadi. Dia pon semak akaun saya & mengesahkan memang ada pihak ketiga yang pakai maklumat peribadi saya.
Dan lebih terperanjat lagi dia kata saya ada jual debit card saya pada 1 orang lelaki Cina & dah terima habuan sebanyak 10% iaitu RM228,000. Dan sarjan tu cakap dalam akaun saya sekarang ada RM2.28juta dalam masa 2 bulan & dakwa ada berkomplot dalam sindiket dadah & sindiket kongsi gelap. ??
Sarjan tu pesan lagi jangan bocorkan apa-apa maklumat pada sesiapa semasa siasatan dijalankan termasuk keluarga, kawan, adik beradik @ sesiapa pun sebab boleh disabitkan bawah seksyen 8 1972 akta rasmi. Dia pesan lagi tolong bagi kerjasama untuk cari bukti lebih dalam lagi & dia tanya ada tak pakai apa-apa bank lain & beritahu dengan jujur. Baru nak jawab “ada”suami terus rampas telefon dan secara merta mertanya panggilan dari sana terus diletakkan..Tuttttttttt…..
Bermakna terbongkarlah di situ dari mahkamahlah, sarjanlah, IPK lah, semua cubaan nak mencuri duit dalam bank den…HAMPEH!! Teknik scammer terbaru.
Jangan tanya kenapa saya layan & kenapa saya percaya sebab kata-kata diorang buatkan kita akan percaya. Korang tak kena lagi jadi sentiasa beringat.Tambah lagi memang tak dinafikan saya memang mudah percaya cakap orang a.k.a lurus.. Dah jangan ditanya lagi.
Suami pun dah telefon no yang diorang buat panggilan tu dan memang betul tu no. phone Mahkamah Tinggi Johor. Diorang pun cakap dalam 2 minggu ni ramai yang report kes yang sama jalan cerita yang sama cuma amountnya berbeza. Scammer curi line mahkamah.
Dan report polis dah dibuat, polis pun dakwa bukan perempuan je yang kena, lelaki sado, driver lori, ejen hartanah, tauke kedai pun dah terkena sampai semua duit dalam bank 0. No tel Bukit Aman pon dah diorang berjaya curi. Ayat-ayat diorang memang power & lakonan menjadi. (Padahal no badan polis, segala akta-akta tu habis di kelentongnya)
Harap tak ada sapa lagi yang jadi mangsa.
Nota
Sentiasa hati-hati dengan manusia tamak nak cari duit cepat ni.Yang wanita berkerjaya tu cakap je suri rumahtangga jangan dedahkan maklumat peribadi pada orang yang call kita tak kenal. Tambahan dia dah ada alamat lengkap kita semua. Pesan juga pada mak ayah kita kat kampung jangan nanti duit tabung haji pun dikautnya.
Sedangkan menerusi perbualan video di media sosial pun pukau boleh dilakukan. Inikan pula satu panggilan telefon.
Baca Sini: Ini Cara Nak Hindari Pukau.
Kenapa Saya Kongsi Cerita Ini
Ada yang komen sepatutnya ni kes polis , tak perlu viralkan biar polis buat kerja dia. Buat yang cakap macam tu, adakah awak terlibat sama dalam kes ni? Adakah awak sarjan Chia @ Syafiq Musa yang call saya hari tu? Tahu tak apa maksud scammer?
Ni bukan kes curi motor yang kita kena senyap-senyap sampailah polis jumpa si pencurinya. Scammer ni awak duduk diam-diam pun ada yang tengah dok perati akaun awak. Kalau tak awak, nak ke kalau ada kalangan saudara mara awak kena macam saya kena?
“Macammana lah saya boleh percaya dengan orang tu, dah terang-terang penipu”.
Kalau tak ada sorang pun yang percaya, maka takkan ada terkena sampai beribu yang habis. Ni bukan kes yang pertama, dah banyak kali. Cuma bila terkena kat diri sendiri memang rasa DIPUKAU. Awak yang ada di sekelilinglah yang patut tolong .
TOLONG RAMPAS TELEFON ANDAI RASA PANGGILAN TU MENCURIGAKAN SEBAB KAMI YANG TERKENA TAKKAN SEDAR APA-APA!!..
Mungkin lepas ni manusia tu tak pakai nombor mahkamah ni, mungkin dia akan gunakan nombor yang lain. Harap semua lebih berhati-hati. Sentiasa berpesan-pesan sesama kita.
Sumber/Foto: Hasniza Anis via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI