Semalam cukup hangat diperkatakan apabila Pengarah Terkenal Shamsul Yusof akhirnya mengakui telah memperisterikan Ira Kazar di sempadan Thailand. Kemelut yang berlaku selama hampir 4 tahun ini terungkai namun masih belum menemui titik nokhtahnya.
Bagi yang mengikuti ‘perjalanan’ kisah pasangan ini, Puteri Sarah Liyana,37 ada menfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumahtangganya sebelum ini. Sungguhpun wanita tersebut kini telah sah menjadi ‘madunya’ ia sama sekali tidak akan memberhentikan tindakan sivil oleh Puteri Sarah.
Sebenarnya banyak yang kita boleh pelajari terutamanya dari sudut undang-undang berkaitan kisah pasangan ini.
Baca ulasan perkongsian daripada Peguam Nor Zabetha ini sebagai rujukan dan panduan kita bersama.
Baru buka whatsapp tiba-tiba, dapat mesej dari wartawan pasal poligami.
Saya pun semaklah di media sosial. Oh, padanlah. Sekejap je tertinggal keretapi. Laju betul update berkenaan kes Puteri Sarah, Shamsul Yusoff dan Ira Kazar ini.
Kita buat soal jawab mudah dan ringkas pasal topik ini:
1) Boleh tidak lelaki berpoligami di Malaysia?
Secara asasnya lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran mahkamah. Jika gagal boleh didenda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Contoh kes Bung Moktar dan Zizie Izette.
Ads
2) Boleh tidak bernikah di luar negara?
Semua perkahwinan perlu didaftarkan di Malaysia. Apa kesannya jika berkahwin di luar negara? Di Malaysia jika tiada rekod perkahwinan yang didaftarkan dan sekiranya berlaku sesuatu kepada suami, contohnya kematian memberi kesan isteri dan waris tidak didaftarkan menuntut.
Situasi ini juga akan memberi kesan kepada status anak kerana ibu bapanya tidak mendaftarkan perkahwinan. Walaupun berkahwin di luar negara oleh pihak yang bertauliah dari segi syarak sah tetapi isu-isu diatas bakal memberi kesan kepada perkahwinan.
Adalah kesalahan jika perkahwinan gagal didaftarkan. Boleh didenda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali. Banyak kes yang berkahwin di luar negara tanpa didaftarkan di Malaysia, banyak pasangan daftarkan kemudian dan perlu bayar denda. Pastikan berdaftar walaupun perlu bayar denda untuk urusan seperti di atas.
3) Boleh atau tidak mengadukan tentang pihak ketiga yang merosakkan rumah tangga?
Orang ketiga ini, tidak hanya bermaksud kekasih. Boleh jadi juga ahli keluarga, rakan atau jiran atau orang yang menghasut pasangan berpisah atau mengabaikan tanggungjawab.
Ads
Jika aduan dibuat kepada Jabatan Agama, pengadu perlu membawa bukti-bukti atau menyatakan perbuatan bagaimana pihak ketiga ini menghasut sehingga bercerai-berai atau menyebabkan tanggungjawab diabaikan.
Contoh menghasut jangan balik rumah, menghasut jangan bagi nafkah dll.
Penguatkuasa akan menjalankan siasatan dan jika cukup elemen tertakluk kepada undang-undang, contoh Enakmen Jenayah Syariah Selangor ada memperuntukkan kesalahan ini, maka pendakwaan boleh memulakan kes di mahkamah terhadap orang yang merosakkan rumah tangga.
4) Bagaimana tindakan Puteri Sarah saman Ira Kazar di mahkamah sivil?
Kalaupun Ira Kazar telah diperisterikan oleh Shamsul Yusoff, tidak akan memberhentikan tindakan sivil oleh Puteri Sarah. Melainkan Puteri Sarah tarik balik atas kerelaannya sendiri.
Tindakan sivil oleh Puteri Sarah kalau kita baca laporan adalah kerana gangguan serta tulisan-tulisan atau muatnaik luahan Ira Kazar yang dikatakan satu bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform.
Ads
Jadi seperti yang dilaporkan, oleh Berita Harian dan kenyataan Puteri Sarah bahawa perbicaraan kes akan berlangsung pada Ogos 2023. Jadi untuk tuntutan ini, penulisan dan gangguan masih akan diteruskan. Perkahwinan itu tidak akan mengugurkan kes sebab tuntutannya kerana tulisan oleh Ira Kazar sebelum ini terhadap Puteri Sarah.
Setakat ini, kita belajarlah sedikit bab undang-undang dari situasi yang berlaku ini.
Oleh Nor Zabetha
Mingguan Wanita:Semoga menjadi panduan dan ilmu buat kita dari segi undang-undang.Apabila bila berlaku kejadian sebegini semoga kita lebih cakna dengan tindakan yang boleh dilakukan.
Lazada Malaysia hari ini melancarkan acara membeli belah terbesar bagi tahun ini – Online Revolution 2017. Acara ekstravaganza membeli belah dalam talian selama sebulan yang memasuki tahun keenam ini akan bermula pada 11.11 (11 November 2017) sehingga 14.12 (14 Disember 2017) dengan menampilkan 90 juta produk dengan penjimatan sehingga 90 peratus.
Perkenal Seksyen Baru
Dengan bertemakan “Shop the Universe”, Lazada Malaysia pada tahun 2017 telah memperkenalkan seksyen baharu di laman web Lazada bagi memberikan lebih banyak pilihan pada harga yang menarik kepada para pembeli di Malaysia. Seksyen baharu termasuklah “Barangan Digital” yang merangkumi e-baucar Lazada, Kad hadiah Petronas dan pakej pelancongan, “Kedai Rasmi” dengan lebih 1,000 jenama seperti Estee Lauder, Clarks, Senheng dan L’Oréal, dan akhir sekali “Koleksi Taobao” yang termasuk produk dan barangan istimewa daripada Penjual Taobao China yang teratas.
Selain itu, para pembeli juga boleh menikmati jualan kilat jenama yang menarik, barangan pada harga serendah RM1 manakala jenama seperti Nivea, Durex, Maybelline, Mattel dan Laneige pula menyediakan “Kotak Misteri” kepada para pelanggan Lazada untuk potongan harga yang lebih rendah lagi.
Muat Turun Aplikasi Lazada
Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata,
“Semakin ramai yang mempercayai pembelian melalui dalam talian. Ini menunjukkan bahawa penerimaan eDagang semakin berkembang dan persekitaran dalam talian semakin berkembang dalam pasaran Malaysia. Satu pertiga daripada rakyat Malaysia sudah pun memuat turun aplikasi Lazada dan kami menjangkakan 1 daripada 5 warga Malaysia akan mengunjungi platform kami pada 11.11. Ini merupakan bukti kukuh tentang kepakaran kami dalam menjangka apa yang akan menjadi permintaan pelanggan – pilihan yang lebih banyak pada bila-bila masa.”
Hans-Peter seterusnya menjelaskan bahawa kempen Online Revolution pada kali ini mencerminkan komitmen syarikat untuk terus menyediakan pengalaman membeli belah yang lancar untuk para pelanggan.
“Sudah menjadi falsafah kami untuk berkembang dan berubah mengikut keperluan pelanggan dan itulah sebabnya kami meningkatkan penawaran sebanyak tiga kali ganda berbanding tahun lepas. Dengan menyediakan “Universe” di hujung jari pelanggan, kami memenuhi segenap aspek membeli belah melalui dalam talian yang penting buat mereka termasuklah harga yang berpatutan, pilihan dan kemudahan,” tambah beliau lagi.
Online Revolution akan disertai oleh pelbagai rakan pemasaran termasuk Digi dan CIMB, dan menyediakan hadiah-hadiah bernilai lebih RM 60 juta, termasuk pakej percutian Club Med, Go Pro, iPhone X, Perodua Bezza, peluang untuk merasai Zero-G dan banyak lagi!
Mempunyai rak dapur sangatlah penting untuk susun barang-barang agar nampak lebih kemas dan teratur. Jika selalu rak dapur kita beli je, dengan idea menarik dan kreatif sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri rak dapur mudah alih pelbagai guna ini semudah ABC. Lebih menjimatkan dan puas hati buat sendiri.Guna kepingan kayu pallet untuk menghasilkan rak dapur ini, bukan sahaja berfungsi untuk letak barang tapi juga mampu menaikkan lagi seri dapur.
Ikut langkah mudah ini;
Bahan-Bahan:
Kayu Pallet (Terpulang kepada pilihan jenis kayu masing-masing)
Paku
Penukul Besi
Alas Rumput
Cara Membuat:
1. Dapatkan kayu pallet ( saya guna pine wood)
2. Potong mengikut bentuk kotak-kotak dan paku. Anggaran panjang dan lebar kayu mengikut anggaran sendiri, jika mahu panjang atau pendek, besar atau kecil.
3. Gosok dgn kertas pasir atau mesin keatas permukaan kayu serta varnis jika mahu.
4. Buatkan tiang kiri dan kanan secara vertical.
5. Screw atau paku kotak pada tiang kiri kanan.
6. Potong dan alaskan rumput tiruan (pilihan).
** Rak sengaja di susun serong pada bahagian atas dan tegak pada bahagian bawah bagi memudahkan untuk meletak botol-botol.
Kami doakan Puteri Aishah cepat sembuh ya. Semalam khabarnya, pelakon Puteri Aishah telah dikejarkan ke hospital apabila mengalami kecederaan serius pada bahagian jari kelingking kiri.
Puteri Aishah Mahu Potong Buah
Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika pelakon itu sedang memotong buah dan tanpa sengaja terhiris jari kelingkingnya sehingga terkoyak.
Perkhabaran tersebut dikongsi pengurusnya, Iman Tang menerusi Instagram miliknya.
“Mungkin disebabkan buah terlalu keras dan pisau pula licin, lantas menghiris jari kelingking sebelah kiri hingga terkoyak dan mengalirkan banyak darah.
Mujur Puteri Aishah Ditemani Teman
“Mujur ketika itu Puteri ditemani seorang teman dan segera membawanya ke sebuah pusat perubatan swasta untuk mendapatkan rawatan akibat pendarahan yang begitu teruk,” luah Iman sebagaimana dilaporkan.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...