Permohonan ibu bapa Zayn Rayyan batal kes abai anak ditolak. Terbaru Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan oleh ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang memohon supaya tuduhan pengabaian anak terhadap mereka disemak dan ditarik balik.
Ibu dan bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf telah hadir bagi meneruskan prosiding kes dan mereka diwakili peguam yang baru dilantik, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.
Permohonan Ibu Bapa Zayn Rayyan Batal Kes Abai Anak Ditolak
Seperti mana dipetik menerusi mStar Online, keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Dr Syahliza Warnoh, menerusi prosiding pada pagi Jumaat.
Raja Zaizul memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk membincangkan permohonan dokumen tambahan oleh pihak pembelaan.
Pada prosiding 18 September lalu, mahkamah memutuskan untuk mendengar perbicaraan selama 15 hari dalam tiga minggu berturut-turut, iaitu pada 20 hingga 24 Januari, 3 hingga 7 Februari, dan 17 hingga 21 Februari 2025.
Pada 26 November 2024, peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan itu menyatakan bahawa representasi dihantar pada 19 November dengan tujuan untuk meminta pihak pendakwaan menarik balik atau menggugurkan tuduhan terhadap mereka.
Untuk pengetahuan, pada 13 Jun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa mengabaikan anak mereka yang menghidap autisme di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Selangor.
Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar Damansara Damai di Petaling Jaya pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember 2023 hingga keesokannya (6 Disember) pada pukul 9.55 malam.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi imbasan peristiwa paling menggemparkan Malaysia, pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai. Hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.
Baca Disini : Keluarga Zayn Rayyan Gembira Dibebaskan, Kongsi Momen Berpelukan Dan Menulis “Akhirnya Bersatu Kembali…”
View this post on Instagram
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI