Sewaktu isteri masih ada hargailah kehadirannya, biar pun bentuk tubuh isteri tak lagi ‘selim melim’ seperti dulu. Jangan bila dah tiada, baru suami menyesal mahu meminta maaf.
Perkongsian kisah menyayat hati ini, diceritakan semula oleh penulis ini, Eddie Dieanna. Sebenarnya, dia juga berasa hiba menyenangkan keadaan rakannya yang menyesali kekhilafan sendiri sewaktu hayat isteri rakannya itu masih ada.
Ketika marah, tanpa sedar menegur bentuk badan isteri yang sudah berubah. Rupanya isteri terkesan dengan kata-kata suami. Sehingga ke akhir hayat arwah isterinya sedih terluka. Sudahnya suami menyesal sampai ke akhirnya.
Baca sini : ‘Setiap orang pinggannya lain-lain..’ Demi rezeki, 6 bulan ayah jauh dari anak-anak
Hari ini saya terpandang status di what’sapp sahabat saya. Beliau letak caption.
“Perkara paling menyakitkan ialah rindu pada yang telah tiada.”
Sebagai seorang sahabat yang mengetahui isterinya baru sahaja meninggal dunia 2 bulan lepas. Saya pun terus mesej kata-kata semangat pada beliau.
“Bertabah ye Zack (Bukan nama sebenar), banyakkan berdoa.
Semoga roh arwah tenang di sana.”
“Thanks Eddie, kebetulan kau text aku.
“Boleh bro, silakan. Aku pun free ni.”
Tak lama berselang. Zack pun telefon saya.
Sedang rancak berbual di talian. Tiba-tiba Zack terdiam sekejap. Nada suaranya tersekat-sekat dan seolah-olah sedang bersedih.
“Eddie, kau tahu tak. Sekarang ni aku hidup penuh dengan rasa serba salah dan penuh penyesalan. Aku menyesal dengan apa yg aku dah buat dekat arwah sebelum ni.”
“Kenapa pulak Zack. Apa yg kau kesalkan?”
“Macam ni bro,
2 bulan sebelum arwah isteri aku meninggal.
Aku pernah terkantol mesej dengan kawan 1 tempat kerja aku. Masa tu bini aku marah sangat dekat aku. Sebab aku dah tak tahan sangat dia bising-bising. Aku pun terus lah cakap.
‘Ye, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempol.’
Lepas dari aku cakap tu Eddie, aku tengok isteri aku banyak berdiam.
Hari² aku balik kerja dia dah tak ceria macam dulu. Agaknya dia terasa sangat dengan apa yg aku cakap. Sampailah sehingga 1 hari sebelum dia ditidurkan. Dia ada cakap dalam telefon.
‘Abang, sayang nak minta maaf dengan Abang dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Minta halalkan makan minum sayang selama jadi isteri. Sayang minta maaf sebab tak dapat nak kurus macam perempuan yg Abang inginkan, Maafkan sayang ye. Tolong doakan supaya sayang mendapat redha dari Suami sayang sebelum sayang pergi.’
Allahuakbar,
terdiam sekejap saya mendengar cerita dari sahabat saya ni. Saya terus bagi kata-kata semangat kepada Zack.
“Allah, sedihnya aku dengar Zack.
Mesti dia terasa kan bila dengar kau cakap macamtu. Kau sempat minta maaf tak dengan dia
“Alhamdulillah Eddie, aku sempat minta maaf salah silap aku dekat dia sebelum dia meninggal. Tapi. ”
“Tapi kenapa bro”
Sahabat saya terus mendiamkan diri.
Agaknya tengah bersedih.
“Zack, kau okay tak.”
“Okay bro, aku okay. aku cuma sedih sebenarnya. Aku baru je godeh² (bukak) handphone arwah pagi tadi.
Aku baru ada kekuatan untuk nak tengok apa yg ada dekat handphone dia.
Kau nak tahu tak apa yg aku jumpa dekat handphone dia.”
“Kau jumpa apa bro?”
Aku tengok apa yang dia search dekat YouTube dia.
‘Cara-cara untuk kurus dalam tempoh sebulan.’
‘Cara-cara untuk turunkan berat badan.’
‘Cara-cara bakar lemak.’
‘Cara buat air Detox untuk kurus’
‘Cara-cara tahan lapar.’
Ini adalah apa yg dia search sepanjang tempoh dua bulan ni bro, dan aku tengok dekat troli Shoppee dia. Penuh dengan produk untuk kurus yg dia nak beli tapi dia tak mampu beli sebab aku tak bagi dia duit yg cukup untuk beli semua tu.”
Terdiam sekejap saya mendengar apa yg diceritakan oleh sahabat saya ni.
“Allah, sedihnya aku dengar. Tak apa Zack, benda pun dah lepas. Tak perlu fikir lagi ye. Kau banyak-banyak kan berdoa untuk arwah isteri kau kat sana. Mesti dia bangga kalau dia tahu kau dah mula sedar kesilapan kau kan.”
“Thanks Eddie, sebab bagi aku semangat.
And aku harap kau tulis apa yang aku ceritakan dekat kau ni. Supaya jadi iktibar dan tauladan dekat orang lain. Supaya lebih menghargai isteri ketika masih ada. Jangan jadi macam aku. Isteri dah tak ada baru nak menyesal.
1 lagi,
Kalau nak isteri cantik, kita sebagai suami kena sentiasa bagi semangat. Bantu dia apa yang patut supaya dia ada masa untuk nak exercise. Bagi dia duit yang sepatutnya untuk dia beli supplement atau ubat kurus, bukan tau hanya nak kondem je macam apa yang aku buat sebelum ni.”
Baik bro, InshaAllah jika ada kelapangan aku akan share perkongsian kau ni.
Setuju dengan apa yang kau cakap.
Setiap orang metabolisma dia tak sama.
Ada orang makan sikit je dah gemok, ada orang makan banyak macam mana pun tak gemuk-gemuk. Jadi bukan mudah untuk seseorang tu nak kurus semula tanpa sokongan suami dan bantuan seperti ubat kurus.”
* Dikongsi dengan izin.
Nama, jalan cerita dan watak telah saya ubah bagi mengelakkan diri pencerita dikenali.*
Mingguan Wanita : Belajarlah untuk berkata-kata yang baik-baik dengan pasangan. Walaupun ketika perasaan marah sedang menguasai. Jangan suami menyesal bila pasangan sudah tiada.
Sumber/Foto : Eddie Dieana
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW