Pernah rasa jadi ibu tunggal, Che Ta mahu bantu 1 juta wanita! Figura jelita yang juga isteri dan ibu kepada tiga orang anak, Rozita Che Wan sememangnya terkenal dengan sikapnya yang sangat kental.
Dirinya yang dulu pernah berpengalaman menjadi ibu tunggal dan wanita berdikari sangat memahami nasib golongan wanita.
Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Isteri kepada Zain Saidin ini juga menjelaskan dia enggan berpeluk tubuh walaupun kini selesa dengan kejayaan yang digapai. Misi utamanya sudah tentu untuk membantu golongan wanita.
Malah Che ta yang juga turut bertindak sebagai pengasas bersama dan duta ‘kecil’ inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) yang diusahakan bersama Anas Zahrin walaupun baru 4 bulan di pasaran namun sudah terjual lebih 100,000 kotak.
Dek kerana itu juga Che Ta mengambil inisiatif dan usaha membangunkan ekonomi golongan wanita mahupun suri rumah. Malah Che Ta juga terus optimis mahu membantu 1 juta wanita di Malaysia menjana pendapatan sampingan.
“Macam kami sering tekankan rezeki itu ada di mana-mana. Kami sedar ramai yang mengusahakan perniagaan inai kala ini, tapi tak kisah sekalipun sengit persaingan, kita terus berusaha.
“Sebab itu saya dan Anas sebagai pengasas mahu terus bantu 1 juta wanita di Malaysia tak kira apa status mereka untuk terus menjana pendapatan.
“Kami bersyukur sejak Jun lalu biarpun berdepan saingan sengit dan kontroversi tak terduga dengan pengusaha inai lain, niat dan misi kami nak menjana ekonomi golongan wanita ini tak pernah goyah,” sambung Che Ta.
Che Ta yang juga isteri kepada Zain Saidin menambah, pengalaman bergelar wanita berdikari hingga menjadi ibu tunggal sebelum ini banyak membuka ruang baginya menyelami getir rasa kaum Hawa.
“Sekalipun kita sudah berada di fasa endemik, di mana kerancakan ekonomi terus melonjak, persaingan dan peluang untuk menjana pendapatan itu terus terbentang luas.
“Malah saya pernah bersembang dengan ejen dan stokis inai kami, ada yang berjaya menjana pendapatan lebih RM75,000 sebulan.
“Yang penting kita berniaga dan bersaing secara sihat. Hasilnya, insya-Allah membahagiakan.
“Nak hidup, kena ketepi rasa malas dan segala macam perasaan negatif,” sambung Che Ta yang turut hadir dengan produk terbaharu gincu Mawar Hitam atau Black Rose Che Ta.
Dalam pada itu, Che Ta bersyukur kerana produk inai terbabit diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat daripada pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu pada 14 September lalu.
“Syukur tak terhingga apabila inai ini berjaya diuji serta menjadi jenama inai pertama yang mana ujian di lakukan pada kuku manusia sebenar dan sah untuk penggunaan solat oleh pihak universiti berkenaan.
“Kami tahu ada pihak yang menguji penggunaan inai hanya di atas gelas atau bahan lateks yang belum tentu tepat dan sah digunakan dalam solat.
“Sebelum ini memang kami sedar dengan kewujudan dalil dan perdebatan mengenai sah atau tidak penggunaan inai ini.
Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap bancuh atau inai celup menyebabkan ada golongan wanita keliru.
“Terutamanya berkaitan inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib.Tapi akhirnya, inai kami ini sah dipakai dalam bersolat,” kongsi Che Ta yang turut menerangakan ujian klinikal terbabit dilakukan pensyarah UMT iaitu Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani.
Baca Disini : Che Ta Terima Hadiah Majlis Persandingan Lebih RM100K Dari Sahabat Baik
Che Ta Boleh Tidak Bersolek, Nafi Hanya Terima Watak ‘Control’ Cantik
Mingguan Wanita : Suka tengok kesunguhan Che Ta dalam berbisnes. Memang menjadi contoh golongan mak-mak.
Sumber Foto : Ihsan Che Ta & Anas Zahrin
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
.
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery