Berita

Pernah harungi zaman kejatuhan bisnes, Zarawani Salim buktikan fesyen mampu milik jadi pilihan wanita masakini!

Share

Minat yang mendalam dalam dunia perniagaan sememangnya menjadi azimat buat wanita ini terus melangkah dalam dunia keusahawanan. Zarawani Salim, antara wanita yang mempunyai impian setinggi gunung untuk mengubah kehidupan sekaligus mengecapi hidup yang lebih baik.

Bijak menggunakan ruang dan peluang dalam bidang perniagaan menjadikan dirinya  antara usahawan wanita di Malaysia yang  melakar kejayaan dalam dunia fesyen.

Usahawan Berjaya

Bagi Zarawani, bukan mudah untuk dirinya berada selesa dalam perniagaan yang diceburinya apatah lagi perniagaan berasaskan fesyen sememangnya mempunyai persaingan yang sengit. Malah  Zarawani pernah berhadapan detik jatuh bangun sebelum perniagaannya berada pada kedudukan sekarang.

Menyingkap detik permulaan, pada tahun 2011 terhasilnya jenama fesyen She Dazzle. Zarawani memulakan perniagaan di kampung halamannya Kemaman dengan menubuhkan rumah fesyen mesra hijab. Hanya selepas sembilan tahun beroperasi,  Zarawani melebarkan empayar perniagaannya itu ke Kuala Lumpur dengan membuka butik mengikut konsep tersendiri.

Meletakkan kepuasan pelanggan sebagai antara matlamat dalam perniagaannya, Zarawani menetapkan harga yang berpatutan untuk setiap koleksi di samping mengikut rekaan terkini serta berkualiti sebagai tunggak utama. Kgembiraan pelanggan dalam menggayakan setiap koleksinya tidak kiralah pakaian mahupun skaf adalah satu kepuasan dan pencapaian terbaik buat usahawan She Dazzle ini.

Tidak hairanlah, selepas 12 tahun berkecimpung dalam dunia fesyen, jenamanya masih menjadi pilihan  wanita yang mahu kelihatan bergaya mengikut trend semasa pada harga mampu milik.

KOLEKSI SKAF EDISI TERHAD SEMPENA TAHUN BARU

She Dazzle memulakan langkah 2024 dengan melancarkan koleksi skaf terbaharu bertemakan kebebasan dan kasih sayang. Koleksi ‘Shescarves’ yang bermotifkan Monogram ini adalah tudung potongan kemasan laser empat segi (square) dengan material cotton voile yang selesa dan mudah digosok.

Berukuran 45×45 inci, koleksi ini memiliki tema reka bentuk tersendiri antaranya Freedom, Hope dan Love. Setiap reka bentuk didatangkan dalam tiga kombinasi kod warna berbeza. Koleksi skaf ini terhad kepada 1,000 helai sahaja.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti dan pempengaruh terkenal antaranya termasuklah Maryam Kimchi dan Puteri Zarith. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian Datin Alyah yang turut menggayakan koleksi Shescarves.

Published by
Rosmah Idayu