Perkahwinan 34 Tahun Berakhir, Isteri Dakwa ND Lala Lafaz Cerai Melalui WhatsApp. Itulah kenyataan daripada isteri pertama Datuk ND Lala, Datin Fauziah Sarman,55 yang mendakwa suaminya telah melafazkan cerai dan hanya memaklumkan kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp pagi semalam, sekaligus menoktahkan mahligai perkahwinan yang telah 34 tahun dibina.
Menerusi laporan sebelum ini, Datuk ND Lala,62 dikatakan telah berkahwin dua, malah isteri kedua tersebut bukanlah asing kerana Siti Munirah Abd Ghani merupakan rakan sekolah Shila Hamzah dan sering berkunjung ke rumah keluarga ND Lala sebelum ini.
Assalammualaikum semua..Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya – saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.
Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.
Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, in shaa Allah.
Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini. Apa yang telah saya lalui telah saya redhakan dan In shaa Allah saya yakin aturan Allah SWT ini adalah yang terbaik buat saya.
Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.
Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.
Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata – hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua.
Alhamdullilah. Assalammualaikum.
Mesti Baca:Suami Miera Liyana Ceraikan Isteri Pertama, Perkahwinan 28 Tahun Berakhir Talak Satu
Baca Lagi Di Sini:ND Lala Berjodoh Dengan Rakan Sekolah Anak, Isteri Pertama Dedah Wajah Madu
Mingguan Wanita: Semoga diberi kekuatan buat wanita ini dalam menghadapi ujian, diceraikan setelah melalui 34 tahun usia perkahwinan. Pasti ada hikmahnya yang tersendiri, untuk mengajar erti sabar dan redha dalam menempuh kehidupan yang lebih baik.
Sumber:Mamazie68
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.