Langkah pemansuhan GST iaitu Cukai Barang dan Perkhidmatan seperti dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan boleh menyebabkan harga barang terus meningkat kalau langkah tersebut tidak dikendalikan dengan baik.
Mungkin pemansuhan ini menguntungkan pengguna sebab baki stok produk yang ada pada peniaga tidak akan dikenakan cukai, maka sepatutnya harga lebih rendah kecuali jika peniaga mencatut harga.
Tetapi jika stok habis, cukai baharu sebanyak 10 peratus akan dikenakan. Haaa… masa ini kesan terhadap harga barang akan bergantung kepada peniaga sebab kalau cukai ini dipindahkan kepada pengguna maka harga barang akan naik.
Namun, jika peniaga sanggup menyerap kos cukai tersebut ini hanya akan memberi kesan kepada keuntungan mereka.
Jadi rakyat sebagai pengguna perlu bijak ambil tahu cara kiraan GST dan patut menjadi pemerhati untuk mengelakkan membayar harga yang tak patut. Nak tahu lebih jelas mengenai GST, jemput baca perkongsian penulis buku Otak Power, Dr. Azizul Azli Ahmad…
1. Apa KESAN kalau harga tak turun selepas 1 Jun 2018?
2. Sia sia lah kerajaan baru menurunkan kadar GST kepada 0% dari 6 % sebelumnya kerana harga tidak berubah.
3. Paling menyakitkan hati, selama ini GST yang dibayar akan disalurkan ke kerajaan akan masuk poket peniaga lintah darat.
4. Siapa paling rugi? KITA SELAKU PENGGUNA! yang rugi. YANG UNTUNG ADALAH PENIAGA.
5.Yang malangnya kerajaan. Dahlah hasil GST tidak disalurkan lagi kepada kerajaan, bahkan harga tak turun. Rakyat akan marahkan kerajaan lagi sekali.
6. Bayangkan berpuluh bilion hasil GST yang sepatutnya jadi hasil negara akhirnya masuk ke poket peniaga.
7. Jangan hanya kerana kita tidak mahu menggunakan kuasa kita selaku pembeli, kita tetap menjadi ‘orang lama’ .
8.Kuasa selaku rakyat telah digunapakai pada PRU14, mengapa tidak kali ini?
9. Kerajaan Malaysia prihatin dalam mengurangkan kadar GST kepada 0%. GST masih ada, Cuma peratusnya adalah 0% .
10. Secara mudahnya, barang sebelum ini ada jumlah cukai perlu bayar, namun bermula 1 Jun 2018, tiada lagi cukai yang perlu pengguna bayar bagi barang tersebut.
11. HANYA BAYAR HARGA BARANG SAHAJA! Jadi seharusnya barang tersebut adalah murah berbanding sebelumnya!
12. Apa TINDAKAN kita untuk menurunkan harga barang?
13. MEMASTIKAN HARGA BARANG DITURUNKAN. Itu MESTI!
14.Kalau peniaga tu BERDAFTAR GST, harga mesti turun ON THE SPOT bermula 1 Jun 2018. Hari ini bang!
15. Tiada istilah pembelian sebelum ini adalah mahal (kerana ada GST) kerana peniaga tersebut telah menuntut cukai input kepada kerajaan semasa pembelian stok tersebut. (ini hujah anda boleh guna untuk lawan peniaga tamak!)
16. Jadi bermula tarikh 1 Jun 2018, harga mesti turun.
17. Cara nak kenalpasti kedai tersebut ada GST atau tidak?
18. Gunakan pengalaman.
Berdasarkan pengalaman anda membeli di kedai tersebut. Resit sebelum ni ada GST atau tidak? Jika ada, harga barang tersebut mesti TURUN! (kecuali barangan yang mmg tiada GST seperti bahan makanan asas Beras, Minyak Gula dsb) kalau sos, pampers, kuali, meja, Maggie, susu semuanya MESTI TURUN!
19.. Boleh Semak peniaga yang berdaftar Di https://gst.customs.gov.my/TAP/_/#1.
20.Kalau peniaga tu BUKAN BERDAFTAR GST (Kedai kecil2) kemungkinan memerlukan sedikit masa untuk diturunkan harga barangan kerana pembelian stok tersebut tidak boleh dituntut kepada kerajaan sebelum ini kerana tidak berdaftar GST.
21. BERAPA SEPATUTNYA TURUN?
Anda boleh mengambilkira formula 6/106 dan didarabkan dengan harga barang sebelum 1 Jun 2018. Itulah harga yang patut turun.
Contoh :
Beli lampin anak jenama Birkin Hermes pada 10 Mei 2018 adalah RM 39.90.
Apabila 1 Jun 2018,harga pampers tersebut mestilah turun pada kadar berikut : RM 2.26
Kiraan : 6/106 X RM 39.90 = RM 2.26.
Harga lampin anak jenama Birkin Hermes bermula 1 Jun 2018 : RM 37.64 sahaja harga pampers tersebut.
Kiraan : RM 39.90 – rm 2.26 (GST)
= RM 37.64.
Betul memang hanya sedikit sahaja yang turun.RM 2.26 ni apa sangat lah kan pada sorang. Bayangkan kedai beliau ada 100 pampers? 100 orang membeli? Cukai yang telah masuk poket saja dah brapa tu? itu baru pampers. Lain?
22. Bagaimana jika anda ada beli barang lain. Saya bagi contoh beli barangan keperluan sahaja RM 500 sebulan (kadar rata untuk setiap keluarga)
Jumlah yang boleh jimat adalah
6/106 x RM 500 = RM 28.30.
23. Itu baru satu family. Kalau satu taman? Agak-agak berapa dah kita akan DERMA FREE pada peniaga yang tak bertanggungjawab tu?
24. Nak jadi negara yang baru , kena ada sikap yang baru. Jangan tunggu penguatkuasa saja yang perlu buat kerja.
25. Kita selaku pengguna juga boleh menggunakan kuasa kita sepertimana yang telah dilakukan pada PRU14 tempoh hari.
26. Jadilah pengguna bijak, bantulah kerajaan baru dalam mengekang eksploitasi penjual dalam menentukan harga.
27. Kita mampu mengawal sebagaimana kita mampu memilih pemimpin.
Sila ambil perhatian juga hal ini.
28. Harga yang perlu turun adalah harga yang selain dari barangan asas. Ini kerana gula, beras, nasi, gula, barang asas adalah tiada GST dari dahulu.
29. Jangan pukul rata pulak tau. Antara barangan yang terlibat adalah semua kecuali yang diberikan pengecualian dan pelepasan ya.
30.Beli barangan seperti baju, meja, kereta, biskut marie, jam, tayar kereta, komputer, selipar, makanan kucing, handphone, plastic sampah, cat berus cat Tupperware, beg Birkin Hermes dan macam- macam kalau saya nak masukkan dalam senarai memang tak habis adalah barang yg tergolong dalam kumpulan berkadar 6% satu ketika dahulu.
31. Servis kereta dan sebagainya , makanan di restoran pun sama! Mesti turun! Nak ke taknak lepak mamak?
32. Jika ada peniaga yang berkeras dan memberikan alasan bilamana harga tidak turun, sila laporkan kepada KPDNKK. Takat jadi hero kat fb tak guna.
33. Kita boikot peniaga tamak!
Siapa nak join?
Tapi ini tidak termasuk harga maskawin tau. Itu jangan buat main. Kerajaan runtuh hantaran tetap naik tinggi!