Kesihatan wanita sering kali berkait rapat dengan keseimbangan hormon dalam badan. Hormon memainkan peranan penting dalam memastikan fungsi tubuh berjalan dengan lancar, termasuk kesihatan reproduktif, metabolisme, dan emosi.
Oleh itu, pemeriksaan hormon menjadi satu langkah penting untuk memastikan keseimbangan ini terjaga, terutamanya apabila menghadapi perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seperti kehamilan, menopaus, atau perubahan emosi yang drastik.
SKYHILL Clinic, baru-baru ini menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai klinik paling banyak melakukan pemeriksaan hormon dengan lebih 1,600 rawatan sepanjang setahun yang lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Skyhill Clinic Sdn Bhd, Dr Linda Mat Hassan, pengiktirafan itu menyuntik semangatnya untuk memperjuangkan lagi kesihatan hormon wanita yang dulunya dipandang sepi.
“Sejak ditubuhkan lebih empat tahun lalu, lebih 5,000 pemeriksaan hormon dijalankan di klinik kami.
“Kesedaran wanita tentang kesihatan hormon juga kian meningkat.
Ads
“Ratu Rock, Ella adalah salah seorang daripada pesakit yang menjalani rawatan hormon di klinik kami di awal penubuhan klinik ini.
“Bermula dari pesakit Ella kini menjadi Ikon Kesihatan kami,” katanya.
Turut hadir Ikon Kesihatan Skyhill Clinic iaitu Ratu Rock Negara, Ella Aminuddin serta wakil MBOR, Siti Hajar Johor dan Aaron Bong Keng Jin.
Jalani Rawatan
Menurut Linda, sejak menjalani rawatan di kliniknya hampir empat tahun lalu, Ella mula nampak kesan positif dan kini dapat menjalani kehidupan lebih sihat dan gembira.
Ads
“Ella mengalami masalah kenaikkan berat badan sebanyak 10 kilogram, emosi terganggu serta tekanan darah hampir mencecah 200.
“Sewaktu datang ke sini, dia boleh berjalan seperti orang biasa tetapi tidak mengetahui ada masalah darah tinggi.
“Setelah menjalani rawatan beberapa bulan melalui kaedah secara holistik, termasuk menjaga pemakanan dan nutrisi, senaman serta pengambilan makanan tambahan secara alami, tekanan darah tingginya sudah terkawal dan masalah lain juga berjaya diatasi seperti keletihan dan emosi,” katanya.
Ads
Masalah Di Pandang Sepi
Menurut Linda lagi, ramai di kalangan kita bukan saja wanita tetapi lelaki sering memandang sepi masalah dihadapi.
Katanya, fizikal yang sihat tidak menentukan seseorang individu itu tiada penyakit.
Justeru dia menasihatkan individu yang merasa tidak selesa dengan tubuh badan mereka agar menjalani rawatan hormon untuk mengetahui dengan terperinci masalah dihadapi.
Bagi Ella pula dia merasakan perubahan ketara selepas beberapa bulan menjalani rawatan di mana badannya merasa lebih bertenaga, tekanan darah kembali normal dan diri lebih terurus.
“Selama tiga ke empat tahu lalu saya berasa tak sedap badan dan alhamdululilah selepas rawatan hormon, kesihatan saya bertambah baik dan badan pun rasa lebih sedap,” katanya seraya mengakhiri perbualan.
Kekal anak Binti Abdullah, Halim percaya ada hikmah nasihat pasangan nikah thailand daftarkanlah dalam negara. Begitulah keputusan yang telah dibuat oleh Halim Othmn untuk mengekalkan nama anak tunggalnya Myra Natasya binti Abdullah dan tidak menukarkan kepada Halim.
Keputusan tersebut diambil selepas mendapat nasihat Ketua Pengarah (KP) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh.
Kekal Anak Binti ABDULLAH
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, sebelum membuat keputusan dirinya telah berbincang dengan Myra.
“Selepas berbincang dan mendengar penerangan daripada KP berhubung masalah saya yang sudah tidak ada dokumen perkahwinan itu, sebenarnya isu saya ini bukan kes terpencil kerana banyak orang berhadapan situasi seperti ini.
“Jadi, dengan segala keterangan diperoleh itu dan saya pun sudah berbincang dengan Myra yang akhirnya kami sepakat mengekalkan saja nama Yusmyra Natasya binti Abdullah.
“Ini kerana, kita sudah mengambil kira beberapa aspek iaitu kesulitan jika nak buat pertukaran nama bapa, termasuk kita juga nak ‘move on’ dan paling utama, saya percaya ada hikmah yang besar disebalik nama Abdullah itu” kupas Halim.
Nasihat Pasangan Bernikah Di Thailand Daftar Perkahwinan Di Malaysia
Tidak mahu apa yang terjadi pada dirinya berlaku pada orang lain, Halim menasihati agar pasangan yang bernikah di luar negara agar daftarkan perkahwinan anda di negara kita.
“Pergilah jumpa pihak JPN untuk mendapatkan kaunseling, nasihat dan penjelasan lanjut. Ia penting supaya sekiranya ada anak tidaklah akan menjadi isu seperti kes saya.
“Tidak perlu rasa malu, takut ditangkap JPN atau sebagainya kerana mereka tak akan menangkap kita sebaliknya membantu menyelesaikan masalah dialami.
“Mendaftarkan perkahwinan penting agar tidak memberi stigma kepada keluarga terutama anak itu nanti,” terang Halim.
Shima Anuar hamil anak ketiga. Tahniah buat Shima atau nama lengkapnya Noor Hashima Anuar, 31, yang telah berkongsi khabar gembira tentang dirinya yang kini sedang hamil.
Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.
Pelakon drama Suami Aku Pendosa itu juga menerusi hantaran di akaun rasmi Instagramnya berkongsi beberapa keping foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusannya adalah positif (hamil).
Shima Anuar Hamil Anak Ketiga
Usia kandungan yang kini mencecah usia sekitar dua bulan, Shima juga memohon maaf apabila terpaksa membuat keputusan membatalkan semua tawaran berlakon yang diterima.
Semuanya demi memikirkan keselamatan diri serta bayi di dalam kandungan.
“Doakan saya dan bayi supaya sihat, selamat dan dipermudahkan segala urusan.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada pihak produksi kerana terpaksa membatalkan semua tawaran berlakon yang diberikan kepada saya.
Doakan Yang Terbaik Untuk Semua
“Insya-Allah ada rezeki kita berjumpa lagi.
“Saya doakan yang terbaik untuk semua. Amin,” tulis Shima.
Ozlynn, Nabila Huda & Rakan Artis Doa Dipermudahkan Segala Urusan
Menerusi ruangan komen ramai rakan selebriti termasuklah Ozlynn Wati dan Nabila Huda turut mendoakan agar dipermudahkan segala urusan Shima sepanjang kehamilan dan proses bersalin.
Malah Ozlynn juga sempat memberi tip dan nasihat mudah ‘lekat’.
“Alhamdulillah selalu bila jaga badan dan sihat dalaman ni insyaAllah senang lekat. Congrats babe!!” Ozlynn
“Bestnyaaaa ada baby lagi. congratulations sista. Semoga dipermudahkan segala urusan” Nabila Huda.
Untuk pengetahun sebelum ini Shima pernah berkongsi pengalamannya ketika bersalin secara pembedahan caesarean sebanyak dua kali ketika melahirkan anak sulung dan keduanya.
Mingguan Wanita: Doakan juga segalanya dipermudahkan buat Shima sepanjang kehamilan anak ketiga ini!
Petang semalam heboh diperkatakan tentang pelakon Natasha Hudson selepas dia menggayakan gaun putih yang menampakkan seolah-olah sebahagian bahu kanannya.
Gaun yang direka oleh Rizman Ruzaini itu menjadi bualan netizen.
Gaun Putih Tidak Sesuai Dengan Imej Natasha Yang Bertudung
Malah ada yang beranggapan busana yang digayakan di sidang media pelancaran produk Crystal C White di Menara KL itu tidak sesuai dengan imej nya bertudung.
“Busana ini disediakan pengasas produk ini, Datin Reena Zach. Ia berlapik kain berwarna kulit (nude) sebenarnya. Saya hanya mengikut tema majlis saja yang turut ada unsur glam.
“Saya pun sebenarnya bukan memakai gaun sebegini sepanjang masa. Saya hanya memakainya saja dan tak rasa ia keterlaluan. Saya pun tak ada masalah dengan gaun itu.
Tak Salahkan Sesiapa
“Saya tak salahkan sesiapa dan tak ambil peduli hal orang. Mereka nak cakap apa, lantaklah,” katanya yang menjadi wajah wakilan produk berkenaan.
Menurut ibu tunggal kepada tiga anak ini, dia mempunyai pilihan busana lain.
“Ada baju lain yang labuh kainnya dan tak sesuai untuk bergerak. Gaun yang saya pakai ini lebih memudahkan saya dan lebih santai.
“Cuma biasalah mata netizen yang akan melihat sudut menampakkkan bahu itu sebagai hal besar.
“Saya harap tak perlulah diperbesarkan perkara itu lagi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Natasha sepatutnya membintangi sebuah filem dari Indonesia tahun lalu.
“Saya sempat ke Indonesia membina rangkaian semula di sana. Penggambaran filem itu sepatutnya dilakukan di Semporna, Sabah. Tapi kerana masalah pandemik ia terbantut.
“Harapnya 2021 akan memberi tuah kepada saya dalam soal kerjaya seni,” luahnya yang bersyukur diberi peluang menjadi wajah wakilan produk suplemen kulit tersebut. Pada majlis pelancaran produk itu, Keith Foo turut diumumkan sebagai duta.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.