
Malang tidak berbau. Seorang anak tidak tercapai hajatnya untuk membawa emak bagi mendapatkan rawatan apabila mereka terlibat dalam kemalangan sebelum sempat tiba di klinik. Kemalangan itu telah meragut nyawa sang anak dan emaknya pula cedera parah. Ternyata telah tiba waktunya, dia pergi dahulu dijemput Ilahi.
Kejadian yang berlaku di sebuah selekoh ini dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang berlopak dan akhirnya membuatkan pemuda ini gagal mengawal motosikalnya. MW mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang yang soleh.
Pemuda Maut & Ibunya Parah Terlibat Kemalangan
Pemuda maut manakala ibunya parah selepas motosikal dinaiki terbabas dan merempuh tembok pagar sebuah rumah di Jalan Kampung Ewa, Langkawi, semalam.
Dalam kejadian 4.30 petang itu, penunggang motosikal, Mohammad Rosidi Rohim, 29, disahkan maut di tempat kejadian, manakala ibunya, Che Su Said, 61, parah.
Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian dua beranak itu dalam perjalanan dari Felcra Kok ke Klinik Ayer Hangat bagi mendapatkan rawatan penyakit asma dihidapi warga emas itu.
Gagal Mengawal Motosikal
“Tiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang laju gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke kanan jalan dan merempuh pagar rumah penduduk.
“Akibat rempuhan kuat, mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan paramedik, manakala ibunya patah kaki kanan,” katanya ketika dihubung hari ini.
Mohd Iqbal berkata, mangsa maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat, manakala wanita warga emas itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati permukaan jalan berlopak dan berselekoh serta ada garisan berkembar.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Keadaan jalan raya yang berlopak dan tak diselia dengan baik kadang-kadang membahayakan nyawa penunggang motosikal dalam diam. Oleh itu, sebagai penunggang motosikal berhati-hatilah setiap kali menghampiri selekoh atau menggunakan jalanraya. Sayangilah insan tersayang.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Genap Setahun Hari Jadi Emirhan, Anzalna Pilih Raikan Bersama Anak-Anak Yatim

Genap Setahun Hari Jadi Emirhan, Anzalna Pilih Raikan Bersama Anak-Anak Yatim. Tiada yang lebih bermakna bagi pelakon cantik Anzalna Nasir,35 apabila hari istimewa kelahiran anak keduanya diraikan dengan para ‘tetamu istimewa’.
Apa yang lebih membanggakan Anzalna sekeluarga memilih untuk meraikan sambutan harijadi anak keduanya Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang genap berumur 1 tahun pada 20 Mei baru-baru ini bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Qaseh.
Celebrated Emirhan’s first birthday with family and our special guest from @rumahanakyatimnurqaseh
Emirhan mungkin tak tahu apa-apa but kakak-kakak @rumahanakyatimnurqaseh akan bercerita pada Emirhan one day.
Emirhan is so lucky @mymumsbakery buatkan cake yang cantik walaupun mommy order last min. The kids had so much fun at @funxworld sampai taknak balik!
In sha’Allah nanti kita datang lagi. Doakan kami sentiasa dilimpahkan rezeki supaya dapat happy kan mereka selalu.
Terpancar keikhlasan Anzalna sekeluarga dan kegembiraan anak-anak yatim ini apabila turut berpeluang bermain pelbagai aktiviti bersama-sama sepanjang hari di pusat rekreasi yang ditempah khas.
Doa Dimurahkan Rezeki Santuni Anak Yatim
Ramai yang tumpang gembira dan bangga apabila Anzalna berkongsi rezeki dalam menyantuni dan menggembirakan hati anak-anak yatim. Tidak kurang ramai juga turut mendoakan semoga ibu kepada 2 orang cahaya mata ini dan keluarga diberikan rezeki melimpah ruah.
Terdahulu Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan 2 orang anak lelaki, Mohamad Eidrees yang kini hampir memasuki usia empat tahun serta Mohamad Emirhan, 1.

Mesti Baca:Berhijab, Anzalna Bimbang Sukar Istiqamah. Minta Kukuhkan Hati & Tidak Berbolak Balik
Baca Lagi Di Sini:Mohamad Emirhan Putera Kedua Anzalna “Eidrees Dah Ada Gang, Semoga Berjaya Dunia, Akhirat”
Artikel Menarik:Anzalna Nasir Uruskan Rumah Sendiri Tanpa Pembantu “Tolak Banyak Tawaran Berlakon Kerana Anak”
Mingguan Wanita: Alhamdulillah tumpang gembira, apabila Anzalna memilih meraikan sambutan harijadi anaknya bersama anak-anak yatim ini.Semoga bertambah murah rezeki buat Anzalna dan keluarga untuk terus menyantuni golongan yang memerlukan.
Sumber: Anzalna Nasir
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Sebab Mak-Mak Suka Keladi, Tak Berbunga Tapi Cantik, Patutlah Jadi Rebutan!

Keladi, salah satu hobi yang mungkin mendapat tempat di kalangan mak-mak.Sangat berbeza dengan tanaman lain kerana ia tidak berbunga. Tapi daunnya cukup menarik perhatian sesiapa saja yang memandang.
Tidak dinafikan, mak-mak punya hobi tersendiri. Ada mak-mak yang suka memasak dengan pelbagai jenis masakan diuba, bercucuk tanam, menanam pokok bunga termasuklah keladi, orkid atau bunga-bungaan lain.
Maklum saja dengan cara inilah memberi satu ketenangan buat kita. Bila tengok saja tanaman hidup subur, satu kepuasan buat mak-mak. Tak kisah hobi menanm ini perlu keluarkan belanja yang besar. Asalkan satu kepuasan buat mereka.
Mungkin ini jugalah dengna tanam keladi, Tak berbunga tapi daunnya yang pelbagai bentuk dan warna membuatkan sesiapa saja pandang terpesona. Jangan terkejut sebab ada keladi yang bernilai berpuluh ribu ringgit dan menjadi buruan.
Apa istimewanya keladi? Hanya mereka yang tanam ini saja tahu istimewanya. Inilah yang dikongsikan oleh Firda Ashaary tentang keladi yang menjadi rebutan sekarang ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mudahnya Buat Baja Ikan, Suburkan Pokok Bunga, Sayuran Dan Tanaman Berbuah
Cara Baja Pokok Bunga Kertas Dalam Pasu, Baru Meriah Merimbun
Info Lebih Menrik DI SINI
Keladi, Mak-Mak Suka, Apa Istimewanya?
“Kenapa suka sangat dengan keladi?”
Aku pasti tersenyum lebar.
Mana tak senyum, aku ada bersepah asbab kenapa aku pilih keladi. Kenapa tidak pokok bunga lain.
Ros ada.
Orkid pun boleh.
Bunga kertas ke, okay jugak.
Atau tulip ke kan.
Tapi kenapa keladi? Bukan ada bunga pun. Cantik kat mana?
Itulah, sebenarnya perlu pandang keladi dari sudut berbeza. Pandanglah dengan mata hati. Bukan dengan mata sahaja.
Kenapa begitu:
1. Keladi daunnya warna warni. Sangat indah dipandang. Walau tidak memiliki bunga, keladi tetap cantik dengan caranya yang tersendiri. Keladi langsung tak perlukan bunga untuk nampak cantik.
2. Keladi tidak memiliki duri untuk melindungi dirinya. Ia nampak lemah, lembut dan sentiasa terkulai. Namun bagi yang mengenali keladi, mereka pasti tahu spesis keladi lah yang paling kental dalam hidupnya.
3. Setiap helaian daun keladi berbeza corak, warna mahupun saiz. Kalau sesiapa mengikuti perkembangan daun keladi dari seawal keluar sulur hingga daun tu terbuka, pasti teruja. Hebat, sungguh kuasa Allah.
4. Sepohon keladi memerlukan masa yang agak lama untuk berkembang seindah yang dilihat (warna keladi dewasa). Bukan hari ni tanam, minggu depan dah woww!
Sepanjang perjalanan tu, kita akan jumpa banyak proses keladi membesar yang akan membuatkan kita teruja dan mengagumi hebatnya Dia. Semakin kau kagum dan semakin kau tenang.
5. Keladi juga sangat menguji kesabaran pencintanya. Kalau kita seorang yang panas baran, boleh lah cuba tanam keladi. Mana tahu keladi mampu melembutkan hati. Belajarlah bersabar dengan keladi, pasti kesabaran korang berbalas.
6. Keladi adalah spesis susah mati. Walau nampak semua daun keladi dah layu, kecut, kering. Dogol sudah keladi korang, tinggal tanah je. Sedih. Tapi jangan risau, keladi belum mati kerana keladi ada ubi. Ubi dok dalam tanah. Nanti bila Allah kirimkan hujan, keladi akan tumbuh dengan sendiri. Begitulah gigihnya keladi berjuang untuk ‘bangkit semula’.
Bagi aku mencintai keladi ni sangat indah perasaannya kerana keladi juga,
Mengajar kita erti kesabaran yang tinggi.
Menyedarkan kita tentang hebatnya ciptaan Allah.
Malah mengingatkan kita tentang betapa kita perlu sekuat dan segigih keladi. Walau jatuh rebah ditimpa musibah, tetap jua bangkit untuk terus hidup sehinggalah sampai masa Allah hantar pertolongan.
Susah payah mengatur hidup kembali.
Dapat sesuatu?
Jom tanam keladi.
1. Ini spesis berdaun.
Sygonium Christmas nama dia.
2. Yang ni spesis ‘money plant’
Boleh menjalar.
Namanya Manjoula
3. Ini pun spesis ‘money plant’ jugak.
4. Ini keladi Thai.
5. Yang ni ‘money plant’ . Tapi spesis albino kot.
Putih.
#SuffianSuffiya #KeladiRanjers.
Yeahhh, indahnya bersahabat dengan alam.
Sumber: Firda Ashaary
Selain itu, kalau nak tahu, ini beberapa jenis keladi yang boleh mak-mak tahu.
1. Keladi Kampung
Mudah jaga, cepat besar, mudah rimbun, corak daunnya kurang kecantikan sedikit daripada keladi bandar, senang beranak.
2. Keladi Bandar (Hybrid)
Sukar jaga, lambat membesar, sukar rimbun, corak daunnya sangat cantik, Pengcahayaan 70%, Penyiraman cukup sekadar melembabkan tanah, susah beranak.

3. Alocasia
Agak sukar jaga, cepat membesar (bergantung saiz pasu). Corak daunnya mempunyai urat yang tegas dan tegang, lebih ke arah menegak daripada merimbun, selagi akarnya tak penuh pasu selagi tu lah ia tan mahu berenak. Penyiraman sekadar melembabkan tanah.
4. Colocasia
Paling senang jaga, nak air banyak, sesetengah nak panas terik dan sesetengah nak panas 50% sahaja, senang beranak, daunnya besar-besar kalau akarnya sudah menjalar dimerata tempat.
5. Monstera
Indoor Plant, 100% teduh namun ada matahari juga, daunnya kehijauan selalunya, daunnya suka terkoyak dengan semula jadi, jenih menjalar. Penyiraman sekadar melembabkan tanah.
6. Begonia Kampung
Senang dijaga, suka tempat teduh, daunnya tak sebesar macam keladi-keladi lain, penyiramannya 2 kali sehari pagi dan petang, corak daunnya kurang cantik jika berbanding dengan begonia bandar. Boleh dibiakkan melalui daun yang matang.
7. Begonia Bandar
Sukar jaga, terlebih air automatik K.O, daunnya sangat cantik, daunnya tidak sebesar pokok keladi yang lain, boleh biakkan melalui daun yang matang.
8. Sygonium Kampung
Di kampung merata tempat ada, daunnya kurang cantik berbanding dengan sygonium bandar, jenis menjalar, penyiramannya 2 kali sehari pagi dan petang, cara pembiakkannya potong batangnya yang mempunyai akar dan tanam pasu atau direct tanah.
9. Sygonium Bandar
Agar suka ditemui, harga meletup, jenis menjalar, cara pembiakan potong bahagian batang yang mempunyai akar dan tanam di pasu atau direct tanah.
10. Anthurium / Kuping Gajah
100% nak teduh, Penyiraman sekadar melembabkan tanah sahaja, daunnya seakan sama namun size atau lebar daunnya yang membezakan mereka, daunnya mempunyai line putih yang berbentuk telinga gajah dan daunnya kehijauan tua yang sangat cantik, cara pembiakkannya potong ubinya dan tanam dalam pasu dan lakukan kaedah pengewapan untuk cepat keluar tunas baru.
11. Calathea
Jenis nak 100% teduh, penyiraman 2 kali sehari pagi dan petang, jenis yang suka duduk berdekatan dengan pokok2 lain (jenis nak berkawan), lebar daunnya bergantung saiz pasu, senang beranak.
12. Aglonema
Batang menegak, Daunnya pelbagai corak yang menawan, susah beranak, 100% nak teduh, penyiraman sekadar melembabkan tanah sahaja, cara pembiakan kena potong ubinya dan lakukan kaedah pengewapan.
Sumber: Tengku Aiman
Mingguan Wanita : Memang menjadi rebutan betul sebab daunnya pun cantik-cantik. Buat penggemar, memang geram tengok daunnya yang pelbagai warna ni.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Ibu Pergi, Bukan Tak Sayang, Allah Pinjamkan Untuk Kita.. Sekejap Je’

Isi Kandungan
ToggleKehilangan orang yang paling disayang, cuma yang pernah merasai tahu bagaimana sakitnya rindu. Kerinduan pada yang telah pergi yang tak mungkin berbalas. Apabila isteri diambil tuhan, suami ini, Azlan Adnan luahkan rasa kerinduannya untuk tatapan anak-anaknya kelak.
Isterinya, Nordiana Bidin meninggal dunia pada 29 Januari lalu, dipercayai berpunca daripada sakit kepala. “Medical report awal bulan hadapan baru dapat sahkan.” kata Azlan lanjut.
Sebaknya, bila anak-anak mula terasa rindu. Bagaimana mahu disampaikan rasa kerinduan itu, pada ibu yang tak lagi dapat mereka tatap wajahnya di depan mata. Allahu..
Anak-anak Rindu Ibu.. Ibu Dah ‘Sleep’ Kat Kubur
Anak-anak mungkin tak tahu
Cara mana nak sampai kan pada babah, yang depa rindu ibu
Yang anak-anak tahu
Ibu dah ‘sleep’ kat kubur
Itulah Kali Terakhir Babah Cium Pipi Ibu
Dalam Jam 10:25 malam, 20/1/2020
Ibu masih terbaring tidur sama macam pagi tadi. Bergerak, bernafas macam mana pagi tadi. Tidur macam biasa. Bergerak berpusing kiri kanan. Tidur nyenyak cuma tak boleh sedar dari jam 3.30 petang sampai la malam.
Setiap kali babah jengah ibu,
Air liur, ibu tak boleh kemam. Jadi babah lap perlahan-lahan bagi ibu nampak bersih
Tapi jam ni,
Lepas babah terlambat jengah ibu
Air makin banyak kat mulut ibu.. Babah lap Dan itu kali pertama Dan juga kali terakhir babah cium pipi ibu, peluk ibu sambil bisik;
“anak-anak kita masih kecik lagi sayang. Bangun la…”
Air mata sebelah kanan ibu tiba-tiba keluar. Babah terus lapkan Air mata ibu sambil kemas kan tisu-tisu yang melekat di pipi ibu.
Babah duduk bertenang sekejap di kerusi sebelah ibu. Dalam beberapa saat, babah rasa pelik kenapa ibu tak bernafas macam biasa. Babah panic
Rasa nafas ibu di hidung.. Tak ada
Rasa nadi ibu di pergelangan tangan.. Tak ada
Babah menjerit panggil jururawat. Jururawat terus berlari masuk bilik untuk tengok ibu
Babah turun ke bawah
Babah tak boleh terima, Dan babah tahu ibu memang dah tak ada.
Allah Pinjamkan Ibu Untuk Kita.. Sekejap Je
Ammar.. Rania
1 day, kalau terbaca ni semula
Babah cuma nak korang berdua tahu
Walaupun hanya Abang Ammar saja dapat rasa moment hari ibu pergi.. Harap Ammar & Rania faham kenapa ibu “pergi tinggalkan kita”
Bukan ibu tak sayang
Tapi Allah pinjam kan ibu untuk kita
Sekejap je..
Ammar cuma sempat 2 tahun 2 bulan
Rania cuma sempat ibu dukung 4 bulan saja
Babah beruntung sikit dengan kamu berdua. Sempat 4 tahun 2 bulan
Tak lama macam mana anak-anak yang lain
Tak lama macam mana babah & nenek
Tapi percayalah
Ibu sedang tunggu kita kat sana
Genap Awak Pergi Sebulan..
Ingat pesan babah. Bila abah pun dah tak ada
Rajin-rajin jengah kubur bila rindu
Kalau teringat, terus tadah tangan “Doa”
Minta Allah tautkan rindu kita dalam mimpi
Minta kita semua semula bersama 1 keluarga
Genap awak pergi sebulan hari ni
Macam mana lagi setahun akan datang?
Harap Allah berikan kekuatan & kesihatan berpanjangan buat kita 3 beranak

Rasa Macam Mimpi Yang Panjang
Perkahwinan bukan cari persamaan
Bukan cari apa yang kita suka
Atau kita boleh lari dengan apa yang kita tak suka
Persamaan belum tentu membahagiakan
Perbezaan itulah tanda “saling melengkapi”
Jika kita saling memahami
Terima kasih sebab sama-sama telan Pahit Manis Maung bersama Abang
Sampai hari ni abang rasa macam mimpi
Mimpi yang panjang sgt
Mengharap mimpi ni janganlah jadi kenyataan
Nordiana Bidin (Dee Ana)
Wanita sempurna dalam hidup kami sampai akhir hayat
Ingat pesan abah
JANGAN LUPA IBU
MW : Al Fatihah.. semoga Allah tempatkan Allahyarham Nordiana Bidin di kalangan orang-orang beriman dalam taman-taman syurga yang indah. Dan suami serta anak-anak diberi kekuatan hati hadapi ujian hebat ini.
Baca sini : 40 hari ibu ini istighfar, redha anak beri tanda akan pergi buat selamanya
Sumber/Foto : Azlan Adnan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI