Kekeluargaan

Perkahwinan Bertahan Semata-mata Sebab Tanggungjawab, Lebih Banyak Makan Hati, Hubungan Renggang

Share

Perkahwinan yang bertahan semata-mata kerana tanggungjawab memang wujud. Amat menyedihkan apabila masing-masing sama ada suami mahupun isteri lebih banyak makan hati. Hubungan suami isteri juga renggang dan masing-masing lebih banyak menghabiskan masa dengan hal sendiri.

Perkahwinan Bertahan Semata-mata Sebab Tanggungjawab

Memang ada benarnya usia perkahwinan yang panjang bukanlah jaminan bahagia dalam perhubungan suami isteri. Seharusnya tempoh perkahwinan yang semakin panjang, menjadikan lebih mengenali pasangan, hubungan lebih erat, rapat dan mesra namun ia menjadi sebaliknya.

Ramai sebenarnya pasangan yang tawar hati dalam perkahwinan namun tetap meneruskan hidup sebagai suami isteri. Hubungan menjadi renggang sebab lebih banyak ‘makan hati’ malah terpaksa terus bertahan atas dasar tanggungjawab sahaja.

Hadamkan perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini;

SEPATUTNYA LAGI LAMA TEMPOH PERKAHWINAN, LAGI RAPAT KITA DENGAN PASANGAN. SEBALIKNYA, LAGI LAMA TEMPOH ITU, LAGI RENGGANG KITA DENGAN PASANGAN.

Tahu tak kenapa..

Lebih Banyak Makan Hati, Hubungan Renggang

Ada perkahwinan yang masih bertahan sehingga ke hari ini hanya atas dasar tanggungjawab sahaja, bukan dasar rasa sayang, rasa cinta terhadap pasangan. Ia semata-mata tanggungjawab untuk membesarkan anak dalam keadaan mereka ada ibu bapa macam orang lain dan tak nak anak itu terjejas ataupun terkesan jika mengambil keputusan untuk berpisah dengan pasangan.

Bertumpu Pada Diri Sendiri

Mereka yang berpegang kepada alasan ini, kebiasaannya dia hanya tumpu pada dirinya sendiri. Pasangan nak buat apa, jadi macam mana, terpulanglah pada dia. Dia bahagiakan perasaan sendiri, dia gembirakan hati sendiri.

MAJORITI ORANG MAKIN RENGGANG DALAM HUBUNGAN SEBAB BANYAK MAKAN HATI. MAKAN HATI DENGAN SIKAP, PERANGAI DAN PERBUATAN PASANGAN SENDIRI.

Bukan baru sebulan dua pasangan jadi macam itu, tapi sudah bertahun-tahun dan tak nampak perubahan langsung untuk berubah.

Perbuatan yang menyakitkan hati, kata-kata yang melukakan hati dan perangai yang membuatkan hati jadi tawar-setawarnya.

Dia fokus kepada amal ibadatnya, dia perbaiki hubungan dengan Allah, dia cari syurga dan jadi solehah dengan caranya sendiri dan bukan kerana pasangannya.

Sebab itu ada orang lama yang sudah berkahwin, tapi tak rapat dan mesra pun dengan pasangan sendiri. Masing-masing bawa haluan sendiri walaupun tinggal di bawah satu bumbung.

Semoga sama-sama kita teruskan hubungan perkahwinan atas dasar cinta dan kasih sayang pada pasangan. Bukan semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab sahaja.

Sumber: Firdaus Shakirin

Artikel berkaitan: Syafie Naswip Nikah “Doakan Perkahwinan Ini Kekal Bahagia Sehingga Ke Jannah”

Suami Isteri Amalkan Makan Bersuap, Hubungan Makin Intim, Rumah Tangga Bahagia

Suami Isteri Golongan Berusia Bercerai Angkara Orang Ketiga, Sedih Tapi Realiti

 

 

 

Published by
Has