Bukan mudah sebenarnya untuk menggenggam segulung ijazah, apatah lagi telah memasuki usia warga emas.Faktor kesihatan, kecerdasan mental, kegigihan, ketekunan dan semangat untuk belajar tanpa menghiraukan pandangan negatif daripada orang lain sangatlah diperlukan demi kejayaan.
Buat wanita yang ketika ini mungkin terpaksa 'menahan' cita-cita mengejar ilmu demi perkara lain yang lebih memerlukan, mungkin boleh jadikan kisah warga emas ini sebagai sumber inspirasi, yang tidak pernah jemu menuntut ilmu walaupun usia mencecah hampir 9 dekad.
Meskipun sudah berstatus moyang yang mempunyai 38 cicit, namun seorang warga emas berusia 87 tahun membuktikan usia bukan penghalang untuk menggenggam segulung ijazah.
Wan Zainun Wan Abd Manan yang berasal dari Kuala Terengganu dan merupakan bekas pendidik menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada Majlis Konvokesyen ke-23 Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.
Pada majlis berkenaan, Wan Zainun yang bersara sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tunggal, Kuala Terengganu pada tahun 1987 turut dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Ads
Tak Endah Pandangan Negatif
Lebih mesra dipanggil Tok Wan, dia berkata, biarpun pernah menerima pandangan sinis kerana masih belajar pada usia emas namun semua itu dianggap pemangkin semangat untuk membuktikan usia bukanlah halangan.
"Tok Wan memang minat belajar, dalami ilmu kerana dengan belajar buatkan diri rasa lebih sihat kerana otak sentiasa berfikir. Tambahan pula buku sudah jadi kawan karib sejak dulu lagi kerana Tok Wan bekas pendidik.
"Kata-kata hadis 'tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad' juga sentiasa jadi pegangan, kerana itulah Tok Wan tidak endahkan pandangan negatif," katanya.
Teknologi Cabaran Terbesar
Wan Zainun berkata, sepanjang tempoh belajar bermula tahun 2014 lalu, beliau akui menghadapi kekangan tertentu tetapi semua itu tidak pernah lunturkan semangatnya.
Ads
"Cabaran paling besar ialah teknologi, Tok Wan tidak tahu gunakan internet.
"Namun atas sokongan seluruh ahli keluarga terutamanya menantu yang sanggup ambil dan hantar Tok Wan ulang alik dari rumah ke kampus, beli buku-buku, bantu cari maklumat di internet, syukur akhirnya Tok Wan berjaya," katanya yang telah kehilangan suami pada tahun 2000.
Pemangkin Semangat Buat Cucu Cicit
Tambah Wan Zainun yang turut mempunyai tujuh anak serta 29 cucu itu, kejayaannya itu diharapkan menjadi pemangkin semangat kepada cucu cicitnya agar sentiasa mencintai ilmu selain contoh kepada warga emas seusianya agar tidak jadikan umur sebagai halangan untuk belajar.
Ads
"Apabila kita sentiasa belajar ia akan jadikan kita sentiasa berfikir sekaligus jadikan diri semakin sihat. Jika keadaan mengizinkan, Tok Wan berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi lagi selepas ini," katanya.
Pada majlis konvokesyen berkenaan seramai 3,450 graduan menerima skrol masing-masing pelbagai peringkat pengajian yang disampaikan Canselor OUM, Tun Jeanne Abdullah.
Hadir sama Presiden merangkap Naib Canselor OUM, Professor Datuk Dr Mansor Fadzil dan pada majlis tersebut juga kartunis terkenal, Datuk Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni (Seni Kreatif).
MW: Jutaan tahniah buat wanita warga emas ni. Ternyata faktor usia bukanlah penghalang dalam menambah ilmu didada.Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat generasi muda dan wanita bahawa tidak pernah terlewat dalam mengejar cita-cita.
Sekejap sahaja tular video berdurasi 36 saat yang memaparkan tindakan salah seorang guru tampar seorang kanak-kanak lelaki sehingga terjatuh dari kerusi.
Lagi teruk, satu lagi video menunjukkan tindakan seorang lagi guru mengangkat kanak-kanak perempuan dan diletakkan di atas tubuh kanak-kanak lelaki yang terbaring.
Kejadian yang berlaku di pusat perkembangan kanak-kanak di Cheng, Melaka ini membuatkan rata-rata netizen panas hati dengan pengasuh.
Bila berlaku situasi ini, mak ayah yang hantar anak ke tadika dan pengasuh cukup risau. Sebetulnya, kita tak nak anak-anak trauma sampai ke besar. Apa yang mak ayah patut lakukan, mungkin boleh ikut saranan saudara Afnan Rosli ini.
Anak Kena Lempang
Harini VIRAL Video pengasuh pukul budak di sebuah Taska di Melaka. Layanan memang sangat TERUK! Kita yang tengok pun rasa Menyiraap je! Rasa macam nak masuk dalam Video pi bantai pengasuh kan?
Cuba bayangkan kalau orang buat anak kita macam tu. Orang lempang hempuk anak kita.
Saya terpikir, apa agaknya perasaan budak-budak ni setiap pagi nak di hantar ke Taska ni ye? Mesti rasa macam kena hantar pegi penjara.
Layanan waktu kecil macam ni sangat-sangat memberi kesan pada budak sebenarnya. Sampai ke tua memory ni akan terkesan dalam jiwa dan otak mereka.
Apa Yang Mak Ayah Patut Buat
So, pada Parents. Please, please, pleaseeee laaa! Siasat betul-betul tempat korang nak tinggal anak tu. Siasat betul-betul siapa yang nak mengasuh anak kita tu.
Buat spotcheck sekali sekala pergi buat lawatan mengejut. Bincang dengan pengurusan Taska minta pasang CCTV yang semua parents boleh access pada phone. Bukan xde jual. Murah je system tu. Kita duduk di Office boleh tengok apa jadi kat anak.
Bukan apa. Kesan luka fizikal budak boleh sembuh seminggu dua. Tapi Kesan LUKA EMOSI & MENTAL tu akan kekal sampai ke Tua. Fobia dan Trauma tu akan terkesan pada budak.
PLEASE la. Bukan sekali dua jadi benda ni. Dah banyak sangat dah kes ni. Pengurusan Taska pun, cari pekerja tu yang betul-betul suka budak, ada sifat kasih sayang sikit. Bukan yang desprate looking for job sbb nak duit je.
Apa pun, kedua-dua guru wanita itu yang masing-masing berusia 21 dan 40 tahun ditahan pada Sabtu lalu selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh pengurus pusat perkembangan kanak-kanak itu pada hari yang sama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan
Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus
latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada
kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan
orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang
mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan
merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan
perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang
berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat
dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus
dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Klik di sini : https://toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
6. Simpan Kira-Kira Dan Urus Kewangan. Silap Urus Bisnes Lingkup
7. Kursus Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk!
Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular
atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan
pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021. Klik di sini : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Peserta akan diberikan peralatan dan bahan yang diperlukan bagi menghasilkan
sendiri produk mereka dan boleh dibawa pulang selain mendapat sijil dan makan
tengahari disediakan. Segalanya telah tersedia, rebutlah peluang ini segera.
Di akhir kursus ini, Mingguan Wanita menyasarkan para peserta akan memperoleh
banyak manfaat antaranya:
1. Ilmu asas mulakan perniagaan kecil dari rumah
2. Latihan amali bagi mendapatkan skil atau kemahiran asas yang diperlukan
3. Jaringan kerja berkualiti
Untuk penyertaan kursus praktikal dan konvensyen, sila hubungi urusetia di talian:
0196328758 ATAU terus mendaftar di toko.ideaktiv.com
Tentang Kempen Bangkit Wanita
Kempen yang berlangsung dari Mac ini akan dibawakan khusus oleh pihak
Mingguan Wanita, media wanita No.1 tanahair yang selama ini sememangnya
banyak mengangkat isu-isu berkaitan wanita termasuklah usaha memperkasakan
wanita.
Kempen yang julung kali dianjurkan ini merupakan pendekatan proaktif MW
mendekati golongan sasaran iaitu wanita B40 dan M40 bagi melibatkan diri dalam
dunia perniagaan kecil-kecilan dari rumah.
Ini merupakan usaha awal yang difikirkan terbaik buat masa ini; menangani
kebuntuan wanita mendapatkan maklumat perniagaan apa yang wajar mereka
ceburi seterusnya menyertai latihan atau kemahiran asas. Permulaan asas tanpa
memerlukan banyak modal awal, yang penting adalah ilmu yang diperoleh.
Selari dengan keadaan semasa, kursus dimulakan dengan program Webinar
Bangkit Wanita #bisnesdarirumah secara percuma dan ia dikendalikan oleh panel
yang terbukti berjaya memulakan bisnes mereka dari rumah.
Perkongsian ilmu itu diharapkan dapat menjadi panduan awal kepada para peserta.
Pengalaman, tip dan formula mampu mengelakkan peserta yang tidak ada llmu
perniagaan dari rumah teraba-raba atau tersilap langkah, apatah lagi tertipu.
Setelah Tamat Kursus, Boleh Berniaga Tanpa Kedai, Modal
Bermula dari webinar, ia disusuli pula dengan penganjuran tujuh kursus latihan
kemahiran praktikal memberi pendedahan kepada para wanita mendalami ilmu-ilmu
kemahiran dan bisnes asas menerusi latihan amali.
Pilihan kursus ini merupakan antara kursus yang diminati ramai golongan wanita
bukan sahaja ia kena dengan gaya hidup mereka, tetapi turut mempunyai
permintaan tinggi di pasaran.
Dalam erti kata lain, kursus yang dianjurkan ini adalah perniagaan yang boleh
dimulakan dengan segera tanpa memerlukan premis khas dan modal yang terlalu
besar disamping mempersiapkan mereka dengan formula pengurusan kewangan
dengan lebih tersusun.
Acara kemuncak bagi kempen ini pula ialah Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral
yang dijadualkan berlangsung pada hujung Ogos 2021.
Acara sehari ini sangat istimewa berikutan, ia akan menghimpunkan lima CEO
bisnes viral masa kini. Mereka adalah contoh atau model kejayaan perniagaan yang
diusahakan secara kecil dan akhirnya menjadi perniagaan besar dan tersendiri di
dalam kelasnya. Dari biasa ke luar biasa. Atau dari zero ke hero.
Untuk mencapai tahap ini sudah tentu banyak kisah dan pengalaman suka duka
dilalui. Mereka telah merasai laluan getir dengan iringan kekuatan semangat, usaha
dan ilmu yang digali sepanjang proses menaikkan perniagaan. Semua kisah dan
pengalaman ini akan dikongsikan oleh para CEO ini. Ia diharapkan dapat menyuntik
semangat dan inspirasi kepada para peserta.
Permulaan Melakar Kejayaan
Kempen Bangkit Wanita ini sememangnya direka khas untuk menunjuk cara dan
jalan kepada wanita yang berhasrat meningkatkan ekonomi diri dan keluarga. Ia satu
permulaan baik untuk yang mahu melakar kejayaan.
Di akhir kempen ini, Mingguan Wanita menyasarkan para peserta akan memperoleh
banyak manfaat antaranya:
4. Ilmu asas mulakan perniagaan kecil dari rumah
5. Latihan amali bagi mendapatkan skil atau kemahiran asas yang diperlukan
6. Jaringan kerja berkualiti
7. Bisnes tersenarai dalam direktori Bangkit Wanita Microsite
8. Tersenarai sebagai vendor di portal selera lokal iaitu Jom Rasa Bazaar
9. Tersenarai sebagai vendor di portal Baby Bazaar by Pa&Ma
Untuk penyertaan kursus praktikal dan konvensyen, sila hubungi urusetia di talian:
0196328758 ATAU terus mendaftar di toko.ideaktiv.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ustazah Afifah tuntut kaki fitnah mohon maaf, bakal saman pihak sengaja sensasi perkongsiannya. Hari ini tular di kebanyakan media massa mengenai satu video MAKAN UBAT TAHAN SAKIT MASUK API NERAKA & ALLAH TAK TERIMA AMALAN 40 HARI?
Ternyata isu yang menjadi cemuhan masyarakat ini mungkin telah disalah erti kerana kebanyakan dari individu yang menyebarkannya tidak melihat perkongsian dari awal dan hanya memetik separuh dari video dikongsikannya.
Dan akibat kurang pemahaman, ramai yang beranggapan makan ubat tahan sakit masuk neraka.
Ternyata hal ini boleh mendatangkan fitnah buat yang mendengarnya dan mendatangkan sensasi kepada Ustazah Siti Afifah sendiri.
Dari satu perkongsian tik toknya @sunnah tak berbohong 2, Ustazah Siti Afifah menjelaskan kali ini dirinya tak akan berdiam diri dan menuntut pihak yang memfitnah agar membuat permohonan maaf terhadapnya berkaitan isu yang dikecam.
Ini kerana tajuk yang diberi oleh pihak media sengaja disensasikan hingga lain yang disampaikan, lain yang difitnahnya.
Katanya, tunggu saja tindakan mahkamah. Begitu juga kepada individu yang membuat kenyataan fitnah, tak kenal tapi mengaku kenal katanya kemudian membuat liputan sendiri hingga ia menimbulkan salah sangka.
Dirinya dan suami pernah menerima kecaman ramai sebelum ini berikutan isu bersalin dengan rawatan dari doktor lelaki hingga mendapat kecaman ramai namun mereka mempertahankan apa yang dilontarkan kerana kehadiran doktor lelaki hanya boleh dilakukan dalam keadaan darurat.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...