‘Pernah disuruh kahwin lain, tapi tetap setia.” Selepas 7 tahun, Allah kurniakan sepasang anak kembar. Indah sungguh perancangan Allah SWT.
Bayangkan dalam masa tujuh tahun pelbagai onak dan duri pasangan ini lalui dalam memperolehi cahaya mata dan akhirnya Allah makbulkan impian mereka. Allahuakbar!
Biarpun pernah diberi keizinan untuk berkahwin lagi, Mohd Zulmadi Sedek memilih untuk setia dengan isterinya, Norihan Dir.
Kesetiaan Mohd Zulmadi, 34, terbukti apabila sentiasa bersama Norihan, 34, untuk menjalani pelbagai rawatan moden dan tradisional bagi mendapatkan zuriat.
Berkat kesabaran, pasangan yang menetap di Kampung Tepoh, di sini, dikurniakan anak kembar tahun lalu, selepas tujuh tahun menunggu.
Tapi Tetap Setia
Kisah mereka tular selepas Norihan berkongsi video menceritakan kesetiaan suaminya di TikTok baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Mohd Zulmadi mengakui isterinya pernah mengesyorkannya berkahwin lagi kerana dia terlalu lama inginkan cahaya mata.
“Saya tak ambil serius kata-kata isteri itu dan buat tak endah saja. Nak kahwin bukan senang kerana kena jaga anak orang dan belum tentu dapat zuriat jika berkahwin lagi.
“Lagipun, saya sudah berjanji dengan diri sendiri walau apa yang berlaku tetap akan bersama isteri. Cuma biasalah, ada kawan terdekat usik dengan syorkan saya berkahwin lagi,” katanya lagi.
Menurut Mohd Zulmadi, dia tidak pernah mengira wang belanja dikeluarkan sepanjang tujuh tahun berikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Apa yang pasti, Mohd Zulmadi sudah lakukan pelbagai cara daripada rawatan tradisional hingga moden termasuklah rawatan kesuburan inseminasi intrauterin (IUI) dan persenyawaan in vitro (IVF).
“Kami sudah pergi merata tempat untuk berikhtiar menjalani rawatan termasuk bertemu dengan ustaz iaitu pengamal perubatan Islam di Kuala Lumpur dan Melaka.
Ads
“Tiga ke empat kali juga ke sana namun tiada rezeki juga dapat anak sehingga berhasil selepas menjalani IVF.
“Jujurnya, saya tidak tertekan kerana sentiasa ingat dan percaya rezeki daripada Allah. Kalau tak reda macam tak terima takdir jadi sabar saja dan syukur apabila Allah akhirnya makbulkan doa kami dengan beri anak kembar sekali gus,” katanya.
Allah Kurniakan
Sementara itu, Norihan berkata, dia syorkan suaminya berkahwin lagi sebelum ini kerana enggan pentingkan diri memandangkan masalah kesuburan berpunca daripadanya.
Dia juga tidak nampak harapan untuk mereka menimang zuriat sendiri memandangkan pelbagai ikhtiar sudah dilakukan tetapi tidak berhasil.
“Saya tawarkan suami berkahwin lagi kira-kira dua tahun lalu dan ia (cadangan berkahwin lagi) tidak diketahui sesiapa melainkan kami.
“Ikutkan tak mahu tapi saya sedih sebab tahu dia (suami) nak anak memandangkan kami sama-sama berjuang dan dia pun positif dengan ikut saja ke mana saya pergi (menjalani rawatan).
“Suami senyap selepas dengar cadangan saya itu sebelum bersuara dengan mengatakan jika kahwin dua tidak dapat anak takkan nak kahwin lagi untuk kali ketiga dan berikutnya.
Ads
“Dia juga ingatkan saya soal anak rezeki daripada Allah jadi kena reda. Alhamdulillah, selain keluarga, ibu mentua banyak beri sokongan walaupun tiga kali gagal rawatan IUI pada 2017 dan hanya berjaya dapat zuriat selepas kali ketiga menjalani IVF,” katanya yang bakal menyambut ulang tahun pertama anak kembarnya, Noah Mateen dan Nuha Medina pada Ahad ini.
Anak Kembar
Mengenai perkongsiannya di TikTok, Norihan berkata, niatnya sekadar untuk memberi semangat buat pejuang garis dua yang lain supaya terus berusaha dan jangan pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriat.
“Saya pernah tiga kali menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst dan tiup fallopio tersumbat hingga doktor kata payah untuk hamil normal.
“Apabila reda, akhirnya dapat juga (zuriat) jadi jangan putus semangat dan saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan saya selepas kisah dikongsikan tular dan semoga yang baik juga untuk anda semua,” katanya.
Mingguan Wanita : Buat mak ayah di luar sana yang sedang berusaha mendapatkan zuriat, jangan sesekali berputus asa. Berusahalah selagi mampu dan serahkan segalanya pada Allah.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap kali sebelum tidur, mahupun bangkit dari tidur, selain mengucapkan syukur atas nikmat kehidupan pemberianNya, mak ayah mengharapkan anak-anak membesar jadi anak yang soleh.
Selain mendorong dan tunjukkan jalan kebaikan, jangan pernah mak ayah lupa untuk mendoakan anak-anak. Perkongsikan Nor Fatihahnoorini adalah amalan harian yang dilakukan untuk anak-anaknya.
Anak-anaknya pun seronok bila Umi membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun kepalanya. Minta agar Umi selalu buat, setiap kali mahu ke sekolah. Indahnya.
Inilah amalan yang mak ayah lain boleh sama-sama buat.
DOA ANAK SOLEH
Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan asmaul husna, Ya Fattah Ya Alim Ya Nur Ya Hakim Ya Rashid Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Latif Ya Zaljala liwal ikram YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK ANAK KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)
Pasakkan niat ibu ayah buat anak-anak.
Ya mujib.
Cepat Umi, Letak Tangan Kat Kepala
Petang semalam, selepas makan sebelum ke sekolah agama. Humairaa mendesak saya.
“Umi, cepat la umi. Cepat la. Tangan kat kepala.”
Kalut-kalut menyiapkan mereka saya tidak perasaan lagi.
“Kenapa dengan kepala Humairaa.” tanya saya.
“Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain.”
Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.
Lalu, saya letakkan tangan di ubun-ubun kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.
“Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa.” ujarnya penuh makna.
Subhanallah
Terimalah doa ini.
YA MUJIB
Kerja isteri yang tak pernah surut, duduk jauh kejap dengan suami pun dia tetap memikirkan tugas hariannya sebagai seorang mak-mak.
Pendek kata, penat tetapi seronok bila dia tahu semuanya teratur dan selesai. Lebih ‘manis’, tengah merajuk pun tetapi dapur berasap.
Macam contoh yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan kali ini, orang rumah ni tak reti duduk diam.
Pernah tak isteri berhenti dari buat tugas-tugasnya?
Dia kena marah pun dia tetap masak. Dia merajuk pun dia masak. Dia tak sihat pun dia masak. Bergaduh dengan kita pun, dia tetap buat kerja-kerja rumah. Dia balik kampung pun, dia mesej, telefon kita.
“Abang dah bangun?”, “Abang dah sampai tempat kerja?”, ” Abang dah lunch?”, ” Abang dah otw balik kerja?” , “Abang dah sampai umah?”, ” Abang dah makan mlm?” Sampaila dia tanya, “Abang dah tido?”
Berjauhan pun, dia tanya satu-satu, masih risaukan kita. Jadi pergi lah apa pun, duduk jauh macam mana pun dia tetap jalankan tugas-tugas dia sebagai seorang isteri. Ambil tahu kebajikan kita, jaga suami.
Jahat mana pun suaminya itu, dia tetap buat tugas-tugas seorang isteri. Dan kita yang jadi suami ni, ada tak tugas-tugas kita yang kita tak tunaikan terhadapnya? Ada kan… banyak sebenarnya tuan-tuan.
Balik kerja, ada tak kita tanya,
“Macam mana hari ni, ayang ok?” Ada tak mesej dia, “Ayang dah makan? Ayang sihat tak hari ni…?”
Jarang kan kita nak buat ni? Itu hari biasa, kalau hari bergaduh, kalau tarik muka, lagi la tak buat langsung.
Tapi isteri tak pernah pun berhenti dari memikirkan tentang suaminya, even time tidur pun, bila terjaga, dia selimutkan suami dia perbetulkan kedudukan tidur suaminya, pastikan suaminya itu selesa.
24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, untuk SUAMI dan kita plak asyik memikirkan tentang perempuan lain? Tentang kekurangan isteri? Cari kelemahan isteri? Tak guna betul kita ni tuan-tuan. Hargailah isteri tuan-tuan tu… hidup dia, selain untuk Allah, adalah untuk SUAMINYA. Jangan abaikan isteri, peluk cium, sayang isteri yang kita ada tu.
Hadiah dari Allah untuk kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengorbanan dan kasih sayang seorang mak tu memang tak berbalas dan tak ternilai.Selagi ‘syurga’ kita ada di dunia ini,sayanginya, hargailah dia dan berusahalah berbakti padanya. Ini kerana apabila seorang mak itu telah kembali kepada pencipta Nya, maka akan hilanglah satu RAHMAT yang ada. Hatta setiap tutur katanya, air tangan, susuk tubuh malah bau mak pun akan menjadi satu kenangan dan kerinduan yang tak bertepi.
Chef selebriti Datuk (Dr) Chef Redzuawan Ismail,62 atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, diketahui cukup rapat dan mesra dalam menjaga ibunya Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang lanjut usia.
Dalam satu perkongsian Chef Wan di Instagram cukup menyentuh hati ramai. Menyedarkan tanggungjawab dan peluang seorang anak untuk berbakti pada emak tersayang yang telah meningkat usia. Apatah lagi membayangkan suatu masa, jalinan hubungan rapat mak dan anak tersebut akan kehilangan apabila tiba masa dipanggil pencipta.
Berikut perkongsian tersebut;
“Dah tua ini semua mula kering dan gelebeh. Tak usah kata emak…kita sendiri pun dah mengelebeh! Its the law of gravity! Putih gebu kulit emak ni.”
“Beruntung saya semasa hidup boleh saya jaga makanan minum ibu saya mau pun sapu-sapukan cream mositurisor ini for her.”
“Satu hari entah berapa kali saya peluk dan cium ibu saya these days. Pagi kena cium…lepas makan kena dakap to put her to bed for a nap mau pun to put her to sleep.”
“I am sure esok bila emak tak ada lagi mesti saya merinduinya amat sangat.”
“Each time i kissed her i kept cium dahi dia lama supaya my brain can register bau ibu saya ini.Saya takut kehilangan bau itu.”
“Bila esok ibu tak ada lagi harap-harap saya masih boleh bau ibu saya ini sesekali untuk mengubati rindu saya nanti.”
“Dah sapu-sapu cream……emak sempat nak joget tu…kita layan aja lah…Janji dia senyum dan gembira.”
“It must be devastating to see our parent di hari tua sakit, tak ber upaya dan sentiasa susah dan berlinangan dengan air mata.”
“Children who neglect their own parent dan aniaya kan ibu dan bapa sendiri hidup mereka tak kan selamat.Di akhirat nanti Allah balas kan mereka dgn azab di Neraka nanti.”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya, berusahalah berbakti dan hargai mak sementara masih ada. Kerana kerinduan kehilangan orang tersayang tiada bertepi.
Baca Lagi Di Sini:
Mak Ayah Sila Contohi Kesabaran Chef Wan Jaga Ibunya, Cik Ani Yang Dah Lanjut Usia
Mak Suka Mee Rebus Udang, Chef Wan ‘Belanja’ Resipi Ini, Siap Kongsi Tip Buat Kuah Jadi Lebih Sedap!
Sumber: _chefwan58
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!