“Pernah Diganggu Penyondol Tapi Tak Layan…” Nabil Bersyukur Isteri Banyak Bersabar

Share

Sana-sini di media sosial banyak bercerita tentang penyondol rumah tangga, sampaikan ada kes hingga ke mahkamah untuk menuntut perceraian. Seoalah-olah menjadi satu trend di kalangan selebriti tentang isu ini.

Malah, kes-kes perceraian di kalangan selebriti ini telah membuatkan Nabil Ahmad lebih berhati-hati dan sebolehnya ingin memberi perhatian speenuhnya pada isteri kesayangan, Nazirah Ayub.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Jadi Suri Hati..” Nabil Ahmad Sanggup Bayar Gaji Isteri RM7k Sebulan, Minta Berhenti Kerja

Power! Nabil Ahmad Boleh Lukis Kartun Sendiri! Selebriti Pertama Yang Ada Animasi

Penyondol Cuba Nasib, Jangan Dilayan

Berikutan tentang kes rumahtangga yang menjadi bualan telah membuka mata Nabil untuk menjadi seorang suami dan bapa yang lebih bertanggungjawab.

Jangan terkejut, sekarang ini Nabil lebih rajin membantu melakukan kerja-kerja rumah yang pastinya membuatkan isterinya senang melihat perubahan itu.

“Saya bersyukur isteri saya di tahap bersabar. Saya pula ambil iktibar dan muhasabah diri, mencari tanggungjawab yang saya belum laksanakan dan kekurangan dalam keluarga yang saya tak buat sebelum ini.

“Selama ini, saya ingat tugas saya mencari nafkah dan berlagak ‘raja’ tapi sekarang saya macam terlebih beri perhatian pada isteri saya, dia gembira dengan perubahan diri saya,” katanya.

Isteri Terima Diri Seadanya

Malah, Nabil juga bersyukur sebab isterinya banyak bersabar dengan karenahnya selain menerima kekurangan sepanjang perkahwinan.

Kata Nabil lagi, dia juga pernah diganggu penyondol yang datang mencuba nasib untuk mendekati dirinya melalui media soasial, namun semua di kawal oleh isterinya.

“Antara saya dan isteri, dialah yang banyak bersabar, terima kekurangan dan banyak menasihati saya.

“Mesej (cubaan penyondol) biasa, nasib baik bukan saya yang uruskan. Bayangkan masa saya pegang, memang ada ujian yang datang, nasib saya tak layan,” katanya.

Mengulas lebih lanjut , Nabil juga berpendapat bahawa kes penceraian kini ibarat satu trend yang semakin berleluasa.

Dia sebagai bapa bagaimanapun bimbang sekiranya perkara ini memberi kesan kepada mental anak-anak pasangan berkenaan.

Macam Trend

Jelas Nabil lagi, kalau dilihat sekarang ini, kes perceraian seperti trend pula. Masiing-masing cuba menuntut hak.

“Tak dinafikan juga, sekarang ini lebih banyak kepada pentingkan diri sendiri sebab kita ada anak dan kita tak boleh fikir masa depan anak-anak sendiri. Penderaan mental mereka macam mana,” katanya.

Nabil dan Nazirah telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2011. Dikurniakan tiga puteri, Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.


.

Mingguan Wanita : Moga keluarga Nabil dan Zira kekal bahagia hingga ke jannah.

Sumber: Mstar

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora