Kesihatan wanita sering kali berkait rapat dengan keseimbangan hormon dalam badan. Hormon memainkan peranan penting dalam memastikan fungsi tubuh berjalan dengan lancar, termasuk kesihatan reproduktif, metabolisme, dan emosi.
Oleh itu, pemeriksaan hormon menjadi satu langkah penting untuk memastikan keseimbangan ini terjaga, terutamanya apabila menghadapi perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seperti kehamilan, menopaus, atau perubahan emosi yang drastik.
SKYHILL Clinic, baru-baru ini menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai klinik paling banyak melakukan pemeriksaan hormon dengan lebih 1,600 rawatan sepanjang setahun yang lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Skyhill Clinic Sdn Bhd, Dr Linda Mat Hassan, pengiktirafan itu menyuntik semangatnya untuk memperjuangkan lagi kesihatan hormon wanita yang dulunya dipandang sepi.
“Sejak ditubuhkan lebih empat tahun lalu, lebih 5,000 pemeriksaan hormon dijalankan di klinik kami.
“Kesedaran wanita tentang kesihatan hormon juga kian meningkat.
“Ratu Rock, Ella adalah salah seorang daripada pesakit yang menjalani rawatan hormon di klinik kami di awal penubuhan klinik ini.
“Bermula dari pesakit Ella kini menjadi Ikon Kesihatan kami,” katanya.
Turut hadir Ikon Kesihatan Skyhill Clinic iaitu Ratu Rock Negara, Ella Aminuddin serta wakil MBOR, Siti Hajar Johor dan Aaron Bong Keng Jin.
Menurut Linda, sejak menjalani rawatan di kliniknya hampir empat tahun lalu, Ella mula nampak kesan positif dan kini dapat menjalani kehidupan lebih sihat dan gembira.
“Ella mengalami masalah kenaikkan berat badan sebanyak 10 kilogram, emosi terganggu serta tekanan darah hampir mencecah 200.
“Sewaktu datang ke sini, dia boleh berjalan seperti orang biasa tetapi tidak mengetahui ada masalah darah tinggi.
“Setelah menjalani rawatan beberapa bulan melalui kaedah secara holistik, termasuk menjaga pemakanan dan nutrisi, senaman serta pengambilan makanan tambahan secara alami, tekanan darah tingginya sudah terkawal dan masalah lain juga berjaya diatasi seperti keletihan dan emosi,” katanya.
Menurut Linda lagi, ramai di kalangan kita bukan saja wanita tetapi lelaki sering memandang sepi masalah dihadapi.
Katanya, fizikal yang sihat tidak menentukan seseorang individu itu tiada penyakit.
Justeru dia menasihatkan individu yang merasa tidak selesa dengan tubuh badan mereka agar menjalani rawatan hormon untuk mengetahui dengan terperinci masalah dihadapi.
Bagi Ella pula dia merasakan perubahan ketara selepas beberapa bulan menjalani rawatan di mana badannya merasa lebih bertenaga, tekanan darah kembali normal dan diri lebih terurus.
“Selama tiga ke empat tahu lalu saya berasa tak sedap badan dan alhamdululilah selepas rawatan hormon, kesihatan saya bertambah baik dan badan pun rasa lebih sedap,” katanya seraya mengakhiri perbualan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE