Wanita bisnes ini, Nurhazirah Mohd Radzi, 34 banyak lalui turun naik dalam kehidupan. Pernah dirinya dan suami hanya bawa RM5 sehari ke tempat kerja. Itulah duit belanja harian.
Jika ada keperluan lain, mereka terpaksa berpuasa. Waktu masih berpendapatan tetap. Tapi masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga. Setiap kali dapat gaji , terpaksa pula asingkan sampul surat untuk selesaikan komitmen. Baki selebihnya itulah tinggal untuk belanja harian.
Anak kelahiran Pengkalan Hulu, Perak ini juga pernah dirinya mencuba pelbagai bisnes bagi mengubah hidup mereka termasuklah menjual telekong, stokis untuk produk kecantikan, menjual t-shirt, mengajar di pusat tuisyen dan banyak lagi.
Keputusannya untuk bersama Hai-O pada tahun 2014, membuka pintu rezekinya dengan lebih luas. Biarpun sekadar perniagaan sampingan, ia mampu mengaut keuntungan yang berlipar kali ganda.
Pernah Dirinya Kerugian RM30,000 Dalam Pelaburan Emas
Walhal dahulu, pasangan ini pernah alami kegagalan dalam perniagaan. Baik bermodal kecil hinggalah bermodal besar, semuanya mengalami kegagalan. Sehinggalah kemuncak segala percubaan, apabila dia membuat pelaburan emas bernilai RM30K.
“Kegagalan terbesar ini membuatkan kami tertutup hati untuk terlibat dalam sebarang jenis bisnes. Bukan itu sahaja, kami di uji dengan pergolakan rumah tangga.
“Dalam keadaan yang sedih ini, Allah menghantar seorang guru dan menasihatkan saya untuk tingkatkan ilmu dalam perniagaan. Ilmu Minda Magnet Rezeki bagi menampal kebocoran rezeki dan kembali rasa bahagia,” katanya penuh kesyukuran kerana Allah gantikan lebih daripada apa yang dia pinta.
Berjaya Dengan Bisnes Zero Risiko
Tiada siapa sangka daripada bencikan MLM, kritikan negatif daripada kawan-kawan dan jiran telah membuka hati untuk Nurhazirah berjuang menceburi MLM dan menjadikan bisnes ini sebagai punca pendapatan utama dan seterusnya membantu ramai orang di luar sana.
“Pada awal penglibatan, saya mengambil jalan mudah dengan meniru apa jua tindakan dan komitmen orang-orang yang telah terbukti berjaya melalui bisnes yang zero risiko.
“Malahan cabaran yang perlu saya lalui adalah dalam menyakinkan diri sendiri yang kita juga boleh berjaya seperti orang lain. Maklum sahaja, sebelum ini tidak pernah terlibat dalam MLM dan tiada pengalaman dalam melayan pelbagai karenah orang,” katanya yang menganggap cabaran itu sebagai peluang dan kejayaan untuk dicapainya.
Pada masa yang sama, Nurhazirah bertuah kerana berjumpa dengan mentor yang tepat dalam memberi ilmu dan sistem yang terbukti berkesan.
“Apa yang boleh saya katakan adalah dalam memberi kepercayaan kepada diri sendiri. Apabila kita berjaya mengubah minda untuk percaya dii sendiri. Insya Allah, kepercayaan orang lain akan datang dengan sendirinya,” katanya yang memegang pada kata mentor untuk fokuskan kepada bisnes dalam masa dua tahun bagi kesenangan pada masa hadapan.
Berbulan Madu Percuma Di 13 Buah Negara
Dalam tempoh tujuh tahun menjadi ‘keluarga’ Hai-O, Nurhazirah dapat merasai pelbagai kenangan manis. Antaranya berjaya ‘berbulan madu’ percuma di 13 buah negara, dapat membeli rumah baru, membawa keluarga menunaikan umrah, menghadiahkan ayah mertua kereta, membeli kereta idaman untuk keselesaan keluarga dan banyak lagi. Semua ini terbalas dengan apa yang dikorbankan oleh Nurhazirah.
“Masih ingat lagi, semasa membuat perniagaan sambilan ini, saya cukup ‘struggle’ sehinggakan tidur hanya dua atau tiga jam sehari. Saya korbankan ‘sementara’ masa tidur, masa rehat dan bersantai kerana ini tumpukan pada bisnes sepenuhnya,” katanya yang berbaloi dengan pengorbanannya dan boleh dikatakan kini memperoleh pendapatan lima angka sebulan.
Kejayaan bukan datang bergolek tetapi untuk berjaya perlu ada kepercayaan diri. Percaya Ilahi dan buat dari hati.
“Jangan tutup hati untuk MLM semata-mata mendengar kata-kata orang yang tidak berjaya. Cubalah cari satu model yang boleh kita ikut dan tuntut ilmu dan cara pemikiran orang-orang berjaya,” kata isteri kepada Rosman Abdul Rahman, 40 tahun dan ibu kepada Muhammad Meerza Aqeel, 9 tahun, Muhammad Meerza Akeef, 8 tahun, Muhammad Meerza Afeef, 6 tahun, Meerza Ammara Afeea, 3 tahun dan Muhammad Meerza Afeey, 2 tah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI