Hiburan

Pernah ditegah ibu, Fathia Latiff ‘buat muka’untuk cantik. Mengaku suntik botoks!

Share

Pelakon sensasi, Nur Fathia Abdul Latiff baru-baru ini mencuri tumpuan apabila membuat kenyataan terbuka mengenai perubahan pada wajahnya. Pada usia 37 tahun, Fathia tidak mahu membiarkan wajahnya dimamah usia, malah berusaha untuk mengekalkan penampilan yang muda dan berseri.

“Saya tak faham kenapa ramai yang mengatakan wajah saya dahulu lebih cantik. Pada pandangan saya, wajah lama saya nampak cengkung dan kurang menarik. Kini, umur saya semakin meningkat, dan saya mahu kelihatan muda dan berseri,” kata Fathia ketika ditemui di sidang media Konsert Farmasi Sound Zation.

Ikut Peredaran Zaman

Sebagai seorang figura awam yang sering menjadi perhatian, Fathia berpendapat bahawa menjaga penampilan melalui rawatan estetik adalah sesuatu yang semakin diterima oleh masyarakat hari ini. Dia percaya bahawa perubahan yang dilakukannya bukanlah sesuatu yang perlu disembunyikan.

“Kita kena ikut peredaran zaman. Dahulu mungkin orang malu nak mengaku mereka buat rawatan estetik, tapi sekarang ramai yang melakukannya. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan.

Jika rawatan suntikan boleh mencantikkan wajah kita, kenapa tidak? Bagi saya, tiada masalah asalkan kita rasa lebih yakin dan gembira selepas melakukannya. Tak perlu bersolek tebal pun untuk keluar rumah,” jelasnya dengan penuh keyakinan.

Tanpa berselindung, Fathia turut berkongsi bahawa dia telah menjalani beberapa prosedur estetik seperti suntikan ‘filler’ dan botoks di bahagian pipi, bibir, hidung, dan mata. Baru-baru ini, dia juga mencuba rawatan ‘salmon skin treatment’, satu rawatan yang semakin popular dalam kalangan wanita.

“Di tempat saya buat rawatan itu, saya lihat ramai wanita yang datang. Ini menunjukkan rawatan estetik sudah menjadi trend. Kebanyakan rawatan yang saya jalani adalah tajaan.

Ada juga pihak yang menawarkan untuk menaja saya menjalani pembedahan bariatrik, tetapi saya masih mempertimbangkan tawaran tersebut. Sebelum ini, saya mengambil ubat Ozempic untuk membantu menguruskan badan,” tambah Fathia.

Fathia turut mengakui bahawa dia kini berusaha untuk menurunkan berat badan, memandangkan tubuhnya sedikit berisi. Dia percaya, dengan tubuh yang lebih langsing, dia akan lebih mudah mendapatkan tawaran lakonan seperti ketika dia kurus dahulu.

Erma Fatima Berani Offer Berlakon

Dalam perkembangan terbaharu, Fathia akan kembali menghiasi skrin dengan dua drama bersiri terbitan Erma Fatima, bertajuk Cinderella Jadian

dan Jangan Tinggal Abang Dik. Kedua-dua drama ini pastinya dinantikan oleh peminat setianya.

Wanita ini terus mengorak langkah dalam dunia seni dengan penuh keyakinan. Baginya, perubahan diri melalui rawatan estetik adalah hak peribadi setiap individu, dan yang paling penting adalah bagaimana ia mampu meningkatkan keyakinan diri.

“Saya tak kisah dengan apa yang orang lain cakap. Tetapi bila mak Fathia memberikan nasihat, Fathia akan dengar. Tak dinafikan mak selalu menasihatkan Fathia untuk tidak melakukan rawatan estetik, tetapi Fathia sememangnya manja dengan mak.

Kadang-kadang mak pun dah penat nak nasihatkan Fathia bila mak akan kata ‘suka hati kau lah”, ujar Fathia lagi.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/zarina-dedah-pernah-terima-nasib-seperti-zahirah-sebab-itu-saya-berhenti-berkawan-dengan-fathia/

https://www.mingguanwanita.my/154951-2/

Di era moden ini, menjaga penampilan bukan lagi sekadar keinginan, tetapi satu keperluan untuk terus kekal relevan dan bersinar dalam industri hiburan. Sekadar renungan bersama, trend me­ngubah bentuk wajah dengan melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung, kelopak mata, bibir termasuk mendapatkan suntikan pemutihan kulit adalah haram di sisi Islam.

Selain itu, mengubah rupa bentuk wajah secara keterlaluan seperti membesar atau mengecilkan hidung, bibir, mulut, memperluas pelupuk mata, me­raut bulu kening dan sebagainya dianggap sebagai sejenis peni­puan. Renung-renungkan.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

 

 

 

IKLAN