Kebiasaannya kereta ‘supercar’ iaitu kereta ‘sports’ mewah berkelajuan tinggi menjadi minat dan kesukaan bagi golongan lelaki. Namun siapa sangka demi minat yang mendalam dalam memberi ulasan kepuasan memandu supercar ini, membuatkan wanita ini pernah diperlekehkan dan menerima kritikan hanya kerana dirinya bukan seorang lelaki.
Namun demikian perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya. Meskipun seorang wanita, minatnya yang mendalam pada supercar ini akhirnya berjaya membuatkan dirinya cukup popular dan dikenali dalam bidang ini malah turut menjadi pilihan bagi jenama kereta mewah seperti Ferrari dan Bugatti. Memang rezeki sungguh! Dari minat kini mampu jadi sumber pendapatan lumayan.
Alex Hirschi telah dilahirkan dan dibesarkan di Australia. Wanita ini berkahwin dan berpindah ke Dubai.Selama 3 tahun beliau berpindah dari satu kerja ke satu kerja yang lain, namun semuanya tidak memuaskan.
Minatnya terhadap kereta membuatkan dia menyewa sebuah Bugatti pada satu hujung minggu dan memuatnaik review di internet. Ramai yang sukakan video itu dan ini membuatkan dia terus membuat video demi video.
Selama 52 minggu menghasilkan 1 video seminggu, akhirnya Alex Hirschi berhenti kerja sebagai DJ radio untuk meneruskan minatnya.
Hari ini, Alex yang lebih dikenali sebagai Supercar Blondie mempunya 60 juta followers di media sosial!
Hari ini juga, dia merupakan reviewer kereta wanita paling popular di dunia dan telah memandu lebih 500 supercar.Satu prinsip yang dipegang hingga sekarang ialah pedulikan cakap orang dan buat sahaja apa yang kita minat.
Permulaan perjalannya sebagai reviewer kereta mewah bukan mudah. Terpaksa mengeluarkan wang sendiri, dikritik hanya kerana dia bukan lelaki malah banyak syarikat kereta menolak cadangan kerjasama kerana dia seorang wanita.
Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya hinggalah usahanya menyebabkan syarikat besar seperti Bugatti dan Ferarri menawarkan peluang untuknya.
Hari ini beliau satu-satunya wanita yang dicari oleh pengeluar kereta mewah bagi mempromosikan model baru mereka.
Katanya, “Letakkan diri anda dikeliling mereka yang menyayangi dan menyokong anda. Itu yang paling penting kerana apa yang orang lain katakan tidak penting. Mereka tidak kenal anda.”
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Pendapatan Pernah Cecah RM200K Sebulan, Industri Kereta Sewa Bukanlah Bisnes ‘Budak Tak Sekolah’
Artikel Menarik:Dulu Ikut Abah Niaga Pasar Malam, Kini Tersenarai Antara 10 Wanita Hebat ASEAN
Baca Lagi Di Sini:Bermodal RM50 Mulakan Bisnes, Wanita Ini Mampu Menukar EX5 Menjadi Kereta Idaman
Mingguan Wanita: Semoga kisah wanita ini menjadi inspirasi buat kita, pedulikan segala kritikan teruslah melakukan apa yang diminati demi mengejar cita-cita.
Sumber: Zamzuri Abd Malik
Pendedahan eksklusif Datuk Hattan dan isteri.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Ini antara karakter ciri wanita hebat.