Pernah dihina katak, cinta luar biasa temukan Surya Manurung & bidadari syurganya ke jenjang pelamin. Cinta itu sangat indah kerana ia melibatkan hati dua insan. Kita akan saling memberi dan menerima semua kelebihan dan kekurangan pasangan saat dilamun cinta luar biasa.
Dek luar biasanya cinta jugalah, personaliti media sosial terkenal, Surya Manurang selamat menikahi cinta hatinya, Shasa Puspita Dewi Jumaat lalu.
Tik Toker yang terkenal kerana kelainan genetik Treacher Collins Syndrome memberikan kesan kepada rupa parasnya menjadi viral semula selepas wajah cantik isterinya, Shasa yang dinikahi 23 September lalu menjadi tumpuan ramai.
Jelas, walau pernah dipanggil katak oleh pengguna media sosial sesebelum ini dan kala ini tetapi ia sedikit pun tidak mengubah cinta Shasha terhadap suaminya yang memiliki rupa paras berbeza dengan orang lain.
Berasal dari daerah Kabupaten Asahan- Labuhan Batu Sumetera Utara, lima beradik ini menjadi personaliti media sosial terkenal dan kekal menjadi diri sendiri di saat ramai yang mengeji kerana kelainan wajah mereka. Kelainan genetik yang dialami mereka biasanya mempengaruhi wajah, kepala dan telinga sebelum lahir.
Pasangan ini selamat dijodohkan Jumaat lepas. Cantik isterinya
Dari enam beradik, hanya seorang yang normal sementara yang lain memiliki rupa paras yang sama.
Momen pernikahan Surya Manurung bersama isteri tercinta diabadikan dalam akaun Instagram peribadinya, @surya.manurung.
Dalam catatannya, Surya yang juga anak ketiga dari enam beradik menulis bersyukur menikahi wanita yang solehah dan setia untuknya.
“Alhamdulillah akhirnya engkau mempertemukan hamba dengan wanita yang shooleha dan setia @shasa960” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, isterinya mengucapkan syukur di atas perjodohan ini.
Tulisnya, Alhamdulillah sah menjadi istri mu suamiku. Terimakasih karna Allah memberikan ku jodoh orang yang tepat..dan aku bahagia bersama mu suamiku.
Pasangan ini mengenakan pakaian sedondon dengan isteri dan majlis pernikahan mereka dihadiri oleh semua ahli keluarganya selain rakan terdekat. Jodoh itu sudah diatur Allah SWT sejak di luh mahfuz lagi dan jangan sesekali menggelar orang lain kerana kelainannya.
Tiada siapa meminta begini namun aturan Allah itu adalah yang terbaik. Surya mungkin tidak kacak di mata kita, tapi sangat istimewa di hati isterinya yang tulus menerima semua kekurangannya. Seperti katanya, dirinya sangat bahagia bergelar isteri dan Allah memberinya jodoh yang tepat.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Semalam anak tiri kepada penyanyi nombor satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid berkongsi satu tulisan yang positif di laman Instagram miliknya selepas keretanya dilanggar lari.
Baginya, ujian itu satu peringatan dari Allah buatnya untuk baiki ibadahnya.
Kenapa bila kita di landa musibah, orang kata rezeki akan masuk?
Baru-baru ni, saya dilanda musibah, kereta kesayangan saya dilanggar lori dan lori tersebut lari tanpa kami sempat ambil plate number. Bila saya post gambar di story saya, ramai yang cakap, inshaallah ada rezeki akan masuk. Betul ke?
Bagi saya, ianya bergangung pada bagaimana kita ambil musibah tersebut dan interepetasi kita terhadap situasi tersebut.
Bila saya di uji, benda pertama yang saya akan fikir, automatic dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah, dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau infak ke jalan Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya.
“Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan kembali ke jalan yang lurus, dan bila kita di Jalan yang lurus, inshallah Allah akan redho dengan perbuatan kita dan dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar tersebut.”
“Sebaliknya, kepada yang melihat masalah itu sebagai satu ‘bad luck’ mereka akan terus lagi dapat ‘bad luck’ kerana mereka tidak ambil musibah tersebut sebagai peringatan dari Allah dan terus lupa pada Allah dan perintah-Nya.”
Ustaz saya selalu mengingatkan kami, kalau kita punyai masalah dengan sesiapa pun, itu adalah ujian dari Allah. Pulihkan hubungan dengan Allah, dan hubungan kita sesama manusia akan jaga oleh Allah.
Saya bukan lah seorang ustaz atau seorang ‘scholar’. Sekadar berkongsi buah fikiran untuk di fikirkan bersama. Have a good day ahead everyone!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bakat anak seni yang ada pada MK bukan sahaja sebagai penghibur malah juga penyanyi ini menjadi idola kepada generasi masa kini.
Dek kerana popularitinya juga MK turut terpanggil untuk memberi semangat dan dorongan buat pelajar-pelajar yang sedang menduduki kertas SPM pada waktu ini.
Bukan Sekadar Penghibur, MK Idola Generasi Masa Kini
Selepas pelakon Mira Filzah, penyanyi rap sensasi kumpulan K- Clique, MK, 24, pula dipilih memikul tanggungjawab sebagai duta pusat tuisyen.
Penyanyi dari Sabah itu mengiyakan perkara berkenaan seiring dengan video yang dikongsinya baru baru ini di laman Instagram mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mula menduduki peperiksaan berkenaan sejak 22 Februari lalu.
Amanah Murni
Kata pemilik nama penuh Muhammad Hairi Amin itu, dia percaya tanggungjawab yang digalas itu datang dengan amanah yang murni serta besar.
"Sejujurnya saya mengambil masa memikirkan untuk menyatakan persetujuan sebagai duta pusat akademik berkenaan.
"Saya 'dirisik' pihak mereka sekitar Oktober tahun lalu. Ketika itu pun saya sudah mula diundang pihak berkenaan sebagai panel jemputan bersama teman artis lain.
"Ketika itu fungsi dan peranan saya lebih kepada memberi semangat dan mendorong calon SPM 2020 yang berdepan pengalaman dan cabaran berbeza di era pandemik COVID-19 ini," katanya.
Duta Pusat Tuisyen
MK berkata, dia mula memeterai perjanjian bersama pusat akademi PTTI hujung tahun lalu.
"Cuma dalam hati saya terdetik kenapa pihak pusat akademi berkenan menyunting saya sebagai duta. Saya percaya ada calon lain yang lebih baik berbanding diri sendiri.
"Namun rezeki itu tak pernah salah alamat. Jadi amanah yang digalas ini akan saya sebaik mungkin. Mungkin juga saya ada pencapaian dan sedikit pengaruh yang boleh mendekatkan pusat akademi ini dengan generasi masa kini yakni pelajar SPM," katanya yang turut dipilih sebagai duta dek kerana aura, personaliti dan pengaruh dimilikinya.
Berikutan peningkatan kes di Sabah, empat daerah di Sabah dikenakan PKPDB dan semua penduduk yang tinggal di daerah tersebut tidak dibenarkan keluar kawasan sepanjang tempoh PKPDB.
Langkah ini diambil bagi menyekat penularan kes, oleh itu pihak berkuasa meminta penduduk di daerah terbabit bertenang dan mengikut arahan agar segalanya berjalan lancar.
Empat Daerah Di Sabah Dikenakan PKPDB
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah sehingga 12 Oktober ini.
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, arahan berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam ini akan membabitkan seramai 962,661 penduduk.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September lalu.
Katanya, daripada jumlah itu, Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).
Ambil Kira Kes Covid-19, Laksana PKPDB
“Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini.
“Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk di empat daerah terbabit tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuat kuasakan.
Menurutnya, bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terbabit sepanjang tempoh perintah dilaksanakan.
“Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit.
“Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup,” katanya.
Menurutnya, bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit.
Katanya, bagi pelaksanaan perintah itu, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.
Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di talian 089-881255, Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020).
MW: Diminta semua penduduk di empat daerah yang terlibat bersabar dan bertenang. Jangan lupa jaga kesihatan dan menepati SOP sepanjang tempoh PKPDB.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...