Sumber gambar : Instagram Syura Badron

Bergelar seorang selebriti sebenarnya bukanlah satu perkara mudah. Begitu juga yang dialami oleh penyanyi dan pelakon, Syura Badron. Sejak dari usia remaja dia sudah bergelar public figure sehinggalah dia senyap seketika selepas mendirikan rumahtangga.

Akui Syura berat badannya naik mendadak selepas melahirkan anak. Malah dia sendiri bagaikan terleka apabila berat badan pernah naik sebanyak 80kg.

Pernah Cecah Berat 80kg, Bukan Senang Nak Kembali Langsing Syura Kuatkan Azam Puasa 23 Jam
Kini berjaya kekalkan berat badan ideal. Sumber gambar : Instagram Syura Badron

“Selepas bersalin berat badan saya pernah naik sehingga 80kg. Masa tu saya pergi mana-mana ada terdengar orang bertanya, “Syura ke tu?””Ehhh Bukanlah!” 

“Bukan dek kerana itu sahaja, namun kerana mahu tampil sihat saya amalkan diet bermula empat tahun lalu. Pada awalnya saya amakan diet keto. Sewaktu amalkan diet ini saya rasa tak bermaya sebab almaklumlah tekak melayu (tak boleh tak makan nasi). Dalam satu minggu saya berjaya turun 500gram.

IKLAN

“Kemudian saya potong terus gula. Alhamdulillah sekarang ni saya dah serasi dan jika ambil gula lebih saya akan rasa tak selesa. Saya amalkan pengambilan green tea. Kalau nak ambil teh dan air kopi tanpa gula,” terang Syura yang kini mengamalkan Intermittent Fasting (IF). 

Amalkan Pemakanan Yang Lebih Sihat

Syura juga menerangkan kini dia berasa sangat seronok apabila badannya kembali langsing dan sihat.

IKLAN

“Alhamdulillah ada hikmah. Kini amalan pemakanan saya lebih sihat. Malah saya juga bertambah yakin bila berhadapan dengan peminat dan berada di atas pentas,” sambung Syura.

Kena Ada Azam Yang Kuat 

Syura turut menerangkan untuk menurunkan berat badan perlu punya azam yang kuat.

IKLAN

“Jika azam tak kuat tak akan jadi. Kalau azam kuat, lalulah apa makanan sekali pun di depan mata kita tak akan jamah.

“Saya pernah berpuasa sampai 23 jam (IF). Sekarang ni saya amalkan Warrior Diet.20 jam berpuasa dan 4 jam sahaja makan,” terang Syura. 

Pernah Cecah Berat 80kg, Bukan Senang Nak Kembali Langsing Syura Kuatkan Azam Puasa 23 Jam
Bersama keluarga tersayang.Sumber gambar : Instagram Syura Badron

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI