Perkahwinan Adalah Medan Memberi, Suami Isteri Perlu Saling Membahagiakan

Share

Perkahwinan bukanlah indah semata-mata. Resam rumah tangga ada pasang surutnya, begitu juga hubungan suami isteri. Baik suami atau isteri sebaiknya harus berkorban dalam rumah tangga agar masing-masing merasa bahagia.

Dalam erti kata, perkahwinan adalah medan memberi, suami dan isteri perlu saling membahagiakan barulah hubungan suami, isteri bertahan lama. Ikuti perkongsian Puan Intan Dzulkefli dan cuba fahami sebaiknya.

Ada beberapa perkara yang kadang orang 'single' salah faham tentang perkahwinan.

Salah Faham Tentang Perkahwinan

Mereka rasa 'single' sudah cukup sunyi, padahal ramai juga orang berkahwin yang rasa lebih sunyi. Nama sahaja ada pasangan depan mata, namun tiada kata-kata manis, tiada pelukan, tiada 'encouragement'.

Kesunyian orang berkahwin bahkan lebih 'sakit' berbanding orang 'single' sebenarnya.

Mereka rasa 'single' tak ada orang sayang, tiada orang tunjuk kasih, tidak ada orang pujuk bila merajuk.

Padahal ramai juga orang berkahwin merajuk pun pujuk diri sendiri, menangis pun kesat air mata sendiri, sendiri yang kena sayang diri sendiri. Nobody care.

Bukanlah semua orang berkahwin melalui hal ini, tetapi ianya berlaku dalam sesetengah perkahwinan yang di dalamnya tiada insan yang mahu saling membahagiakan.

Suami Isteri Perlu Saling Membahagiakan

Kadang berlaku di belakang tabir, jadi orang tak nampak 'kanser' yang sedang membarah dalam perhubungan suami isteri itu. Orang cuma nampak bahagia walhal yang samada benar-benar bahagia atau tidak, hanya mereka suami isteri yang rasai sendiri.

Saya suka pesanan Prof Muhaya, "jangan kahwin kalau kamu tak bahagia. Sebabnya kamu tak akan jumpa kebahagiaan dalam perkahwinan kalau itu yang kamu cari. Diri sendiri kena bahagia dulu baru mampu rasa bahagia dan membahagiakan."

Perkahwinan Adalah Medan Memberi

Perkahwinan adalah medan memberi, beri bahagia baru dapat bahagia. Suami kena bahagia dan membahagiakan. Isteri kena bahagia dan membahagiakan.

Barulah rumah tangga tersebut bahagia dan membahagiakan. Insyallah.

Suami beri kasih sayang, perlindungan, didikan kepada isteri. Isteri membalas dengan rasa cinta dan penghormatan kepada suami.

Anak-anak melihat ibu bapanya saling bergandingan menjayakan perhubungan, barulah mereka juga menikmati rasa bahagia. Dari ibu bapalah anak-anak belajar semua itu.

Carilah Bahagia Sendiri Dahulu

Oleh itu wahai orang 'single', jangan tergesa-gesa mahu berkahwin walhal belum bertemu calon yang sekufu dan serasi.

Perkahwinan bukanlah magik. Perkahwinan bukanlah syurga selagi tiada kerjasama antara suami isteri yang berazam mahu menjadikan rumahtangga mereka syurga.

Gunakanlah waktu bertunang dan merisik untuk 'taaruf', bukannya sibuk dengan berdating dan bermaksiat kerana rumah tangga bukanlah semata hal yang romantik melainkan amanah berat yang perlu digalas bersama-sama.
Ingatan untuk diri saya.

#intandzulkefli
#randomthoughts

MW: Rumah tangga perlukan pengorbanan sama ada daripada pihak suami atau isteri jika bahagia yang dicari. Jangan diharap usaha sebelah pihak sahaja sebaliknya mak ayah seharusnya berganding bahu dalam mengecap bahagia.

Sumber: Puan Intan Dzulkefli

Published by
Nur Syazwani Mehat