“Pernah Obes Hampir 200 KG.” Wanita Ini Tekad Turunkan Berat, Syukur Akhirnya Disahkan Hamil

Share

“Pernah obes hampir 200 kg.” Wanita ini tekad turunkan berat, syukur akhirnya disahkan hamil.

Syukur penantian 8 tahun berakhir bila dirinya disahkan mengandung. Hanya rasa syukur dapat dizahirkan kerana terlalu terharu.

@ayshaalams Ni sahaja ya mampu saya berikan,semoga allah pelihara hubungan kita dunia akhirat aminn #ezyorange #rumahtangga #ramadan
#ezyorangehq #lostweight ♬ suara asli – pisces,,85

Pernah Obes Hampir 200 KG

Tak dapat bayangkan perasaan pasangan ini begitu sabar menanti kehadiran cahaya mata dan akhirnya berhasil. Segala penat lelah usahanya turunkan berat badan untuk sihat akhirnya berbaloi kerana berita yang dinanti-nantikan akhirnya menjadi kenyataan.

Berita ini dikongsikan dalam TikToknya, @ayshaalams dan posting ini menjadi viral kerana rata-rata netizen turut menumpang rasa bahagia kerana bukan mudah buat @ayshaalams untuk hamil.

Sebak hati seorang suami bila isterinya telah hamil.

Artikel Berkaitan: Kemanisan Ramadan, Hamil Cahaya Mata Sulung “Mohon Doa Kesejahteraan & Keselamatan Uyaina & Baby”

Wanita Ini Tekad Turunkan Berat

Pernah obes dan berat badan badan mencapai 200 kg serta pernah dengan beberapa masalah kesihatan membuatkan empunya diri sukar hamil pada awalnya.

Malahan dengan tekad dan usaha yang kuat, wanita ini dilihat bersungguh-sungguh menurunkan berat badan. Bukan semata-mata untuk kurus sebaliknya untuk kembali sihat.

Pernah obesiti dan beratnya pernah mencapai 200 kilogram.
Selepas turunkan berat badan.

Baca Di Sini: Jangan Mengandung Kemudian Buat Sombong, Meremehkan Orang Yang Tidak Direzekikan Hamil

Ternyata usahanya yang memakan masa lapan tahun akhirnya berbaloi apabila dia hamil dan menjadi detik manis buat @ayshaalams dan suami.

Syukur Akhirnya Disahkan Hamil

Dalam videonya, @ayshaalams mengatakan bahawa ini saja yang mampu hadiahkan buat suami. Tetapi sudah tentu hadiah ini tidak ternilai harganya dengan barangan mewah lain.

Reaksi suami @ayshaalams juga menyentuh perasaan. Sama-sama bersusah, senang sudah tentu bukan satu perjuangan yang mudah. Namun pasangan ini buktikan jika ada usaha, pasti ada jalannya.

Ramai yang turut mendoakan @ayshaalams dan pasangannya.




Mingguan Wanita : Benarlah kunfayakun, jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka jadilah ia. Semoga @ayshaalams terus kuat semangat!

Sumber : TikTok @ayshaalams

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat