Perkahwinan Bukanlah SATU Perjudian, Tetapi Ibadah. Kita MAMPU Ubah Nasib!

Share

Perkahwinan bukanlah satu perjudian kerana kita mampu mengawal rumah tangga sama ada untuk mengecap bahagia atau derita. Jadi jangan samakan rumah tangga dengan berjudi. Sebaliknya berusaha mencari bahagia jika mak,ayah sayangkan rumah tangga yang dibina.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan fahami penjelasannya baik-baik.

Perkahwinan bukan satu perjudian…

Orang kata, “Untung sabut, timbul… Untung batu, tenggelam…”

Perkahwinan itu satu bentuk ibadah, perkahwinan itu juga sunnah… Kenapa perkahwinan bukan satu perjudian? Bila berjudi, nasib kita adalah di luar kawalan kita…kita tak tahu sama ada akan menang ataupun kalah…

 

Tapi dalam perkahwinan, nasib kita itu kita yang pegang sendiri… Kalau nak bahagia, apa yang perlu kita buat… Kalau nak elak derita, apa yang perlu kita buat… Apa yang kita buat, akan menentukan apa yang kita akan rasa pada keesokan hari dan hari-hari seterusnya…

Kita Yang Perlu Ubah Sendiri

Allah SWT tidak akan mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri…

Mungkin ada yang cakap, sudah takdir dapat pasangan macam ini, sudah takdir kena hidup macam ini, maka redha sajalah…

Takdir kita ni boleh diubah dgn usaha dan doa… Bukan terus menyerah dan beranggapan bahawa ini takdir kita, jangan banyak cakap, jangan merungut, jangan persoalkan, just laluinya sahaja…

Maka sampai bila-bilalah kita akan hadap perkara yang sama tanpa ada penghujungnya… Kita merancang, takdir Allah yang menentukan… Kita tak silap pilih pasangan sebab kita tak kenal dia betul-betul luar, dalam waktu kita pilih dia dulu…

Kalau dia sendiri tunjukkan dirinya yang sebenar ketika itu, mungkin kita tak akan pilih dia…

Dia sudah pun dipilih dan kini tinggal dan hidup sekali dengan kita… Suka atau tidak, nak atau tak nak, kita yng tentukan nasib kita yang seterusnya…

Nasib kita itu ada di tangan kita… Bagi mereka yang sudah berjaya ubah nasib mereka, maka tahniah… Bagi yang belum berjaya, usaha dan doa lagi…

Jangan anggap perkahwinan ini satu bentuk perjudian kerana anda tidak meletakkan nasib anda pada tangan orang lain… Anda yang mengawalnya sendiri…

MW: Sesungguhnya perkahwinan bukanlah satu perjudian kerana kita mampu mengubahnya jika kita mahu. Kita mampu tentukan hala tuju rumah tangga yang dibina bersama pasangan.

Sumber: Firdaus Shakirin

Published by
Syazwani Mehat