Hiburan

Pernah keguguran tahun lalu, Uyaina Arshad umum hamil anak kedua

Share

Nampaknya permulaan tahun 2024 merupakan fasa  mengggembirakan buat pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang mengumumkan dirinya  bakal menerima ahli keluarga baharu tidak lama lagi.

Salam everyone.. We have some good news to share 😊

2021 – Berdua
2022 – Bertiga
2023 – Bertiga + 1/2
2024 – InshaaAllah Bereempat

Alhamdullillah. Syukur pada-Mu Ya Allah.

We are expecting our second child. Uyaina dah di trimester kedua sekarang. Our family is getting bigger 🥹 Tolong doakan keluarga kecil kami & semoga yang baik2 untuk kalian juga.

Selamat Tahun Baru 2024 buat kita semua.

Uyaina Arshad  berkongsi khabar gembira tersebut melalui akaun Instagram miliknya. Dikhabarkan, usia kandungannya sudah memasuki trimester kedua iaitu sekitar empat hingga enam bulan.

Sama seperti individu lain, pengacara program televisyen itu turut meminta orang ramai terus menitipkan doa yang baik buat dirinya dan keluarga.

‘Keluarga kami akan bertambah besar. Tolong doakan keluarga kecil kami dan semoga yang baik-baik untuk kalian juga,” katanya lagi.

Untuk rekod,  Uyaina pernah mengalami keguguran anak kedua sekitar Mei  tahun lalu.

Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan kini berusia dua tahun.

Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya juga menunjukkan Uyaina meraikan tahun baharu di salah sebuah hospital swasta apabila melaklumkan anak lelakinya, Raja Urhan dimasukkan ke hospital akibat masalah muntah dan cirit-birit.

Menurut Uyaina, pada malam menjelang tahun baharu dia menjadi hosuntuk rancangan Inspirasi 2024 untuk @hiburantvrtm .

“Pada masa yang sama, Urhan dimasukkan ke hospital akibat masalah cirit-birit dan muntah-muntah. Tak tenteram jadinya bila menjalankan tugas mengacarakan rancangan tersebut,” ujar Uyaina yang menyelesaikan tugasnya sebaik mungkin sebelum bergegas ke hospital dan menemani anaknya itu.

And we celebrated New Year 2024 atas katil hospital,” ujar Uyaina berkongsi perkembangan terkini anaknya dan sekaligus menyambut ambang tahun baru di hospital!

 

Published by
Rosmah Idayu