Pernah berhadapan situasi apabila kualiti baju Melayu dipertikaikan, tahun ini, pengasas jenama Baju Melayu Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi melakukan cabaran ‘berani mati’ apabila menjemput sembilan tetamu istimewa yang dipilih daripada mereka yang meluahkan ketidakpuasan hati di laman sosial miliknya terhadap kualiti baju Melayu jenama Bulan Bintang pada tahun lalu.
Menurut Azzim, sembilan tetamu istimewa ini telah diberi peluang memilih kotak secara rawak dan memeriksa sendiri kualiti baju Melayu edisi terbaharu bertempat di gudang miliknya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Fuh, pertama kali dalam sejarah aku buat benda ni. Tak pernah lagi aku buat perjumpaan face to face dengan customer, bekas customer, bekas customer to be dan even haters aku (kot)
“Semalam, aku jemput 9 orang tetamu istimewa datang ke Private Viewing Session untuk tengok sendiri barang Bulan Bintang 2024. Aku biarkan mereka pergi ambik kotak baju di rak, dan inspect sendiri.
“Kalau tak buat camni, risau netizen kata aku hanya promote barang-barang yang elok, yg pre selected, yang dah rancang sahaja”-Azzim Zahid.
“Alhamdulillah, aku dan team sangat-sangat gembira bila dengar sendiri feedback tentang baju melayu tahun 2024. Kami terima 99% positive feedbacks daripada yang datang semalam.
“Tetamu yang datang semalam sangat suka dengan kualiti kain baru yang kami guna, kualiti jahitan yang semakin halus dan kemas dan ada beberapa features baru yang kami introduce untuk tahun 2024 ni. Ada yang terus beli 2-3 pasang terus.
“Tak sabar rasanya nak bagi korang pegang, belek dan tengok sendiri produk Bulan Bintang yang diberi nafas baru ni. Korang semua boleh datang ke butik rasmi Bulan Bintang di seluruh Malaysia mulai Sabtu ni.
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan pengasas Bulan Bintang ini cukup matang dan positif dalam menerima kritikan dan berusaha memperbaiki kualiti baju.
Jenama Bulan Bintang pernah mencipta fenomena tahun lalu selepas mereka berjaya mencatat sejarah dengan tersenarai dalam Malaysia Book of Records menerusi persembahan dron paling banyak digunakan di atas langit di negara ini.
Pertunjukan fesyen yang dipersembahkan buat pertama kali oleh jenama Bulan Bintang di Menara Kuala Lumpur itu cukup memukau penonton di lokasi dan juga menerusi siaran langsung.