“Saya sudah pernah mengecap glamor dalam dunia seni, jadi sekarang saya lebih selesa untuk bersederhana dan melakukan perkara yang saya suka,” itu ungkapan bekas jaguh bina badan negara dan pelakon, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor atau lebih dikenali sebagai Malek Noor yang kini memilih untuk menikmati kehidupan yang lebih sederhana selepas sekian lama berkecimpung dalam dunia seni.

Pernah Kecapi Dunia Glamor, Kini Datuk Malek Noor Mahu Hidup Low Profile

“Perjalanan hidup yang penuh warna-warni sebagai atlet dan anak seni telah membentuk diri saya menjadi seorang insan yang lebih menghargai ketenangan dan kebersederhanaan”.

Setelah melalui pelbagai fasa dalam karier dan kehidupan peribadi, beliau kini lebih menumpukan perhatian kepada kesihatan, kesejahteraan diri, serta mendekatkan diri dengan nilai-nilai yang lebih bermakna.

Hidup Sederhana

Keputusan Malek Noor untuk menjalani kehidupan yang lebih santai ini seiring dengan penghijrahannya ke arah kehidupan yang lebih tenang, jauh daripada kesibukan dunia glamor. Bagi beliau, kebahagiaan bukan terletak pada kemasyhuran atau kekayaan, tetapi pada ketenangan jiwa dan kepuasan dalam menjalani kehidupan seharian.

Ads

“Tidak dinafikan, kadang-kadang apabila ada yang masih mengenali dan menegur, saya jadi segan. Sebenarnya, kalau di luar kamera, saya seorang yang pemalu. Sikap itu sudah terbawa sejak kecil dan masih ada dalam diri saya sehingga kini,” katanya dengan rendah hati.

Meskipun sudah meninggalkan dunia sukan dan bidang seni, beliau yang menginjak usia 68 tahun ini tidak menolak rezeki apabila ditawarkan menjadi duta @KL Steamboat & Grill yang bertempat di Ampang, Selangor. Bekas peserta The Masked Singer Malaysia 3 itu ditemui media pada Majlis Cahaya Ramadan @KL Steamboat & Grill 2025 baru-baru ini.

@KL Steamboat & Grill yang diusahakan oleh empat usahawan iaitu Mohd Zulkifli Mohd Talib, Mohd Farid Jamaluddin, Mohd Samsul Mior Atan Ahmad, dan Mohd Halmie Mior Atan Ahmad, komited untuk menawarkan pengalaman berbeza dalam dunia restoran di Kuala Lumpur.

Pernah Kecapi Dunia Glamor, Kini Datuk Malek Noor Mahu Hidup Low Profile

Ads

Pernah Kecapi Dunia Glamor, Kini Datuk Malek Noor Mahu Hidup Low Profile

Meskipun konsep steamboat dan grill sudah popular di negara ini, mereka optimis untuk mencipta suasana lebih menarik dengan elemen hiburan seperti persembahan busking secara langsung setiap hujung minggu.

Ads

Selain menyajikan makanan laut segar dan berkualiti tinggi, restoran ini turut menawarkan pelbagai menu lain dengan harga berpatutan, termasuk promosi istimewa sepanjang Ramadan tahun ini. Harga Buffet Ramadan ditawarkan pada harga RM49.80 untuk dewasa, manakala RM18.80 untuk kanak-kanak. Warga emas & OKU pula RM28.80 manakala makan secara percuma untuk individu yang menyambut ulang tahun kelahiran.

@KL Steamboat & Grill yang terletak di Jalan Mengkudu, Kuala Lumpur ini dibukan setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI