Gagal sekali tidak bermakna kita harus patah semangat. Wanita ini juga pernah salahkan takdir bila gagal, rupanya bila berbakti kepada keluarga rezeki mencurah-curah.
Di peringkat permulaan, tentu sahaja setiap kali tersungkur terasa ingin berhenti saja dari berniaga. Tetapi tak lama, terasa ingin stop tetapi tak pernah jadi kerana berniaga sudah sebati dalam diri dan percaya bisnes adalah satu-satunya tempat menjadi sumber rezeki. Hendak atau tidak kena teruskan dan terus bangkit.
Begitulah perkongsian Nor Azila Mahmood merupakan Pengasas Kerepek Bronis Viral dalam FB Live Mingguan Wanita, Bangkit Wanita : Kisah Inspirasi dan Sukses baru-baru ini. Wanita ini telah menterjemahkan kek brownies yang pernah diusahakan sebelum ini kepada kerepek bronis yang lebih unik, menarik dan rasa yang cukup sedap.
Bekas graduan dari Universiti Islam Antarabangsa ini sejak tahun 2015 telah menceburi bidang F&B. Semestinya banyak liku kehidupan yang dilalui sepanjang mengendalikan perniagaannya.
Usahawan wanita berjaya ini akui tidak dapat lari dari menghadapi cabaran dalam menguruskan perniagaannya. Namun dia teruskan tekad untuk terus bangun dan menolak untuk berputus asa. Dirinya juga terus bangkit dan semakin hari semakin jelas hala tuju perniagannya hinggalah berjaya seperti hari ini.
“Down sekali sekala itu biasa, apatah lagi kita perempuan mudah emosional. Paling penting kita kena pandai kawal diri dan emosi untuk bangkit kembali,” jelas Nor Azila.
Sememangnya, bukan mudah sebenarnya untuk kembali bangkit mengumpul kekuatan dari kegagalan. Cabaran dan dugaan yang dihadapi adakalanya mampu membuatkan diri rasa cukup lemah, mematahkan semangat dan menghilangkan keyakinan diri.
Wanita ini pernah salahkan takdir dan rasa diri tidak berguna suatu ketika dahulu tatkala diuji dengan kegagalan dalam perniagaan.Tidak mahu berterusan keadaan demikian, wanita ini kembali mengumpul semangat berjalan terus tanpa menoleh ke belakang.
Wanita Perlu Upgrade Diri
“Sebelum memulakan bisnes, antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang usahawan pertama sekali ialah minat, bagaimana kalau nak mulakan perniagaan jika tiada minat.
Ads
“Kemudian, sabar dan kental perlu ada. Serta kesemua ciri ini datang daripada praktis bukannya terus sempurna. Mahu berjaya bukan sesuatu yang mudah, bagi saya sebenarnya setelah mendalami dunia perniagaan, secara tidak langsung seseorang akan mula untuk upgrade diri, kemudian timbul pula passionate.
“Seterusnya soal duit akan datang nombor dua bila diri kita mula seronok dan berniaga menjadi sebahagian daripada jiwa. Jadi datanglah apa saja ujian dalam bisnes, anda akan berusaha dan berjaya selesaikan kerana bisnes sudah tidak asing lagi dengan kehidupan,” saran Nor Azila satu-persatu.
Tambahnya lagi, tatkala ditimpa kesusahan secara automatik seseorang itu akan mulai mencari ilmu, mencari sokongan dan sentiasa positiflah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam bidang perniagaan.
Cabaran Berniaga Dalam Pandemik
Sesungguhnya mengharungi dunia bisnes dalam pandemik Covid-19 bukanlah sesuatu yang mudah dan juga satu-persatu pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) memberi cabaran kepada peniaga seperti Nor Azila.
“Ujian terbesar sebagai majikan yang saya lalui setakat ini ini adalah memastikan pekerja-pekerja masih boleh bekerja seperti biasa kerana saya langsung tidak membuang pekerja.
Ads
“Oleh itu, saya perlu kuatkan internel dahulu maksudnya jelaskan situasi sebenar kepada staf tentang situasi sekarang agar mereka sama-sama untuk memastikan syarikat terus kekal stabil.
“Begitu juga dengan branding dan marketing memang perlu kuatkan. Malahan dalam keadaan begini, masing-masing kena work hard dan kerja tiga kali ganda lebih daripada sebelum ini. Paling penting saling bekerjasama antara satu sama lain,” jelas Nor Azila yang mengakui pandemik Covid-19 turut beri kesan pada Bronis Chips.
Tiada Amalan Rahsia
Sesungguhnya, tiada amalan rahsia bagi Nor Azila agar rezekinya sentiasa bertambah dan murah. Namun apa yang menjadi pegangan kepada wanita ini ialah sentiasa mendahulukan ibu bapa, jangan sesekali berkira dengan mereka dan tidak ketinggalan berbaktilah sebaiknya kepada ibu, bapa dan keluarga.
“Malah, jika ada ahli keluarga yang ada masalah atau sakit, saya suka menjadi orang pertama untuk ambil berat dan mengambil tanggungjawab.
“Saya juga suka berkongsi rezeki yakni bersedekah, sekiranya rezeki kita bertambah dan meningkat sudah pasti ada rezeki orang lain dalam rezeki kita.
Ads
“Jadi saya akan bersedekah dan paling utama kepada ahli keluarga dahulu terutamanya our parent. Jaga mak,ayah kita, insyallah Allah jaga kita,” katanya lagi.
.
Kongsi Nor Azila, hadiah terindah yang paling tak dapat dilupakan ketika dia mula berniaga dahulu adalah berkesempatan menghantar kedua ibu bapanya menunaikan umrah.
Kemudian melakukan “make over” rumah orang tuanya dan paling utama setiap bulan Nor Azila memang peruntukkan elaun khas buat mak, ayahnya.
Sebelum mengakhiri sesi temubual, Nor Azila berharap produknya, Bronis Chips menjadi salah satu jenama yang kuat di Malaysia dan juga luar negara.
#kisahinspirasisuksesmingguanwanita
Mingguan Wanita : Jangan lupa saksikan FB Mingguan Wanita Live Bangkit Wanita: Kisah Inspirasi & Sukses setiap Isnin pukul 3 petang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Belanjawan 2021 sudah pun selesai dibentangkan kira-kira jam 6.30 petang tadi. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menggalas amanat menyampaikan amanat belanjawan yang disifatkan paling penting dan mencabar dalam sejarah.
Ekoran penularan Covid-19 yang memberi kesan mendalam kepada setiap rakyat dan ekonomi negara.
Di sebalik melaksanakan amanat tersebut, penampilan Tengku Zafrul menarik perhatian umum. Hari ini beliau segak mengenakan baju Melayu lengkap bersamping.
Di tangannya terselit beg sampul berwarna kelabu berisi teks ucapan Belanjawan 2021. Memecahkan tradisi kebiasaan yang mana selalu teks belanjawan di bawa dalam beg bimbit berwarna hitam.
Teks ucapan pembentangan Belanjawan 2021 itu dibawa dari bangunan kementerian ke Parlimen pada 2.35 petang.
Tengku Zafrul Mulakan Perjalanan Dengan Iringan Doa
Bagi mendapatkan keberkatan, perjalanan beliau dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah.
Malah, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abd Rahim Bakri, Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon sama segak berbaju melayu.
Belanjawan 2021 ini pertama kali dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac tahun ini.
Sementara di instagramnya, bapa kepada empat orang anak ini memohon agar tugasannya membentangkan belanjawan buat kali pertama ini dipermudahkan.
“Kerja seawal Subuh balik waktu malam, anak-anak sudah tidur” Datuk Seri Siti Nurhaliza terdetik perlahankan kerjaya seni. Sememangnya bergelar seorang isteri dan ibu yang bekerjaya amat mencabar.
Justeru itu, wanita perlu bijak mengatur masa mereka sebagai ibu, isteri dan pekerjaan untuk memastikan tugasan berjalan lancar.
Apatah lagi bergelar seorang penyanyi tersohor negara dan juga bergelar usahawan wanita hebat. Figura, Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya disegani ramai.
Malah ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga dilihat begitu gigih menyempurnakan tugasnya sebagai penghibur, usahawan dan rumah tangga.
“Kerja Seawal Subuh Balik Waktu Malam, Anak-Anak Sudah Tidur”
Berbicara tentang urusan kerjaya dan rumah tangga, Siti akui dirinya juga pernah terfikir untuk untuk memperlahankan kerjaya seninya. Malah dia juga berhasrat untuk memberi tumpuan lebih kepada dua anaknya iaitu Siti Aafiyah, 4 dan Mohd Afwa yang baru berusia setahun.
“Saya akui pernah terdetik untuk memperlahankan kerjaya seni demi keluarga terutama anak-anak.
“Ada waktu saya perlu keluarga bekerja seawal Subuh dan balik waktu malam. Anak-anak pun sudah tidur.
“Saya rasa kasihan lebih-lebih lagi terhadap Afwa yang masih kecil. Afwa pun sudah pandai merajuk dan tidak mahu lepaskan saya. Jadi saya rasa bersalah.
“Tapi saya pun ada tanggungjawab terhadap pekerja-pekerja saya. Jadi saya akan cuba bahagikan masa sebaik mungkin,” katanya seperti mana dipetik menerusi Astro Gempak.
Suami Ambil Berat Jadual Kerja Siti
Suami tersayang Datuk Seri Khalid atau Datuk K begitu mengambil berat jadual kerja Siti dan bagi memastikan anak-anak mendapat kasih sayang sepenuhnya, Datuk K berbincang dengan pihak pengurusan agar jadual Siti seimbang.
Akui Siti dia bertuah kerana suami memahami dan begitu mengambil berat jadual seharian Siti.
“Datuk K mengambil berat tentang jadual saya. Maklumlah anak-anak dah makin membesar pasti mahu tumpuan sebab itu Datuk K pun sama-sama berbincang dengan pihak pengurusan sama ada dalam bidang perniagaan atau hiburan supaya jadual saya tidak dibuat terlalu padat agar ada masa untuk bersama keluarga.
“Jika bulan ini saya sibuk menguruskan perniagaan, bulan seterusnya saya akan fokus pada nyanyian.
“Jadi saya dapat bahagi-bahagikan masa.
“Jadi dalam seminggu tu adalah dalam tiga hari saya di rumah dan tak sibuk dengan komitmen supaya dapat meluangkan masa bersama anak-anak,” sambungnya.
Cuba kongsi berapa ramai mak-mak pandai goreng bihun. Tak semua orang boleh masak bihun sampai jadi lembut, kenyal, sedap dan tak hancur. Biarpun pelbagai tip dicuba, selagi mak-mak tak betulkan kesalahan ini. Memang sampai ke akhirnya bihun yang digoreng akan keras, lembik dan boleh jadi tawar atau terlebih masin.
Bila dah salah masak bihun inilah yang akan jadi:
Bihun keras sampai susah nak ‘kokak’
Terlampau lembik, benyek pun pernah jadi.. adoiilah.
Berpintal-pintal sebab dah terlalu lembik habis dikacau sampai tak sudah.
Masin ya amat.. sebab garam tak sekata.
Sebab Itu Tak Boleh Langgar Pantang Larang Goreng Bihun
1. Tak Tengok Arahan Pada Paket
Tengok dekat paket bihun. Apa arahannya. Adakah perlu direndam kemudian tos, atau rendam dalam air panas atau air sejuk.
2. Tak Perasan Bihun Ni Rupa Je Sama Tapi Kekenyalan Berbeza
Kenal dulu sifat bihun. Ada sesetengah bihun mentah yang perlu direndam lama sebelum di masak. Ada yang direndam walau dalam lama pun tetap tak memberi hasil yang baik semasa digoreng. Contoh; bihun Faiza bihun mentahnya keras dan perlu direndam lama. Manakala bihun Eka atau Pama bihunnya cepat lembut bila direndam air.
3. Lupa Uji Bihun Dengan Jari
Air tangan tu kan penting. Jadi gunalah jari jemari itu untuk menguji sama ada bihun yang dah direndam tu lembut atau sebaliknya. Cuba putuskan guna jari tu boleh ke tidak. Kalau senang tu dah cukup lembutlah tu.
4. Tak Ambil Pusing Masa Merendam
Gunakan besen besar semasa merendam bihun. Biarlah bihun tu sampai tenggelam. Kacau-kacaulah sekejap-sekejap, sampai anda dapat merasakan bihun tu lembut.
5. Anggap Lalukan Bihun Bawah Air Dan Tos Tak Penting
Ini kalau rendam dalam air panas, sebaiknya lalukan semula bawah air paip. Jangan pula rendam lama sangat, sampai dah terlalu lembik baru nak lalukan bawah air. Nanti masa menggoreng ia mudah hancur dan tak lagi kenyal. Lepas lalukan bawah air tu barulah toskan. Satu lagi rahsianya kenapa kena lalu bawah air dan tos, sebab nak buang kanji yang ada dalam air rendaman bihun. Jadi bihun tu tidaklah melekat sangat bila dah siap digoreng.
6. Tak Campur Air Masa Menumis, Goreng Bihun
Jika gunakan bihun jenis keras atau kasar, lebihkan air semasa menumis. Nanti bihun akan serap air dan dengan sendirinya akan jadi lembut. Gaullah sampai bihun lembut. Tapi jangan keterlaluan nanti bihun hancur. Katakanlah masih juga keras, tambah sedikit air panas sampai ia jadi lembut.
Kalau suri guna bihun jenis lembut, tak perlulah tambah air yang banyak. Sedikit dah memadai. Bimbang bihun jadi hancur dan lembik.
7. Tak Gunakan Dua Tangan
Hah! ni pelik… masak bihun memang mencabar. Macam nak berkungfu pun iya. Sebab itu, disarankan guna dua tangan masa menggoreng. Sebabnya yang sebelah boleh menggaul, sebelah lagi tangan boleh gaul rata sebatikan rempah/perencah bihun. Jadi ianya tidak berketul dan berpintal.
8. Tak Tahu Bila Nak Masukkan Garam
Jangan masukkan garam sebelum memasukkan bihun. Sebaiknya selepas bihun dimasukkan dalam kuali. Ini untuk mengelakkan terlebih masin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...