Mengingatkan kembali zaman persekolahan, itulah pengalaman yang cukup indah dan manis yang tak boleh dilupa sampai bila-bila. Pengalaman itu juga menjadi titik perubahan diri seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh dan berjaya.
Mungkin ramai yang tidak tahu pengalaman yang pernah di alami oleh beliau semasa di zaman persekolahan. Kerana pengalaman itulah menjadikan titik perubahan padanya menjadi seorang yang berjaya dan dikenali kini.
Dr Malar Santhi a/p Santherasegapan atau dipanggil Dr, Malar cukup dikenali kerana sering berkongsi video di media sosial tentang maklumat dan isu kesihatan semasa. Cukup mengkagumkan bila dia bercakap dengan menggunakan bahasa Melayu dengan fasih sekali. Sesuai dengan menggunakan nama ‘Celoteh Dr. Malar di laman sosialnya.
Siapa sangka, pengalaman semasa belajar dahulu telah menjadikan ‘turning point’ dalam hidupnya. Beliau pernah ditampar oleh guru semasa di Tingkatan 3.
“Kisah ditampar guru sekolah ini adalah pengalaman yang tidak boleh saya lupakan dan ia menjadi pengajaran dalam hidup saya,” kata Dr. Malar yang masih ingat sampai sekarang.
Bukan itu saja, cara beliau dibesarkan dan dididik oleh orang tua dan gurunya selama ini telah banyak memberi inspirasi untuk beliau berjaya dan sekaligus dapat memberi inspirasi buat orang lain.
“Sejak kecil, mak ayah dan guru sentiasa mengingatkan saya, ‘orang perempuan kena cerdik, kuat dan kental, barulah akan dihormati dalam hidup.
“Jangan pertaruhkan muka cantik atau badan ramping sebab semua ini tidak kekal lama. Tapi wanita yang ada ilmu di dada dan akhlak mulia akan dihormati, disegani dan dipandang tinggi,” ayat yang sentiasa tersemat di dadanya sehingga kini.
Kata-kata inilah membuatkan anak kelahiran Kuantan, Pahang ini berjaya melanjutkan penggajian dalam Sarjana Pengurusan Pentadbiran di Universiti Teknologi Malaysia dan menyambung pelajaran di Universiti Perubatan Krimea (CSMU) Ukraine. Kini beliau berkhidmat sebagai Resident Medical Officer di Jabatan Kecemasan di Hospital Columbia Asia.
Dalam kemajuan arus teknologi, boleh dikatakan ramai yang dikenali di media sosial dengan cara tersendiri. Bagi Dr. Malar bukan untuk mengejar populariti atau glamor tetapi beliau ingin berkongsi ilmu dengan ‘followers’ yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan adalah dengan niat agar mereka dapat mengambil iktibar dan cuba lakukan dengan cara terbaik bila berdepan dengan situasi yang sama.
“Harapan saya adalah agar setiap individu boleh memahami isu kesihatan dan mengambil keputusan yang tepat berkenaan diri dan tubuh mereka. Thats my passion, and I will continue to work for it,” katanya yang mempunyai ‘passion’ seluas-luas dunia.
Biarpun berkongsi ilmu berkaitan kesihatan perubatan, Dr Malar juga tidak terlepas daripada cabaran dan kecaman di media sosial.
“Dalam hidup ni, perbezaan pendapat adalah perkara yang lumrah. Namun, apabila berada di media sosial, perbezaan pendapat boleh melarat sehingga mencaci maki antara satu sama lain, mencarut, menimbulkan isu perkauman dan sebagainya.
“Cabaran terbesar adalah untuk tidak respons kepada kecaman sedemikian, kekal profesional dan tenang. Selain itu, saya perlu memastikan etika sebagai seorang doktor dikekalkan pada setiap masa. Contohnya, tidak mendedahkan detail pesakit sama ada secara langsung dan memastikan saya tidak mengecam pesakit saya dalam apa jua situasi,” jelas beliau.
Ada kalanya, cabaran dan dugaan itu boleh membuatkan Dr Malar rasa ‘down’ dan sedih. Mujurlah ada suami yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan mengajar beliau untuk melihat dari perspektif yang berbeza. Bukan semasa beliau dikenali sebagai influnecer tetapi kata-kata semngat sejak mengenali suaminya dari dulu lagi.
“Selain suami, salah satu tip yang saya gunakan bila rasa ’down’, saya akan menonton cerita atau drama jenaka, antara rancangan kegemaran saya tentulah F.R.I.E.N.D.S atau apa apa cerita Tamil kelakar terutamanya lakonan Vadivelu,” katanya yang akan rasa lega bila dapat ketawa.
Dengan cara ini jugalah, secara tak langsung beliau dapat memberi inspirasi kepada wanita lain. Baginya hanya wanita yang boleh memahami hati, perasaan, niat dan struggle wanita lain dan hanya wanita juga yang boleh beri sokongan sesama wanita.
“Paling penting, jangan tunggu perfect, jangan ‘tunggu bulan jatuh ke riuba dan jangan nak tunggu orang suruh baru kita buat.
“Kalau niat kita elok, tujuan untuk kebaikan, maka ‘Just Do It’ apa yang kita mampu buat terbaik, yang selebihnya serahkan kepada Tuhan.
“Jangan takut mati, mati itu pasti untuk semua yang lahir di muka bumi ini. Bersedialah untuk mati setiap hari. Bila kita dah bersedia untuk mati, maka kita hanya akan takut kepada Tuhan dan suara hati sendiri,” katanya tentang falsafah yang dipegang oleh beliau.
@drmalarss Wajar tak booster dipkasa? #celotehdrmalar #fyp #fypシ #vaksincovid19 #boostershot @khairykj @myhealthkkm ♬ original sound – Celoteh Dr Malar
@drmalarss Musim Budak Sakit #vaksincovid19 #fypシ #fyp #pickids #celotehdrmalar ♬ original sound – Celoteh Dr Malar
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita