Perkongsian talkin luar biasa menusuk terus ke jiwa, kasih seorang anak buat arwah ayah dikasihi. Bagi yang biasa mengantar jenazah ke tanah perkuburan, pasti sudah terbiasa dengan bacaan talkin.
Ia dibacakan bukan untuk pendengaran jenazah sebaliknya adalah bagi ingatan kepada yang masih hidup.
Antara bacaan yang biasa dengar jika diterjemahkan ke dalam rumi, ianya berbunyi seperti berikut.
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam.
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati.
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran.
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai.
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa.
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum.
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah.
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah.
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu.
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut.
Janganlah kamu berdukacita dan risau.
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Serta lain-lain lagi.
Perkongsian Talkin Luar Biasa Menusuk Terus Ke Jiwa
Namun satu perkongsian dari Ustaz Hazuan Hazmi cukup menusuk terus ke jiwa. Ini kerana bacaan talkinnya lain dari kebiasaan di mana dirinya berkongsi kebaikan arwah bapa serta pengalamannya mengajar arwah mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Pemergian arwah bapanya yang husnul khatimah di mana meninggal pada pagi Jumaat minggu lalu turut dikongsikannya kerana semasa hidup arwah bapanya banyak membuat kebaikan hingga jenazahnya dimuliakan.
Dari seorang yang terlantar sakit namun pada malam hendak meninggal seolah sudah tahu ajalnya semakin mendekat, arwah bapanya memaklumkan bahawa dirinya ingin tidur. Sesuatu yang jarang diungkapkan oleh bapanya semasa masih ada hayat.
Tepat jam 12 tengah malam, katanya, “abang, abah nak tidur. Saya tengok dia yang siangnya tidak boleh bercakap tapi malamnya Allah beri kekuatan untuk bercakap.
Kasih Seorang Anak Buat Arwah Ayah Dikasihi
“Tuan-tuan yang dikasihi sekalian, sebelum abah saya lelapkan mata, saya katakan kepadanya.
“Sebelum abah tidur, abah ikut apa yang abang katakana. Abah sebut apa yang abang sebut. Abah sebut Allah, sebut Lailahaillah, serta mengucap dua kalimah syahadah. Abah sebut sama-sama dengan saya di mana bersaksikannya.
“Allah dah uji abah tiga tahun. Ketika hidup tak menyusahkan orang lain, tak pernah sama sekali. Talkin yang dibaca bukan untuk abah kerana tak bermanfaat tapi untuk kita. Percayalah tuan puan, sayang bagaimana dengan anak pun diri mereka tak akan tinggal bermalam bersama kita. Semua akan tinggalkan kita.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dekat 6 bulan berlalu, kesan parut pembedahan Baby Xandra semakin cantik dan sempurna. Si comel ini pun semakin tembam dan gebu. Bak kata ibunya, Sheila Razlan, “Kuat makan, kuat menyusu sebab itu dia bam bam.”
Syukur lihat perkembangan positif Baby Xandra ini. Memandangkan luka parut pembedahan dah semakin sempurna, ibunya berkongsi petua bagaimana dia mencantikkan kesan parut sumbing anaknya itu.
Sebelum pembedahan pemulihan sumbing bibir
Selepas pembedahan
Kesan parut terkini makin cantik sempurna
Ini Cara ’Sempurnakan’ Kesan Parut Sumbing Baby Xandra
Jadi ibu-ibu di luar sana yang sedang dalam proses memulihkan kesan parut anak sumbing, bolehlah cuba petua Sheila ini.
Kata Sheila, “Salam Jumaat Untie Uncle (sebagai mewakili anaknya), Ramai tanya condition baby Xandra sekarang kan.”
“Okay, ni mommy nak close up bekas jahitan dari hidung sampai bibir luar Xandra. Alhamdulillah cantik dah. Nampak sempurna kan?”
Kata Sheila lagi dalam instagram, cara dia mendapatkan kesan parut yang cantik dan tak menggelembung adalah dengan menggunakan Dermatix setiap hari WITHOUT FAILED!
“Rajin urut 100 kali sehari.”
“Nak senang ikut waktu solat. 1 waktu, 20 kali urut kat kesan jahit tu.”
Rancang Bawa Baby Xandra Buat Pembedahan Plastik
“For now nampak semua normal. Kecuali gusi yang cleft tu, tengah tunggu masa ada gigi tumbuh atau tak je. Nebes mommy.”
“InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih mommy plan nak bawa Xandra pi buat plastic surgery untuk lebih sempurnakan Xandra. Sebab dia girl kan?”
Itulah doa yang ibu kepada Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, Muhammad Akid Qassyaff, 3 dan baby Xandra tuturkan.
“Apa apa pun, biar Xandra membesar dengan sihat ya. Sampai masa yang sesuai Allah izinkan kita pi buat plastic surgery ya dik.”
MW : Mendoakan kemudahan rezeki untuk kedua ibu ayah Xandra, semoga urusan pembedahan plastik untuk Xandra dapat dilaksanakan dalam keadaan Baby Xandra sihat dan kuat.
Fazura berhabis puluhan ribu, belanja beg tangan mewah. Pelakon jelita, Fazura mencuri perhatian warganet apabila menghadiahkan beg tangan dari jenama mewah Coach untuk semua pekerjanya
Menerusi sebuah video daripada perkongsian di akaun Tik Tok Sonic Hussein kelihatan para pekerja Fazura sedang memilih beg tangan jenama mewah Coach.
“Macam mana nak minta kerja dengan Fazura. Best dapat majikan macam ni, hargai staff, terasa dihargai betul dapat macam ni,” komen salah seorang wargnet yang bernama Raff🇲🇾.
Fazura Berhabis Puluhan Ribu
Sempena Ramadan seeloknya kita beramal dan perbanyakkan bersedekah.
Paling membahagiakan buat semua pekerja Fazura apabila dapat memilih beg tangan idaman mereka di butik Coach.
Malah penyampai radio DJ Sonic juga berkongsi momen sewaktu berada di dalam butik jenama tersebut untuk tatapan umum.
“Fazura berhabis puluhan ribu untuk hargai staff. Dia juga belanja saya satu beg,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan para pekerja Fazura juga boleh mengambil apa sahaja barangan tanpa mengira tanda harga yang tertera di butik Coach berkenaan.
Mulianya Hati Fazura
Wanita hebat yang kini bergelar usahawan berjaya mencuri perhatian warganet dengan kemuliaannya hatinya.
Hadiah beg tangan jenama mewah Coach dari Fazura itu juga ternyata dilihat sebagai salah satu penghargaan buat pekerja-pekerjanya.
“Terharu Nangis Rasanya, Bila Belanja Staff” Warganet
Menerusi komen di Tik Tok video Tik Tok Sonic Hussein warganet begitu terharu dengan sifat pemurah Fazura sebagai majikan. Malah ramai yang mendoakan Fazura dimurahkan rezeki.
Mingguan Wanita : Baiknya lahai hati Fazura. Seronok pekerja dapat beg tangan mewah.
Memang ada benarnya setiap orang mempunyai minat yang berbeza untuk nikmati kepuasan hidup mahupun beri hadiah untuk diri sendiri. Semuanya memiliki impian yang tak sama. Jika mempunyai sejumlah wang yang ada mungkin ada yang digunakan untuk membeli beg tangan, pelaburan saham, emas berlian, periuk mahal mahupun sekadar simpanan dalam bank. Semuanya bergantung pada minat dan keinginan kita.
Tiada yang paling betul mahupun salah, apa yang penting raikan sahaja setiap perbezaan tersebut. Hadamkan betul-betul perkongsian daripada Cikgu Fadli Salleh ni
Aku tulis ada periuk harga RM4000. Terus ada komen,
“Kalau saya ada RM4000 saya tak beli periuk. Saya beli emas”.
“Kalau saya ada RM4000 saya simpan unit trust”.
Kawan-kawan. Begini. Cara kita nikmati kepuasan hidup tak sama. Cara kita memberi hadiah untuk diri sendiri pun tak sama. Minat kita juga berbeza-beza.
Ada orang, cukup suka memasak. Tapi dia tak kisah guna alat memasak kedai RM2. Ada orang, dia suka hadiahkan diri sendiri dengan benda yang memberi kepuasan pada dia.
Contohnya periuk harga mahal. Pada sesetengah orang, mungkin tak sesuai. Namun pada dia, dia puas dan bahagia sangat. Jadi rajin masuk dapur, jadi memasak dengan senyuman memanjang.
Sama juga dengan orang yang sangat minat travel. Ada duit lebih, terus pergi travel. Dia tak kalut nak simpan unit trust, dia tak kalut nak beli emas.
Bagi dia, travel itu bahagia. Biar tiada simpanan berjuta, namun dia ada sejuta memori yang orang lain tiada. Hidup singkat, dia nak nikmati dunia kiriman Tuhan ini seberapa banyak dia mampu.
Apakah dia salah? Pada aku tidak.
Apakah peminat periuk itu salah? Pun tidak.
Apakah yang suka membeli emas itu salah? Tidak juga.
Apakah yang suka beli rumah, melabur unit trust itu salah? Pun tidak.
Bahagia Setiap Orang Berbeza
Semua betul dengan cara yang tersendiri. Semua bahagia dengan cara mereka. Tiada penimbang mampu mengukur unit kebahagiaan kerana bahagia orang ini berbeza!
Yang salah cuma orang yang rasa dia betul dan nak suruh orang ikut dia sahaja. Dia suka emas, dia salahkan kaki travel tak simpan emas. Dia suka beli rumah, dia marah orang suka beli periuk mahal tak beli rumah.
Haa, itu yang salah.
Kita tak sama. Emosi dan pemikiran juga tak sama. Apa target yang kita nak pun tak sama.
Tidak salah cuba educate orang berdasarkan apa tindakan paling tepat yang kita rasa orang perlu ikut.
Namun adalah salah jika kita paksa orang ikut cara kita tanpa meraikan pendapat orang.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang setuju dengan apa yang dikongsikan. Setiap orang tak sama dan mempunyai minat serta kepuasan untuk diri sendiri dengan cara berbeza. Hormati sahaja setiap keputusan, raikan minat orang lain jika sekalipun minat kita tak sama.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...