Sebagaimana yang dikongsikan oleh chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob perkahwinannya bersama Datin Azrene Ahmad sudah genap 15 tahun.
Dalam mengharungi alam perkahwinan yang sarat air mata, pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.
Rupanya dalam tempoh yang panjang itu, melalui suka duka bersama, isterinya, Azrene pernah alami 13 kali keguguran.
Dalam pada mengharungi ujian rumah tangga yang berat, solat dan doalah menjadi pelindung terhebat yang mengentalkan hubungan suami isteri ini.
Malah, bacaan yasin selama 40 hari sejak hari pertama, menjadi benteng kekuatan kepada orang yang mahu melihat mereka berpecah.
Dan ini perkongsian yang dititipkan oleh Fazley dalam meraikan ulangtahun perkahwinannya bersama isteri tercinta yang dipanggil dengan nama manja, Adik Sayang.
Genap 15 Tahun Perkahwinan Terbina..
Buat yang tahu.. mereka tahulah kisah kami. Dan buat yang dengar dengar kisah, mungkin banyak yang betul. Buat yang tak pernah tahu, tapi dah agak.. betul juga lah tu.
Benar, percintaan kami yang berusia 17 tahun dan perkahwinan kami yang hari ni genap 15 tahun, terbina dari airmata kami berdua, airmata keluarga-keluarga kami dan juga airmata ramai penyokong-penyokong kami.
Pertama-pertama sekali, terima kasih buat semua keluarga jauh dan dekat ,sahabat-sahabat, rakan-rakan media juga serta mereka yang kenal rapat dan samar-samar, kerana telah mendoakan saya dan isteri sehingga bertahannya perkahwinan kami selama ini.
Walaupun dengan 13 kali keguguran, kami tetap dikurniakan 4 orang cahaya mata. Syukur kehadrat Ilahi!
Buat Adik sayang, our journey has been a rollercoaster ride. Since day 1 to this very day. But we grew stronger after every test and hurdle. Our love get tested over and over again, never by us, but Allah is Great.
Solat & doa has always remain our biggest defense. 40 days of Yassin since day 1 has become our strongest barrier to those who wants to see us crumble.
Thank you for all your sacrifices for me and the kids. You left everything to be with me, I had nothing when we got married.
I lost everything that I have build due to an act of a certain person, but I gained so much more the day we “nikah” with Allahs blessing. He gave me YOU! I have said it too many times, but I will keep on saying it, “Im glad you are my wife!”
Happy 15th Anniversary my gorgeous Adik Sayang! Lets continue to stay strong and shower our kids with loads of love. We have made it this far, when many people thought we couldn’t. I love you with all my heart!
Song: November Itu (Lagu/lirik: Fazley Yaakob)
Ads
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007. Kemudian, mengadakan majlis persandingan semula pada ulangtahun perkahwinan ke-13 pada tahun 2018.
Mingguan Wanita :Mendoakan semoga pasangan ini kekal berbahagia sehingga ke syurga.
Lisdawati bangga suami genggam diploma pada usia 51 tahun, “jadi contoh pada anak-anak.” Ternyata kesibukan kerja bukan penghalang buat pelakon Fauzi Nawawi menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem di Meatech Creative Academy.
Lisdawati Bangga Suami Genggam Diploma Pada Usia 51 Tahun
Memetik laporan mStar, Fauzi yang kini meniti usia 51 tahun itu meluah rasa syukur. Dalam masa sama juga, dia berasa sangat terharu kerana isterinya, Lisdawati sentiasa memberi semangat. Kejayaan itu juga secara tidak langsung dapat memberi contoh terbaik buat anak-anaknya atas kejayaan tersebut.
Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk bagi contoh yang baik buat mereka semua.
“Jadi Contoh Pada Anak-anak”
“Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.
Ujar bapa kepada lapan cahaya mata itu, dia berharap keputusannya menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir pihak berkaitan selebriti tidak mementingkan akademik.
“Ramai artis berjaya dalam pelajaran mereka. Saya juga mahu merasa seperti itu. Walaupun sibuk berlakon, pelajaran tak pernah tinggal.
“Mungkin ramai anggap orang yang tidak berjaya dalam pelajaran lebih memilih menjadi artis. Saya mahu perbetulkan tanggapan sebegitu dan menjadi bukti golongan artis juga berpelajaran,” ujarnya.
Fauzi juga mengakui perjalanan untuk menghabiskan dua tahun pengajian bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ada cabaran yang perlu dihadapi.
“Biasalah bila usia semakin meningkat, rasa malas nak belajar itu memang ada. Itu perlu saya lawan selama tempoh pengajian ini.
“Dalam masa sama saya juga sibuk dengan penggambaran dan jadual kerja lain. Perlu susun masa dengan betul supaya dapat seimbangkan semua perkara,” jelasnya.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Kasih sayang untuk Allahyarham Siti Sarah Raisuddin terus mengalir. Jauh hingga ke bumi Makkah. Terbaru kiriman video dari Shuib berkongsi solat ghaib yang dilakukan di Makkah untuk arwah isterinya.
Rezeki Allahyarham Siti Sarah yang tidak siapa pun boleh nafikan. Kebaikan dan amal jariah yang dilakukan dalam diam, membuatkan kasih sayang orang ramai untuknya tidak tertahan-tahan.
Rezeki Solat Ghaib Di Makkah
“Dapat kiriman video solat ghaib jenazah dalam Masjidil Haram. Allah terlalu sayang U ibu. Bergembiralah di syurga bidadariku Siti Sarah.” doa Shuib untuk arwah isterinya.
Daripada live video ini, dimaklumkan Ustaz Haji Suhaimi telah meminta saudaranya di Makkah untuk melakukan solat ghaib. Saudaranya telah meminta imam masjid di daerahnya di Makkah untuk melakukan solat ghaib yang diadakan selepas Zuhur waktu Makkah.
Kira-kira 300 orang turut serta dalam solat ghaib berkenaan.
Nak Tahu Bercahaya Atau Tak, Tunggu Lepas Bersalin
Terkesan dengan video Shuib bergurau dengan Allahyarham, yang mengusik wajah isterinya ‘ada sinar’. Lalu dibalas Allahyarham, “tunggu I bersalin nanti bersinar ke bercahaya macam mana.”
“Orang kata kalau mengandung muka comot, anaknya nanti muka comel.”
Siapa pun yang melihat video berkenaan merasakan apa yang diluahkan Allahyarham itu telah Allah makbulkan.
Rakan artisnya, Diana Rafar juga mengungkapkannya, “MashaAllah memang bersinar lah wahai bidadari syurga @sitisarahraisuddin Pasti @shuibsepahtu kuat dan tenang redha dengan pemergian mu sahabat.”
Kerinduan Anak-anak
Perjuangan Allahyarham melawan virus Covid-19, dari bilik ICU sehingga bayi pramatangnya dikeluarkan secara pembedahan menjentik hati ramai orang. Membuka mata semua betapa berisikonya ibu hamil dan jangkitan Covid-19 ini.
Bayi pramatang yang selamat dilahirkan, Ayash Affan tidak dapat merasai belaian kasih ibu. Malah, tiga lagi anak kecilnya, biarpun mereka kelihatan kuat. Perasaan rindu pada ibu yang telah tiada tetap sarat tak terbendung.
Semoga Shuib dan anak-anaknya diberikan ketenangan hati untuk melalui ujian hebat ini.
Cita-cita untuk berkahwin awal membuatkan Elyana nekad untuk melamar suaminya dahulu. Malah tak kisah pandangan orang lain dengan istilah ‘perigi cari timba’. Sekaligus ia demi mencapai impian untuk bergelar seorang ibu.
Pelantun lagu popular Kalis Rindu, Erneelya Elyana Emrizal, 35 mendedahkan perkara tersebut menerusi hantaran di akaun Instagramnya baru-baru ini.
“Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal.”
“Sebab tu saya yang MELAMAR suami saya..masa tu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba, yang penting nak kahwin.”ujarnya.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin,47 pada tahun 2010. Usia perkahwinan yang memasuki 12 tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, 12 dan seorang anak angkat, Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.
Ternyata jarak usia 12 tahun bukanlah penghalang dalam mengecap bahagia. Malah sehingga kini Elyana bahagia melayari bahtera bersama suami tercinta yang sentiasa berada di sampingnya.
Sementara itu, Elyana yang juga merupakan seorang pejuang kanser melahirkan rasa syukur apabila dirinya bebas sepenuhnya daripada kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.
Mingguan Wanita:Wah tak sangka Elyana yang melamar suami dahulu.Bagi wanita, jika sudah berjumpa jodoh dan pasangan yang serasi, memang tiada salahnya untuk ‘memulakan langkah’ melamar kekasih hati dahulu. Tiada istilah ‘perigi cari timba’ untuk tujuan yang baik. Lambat-lambat nanti melepas! opps.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...