Instinct isteri. Bila ada rasa tak sedap hati, mesti ada sesuatu perkara yang tak elok. Bukan menidakkan tapi, inilah anugerah yang Allah bagi pada seorang beranam isteri dan ibu.
Begitu juga bila suami buat hal, lambat laun akan terbongkar. Isteir boleh menghidu hal yang tak baik, lebih-lebih kalau melibatkan suami atau anak-anak. Sebab itu boleh dikatakan instict isteri adalah keajaiban ke 7 di dunia.
Antara perkongsian daripada Nurul Izzah tentang instict isteri terhadap suaminya. Paling menyedihkan isteri seorang yang setia dan perkahwinan dah menjangkau 24 tahun telah dicurangi oleh suaminya sendiri.
Pernah seorang wanita datang berjumpa saya. Katanya baru discharge hospital gara-gara depression yang teruk sehingga hilang berat mendadak dalam tempoh yang singkat.
Memang jelas kelihatan pada fizikal wanita tersebut, kurus dengan wajah yang cengkung. Kalian tahu sebab apa wanita tersebut jadi begitu? Kalau wanita dah berkahwin, tak susah nak meneka punca malapetaka hidupnya melainkan pastinya angkara suaminya.
Tak Sedap Hati
Ceritanya. Satu hari si suami call dari jauh semasa di offshore bertanya khabar macam biasa. Tetapi dia kata tiba-tiba rasa tak sedap hati. Tak tahu kenapa.
Ads
Selepas beberapa ketika berbasa basi dan suaminya memutuskan perbualan, tiba-tiba Allah ingin menunjukkan sesuatu!
Si suami terlupa mematikan talian. Terdengar suara wanita di hujung talian dan berselang seli dengan suara kanak-kanak. Semakin dengar dia semakin berdebar, dadanya bagai mahu pecah meletup. Dia sedang mendengar sketsa suaminya dengan seorang wanita memanggil ‘abang sayang’!
Menggigil. Bagai mahu pitam dan segalanya gelap gelita. Kepercayaan selama 24 tahun perkahwinan sekelip mata hancur berkecai. Tanpa tanda, tanpa mukaddimah, Allah sedang membuktikan sesuatu pengkhianatan.
Boleh bayang macam mana keadaan kalau berada di tempatnya?
Keajaiban Dunia
Antara keajaiban dunia yang ketujuh yang tidak tercatat di mana-mana kitab adalah instinct seorang isteri. Memang ajaib. Perasaan yang tidak semena-semena yang dikurniakan Allah ini adalah rahmat untuk para isteri bagi menghidu hal yang tidak baik sedang berlaku.
Terutama apabila si suami berlaku curang dan khianat terhadap isterinya yang setia. Akan ada sahaja bantuan Allah membuktikan kejahatan yang disorok.
Pernah beberapa wanita sebelum ini bercerita bagaimana skandal suaminya terkantoi tanpa mereka syak apa-apa pada mula-mulanya. Tambah-tambah dapat suami alim-alim kucing, memang 100% lah percaya bulat-bulat kealiman si suami tu.
Ada yang si suami tertinggal laptop, si isteri terdetik nak godek-godek laptop suami kerana datang instinct yang tak sedap. Tiba-tiba dengan mudah-mudah terkantoi video-video seks suami di ranjang dengan wanita lain!
Ads
Ada yang kantoi join WhatsApp group rumah urut, si isteri dok perhati je perbualan wasap kawan-kawan suami yang promote rumah urut batin yang bagi ‘servis’ tip top. Akhirnya, kantoi gambar bogel suami dgn seorang pelacur. Fully naked penuh berahi! Gila!
Ada yang install apps WhatsApp tracker untuk track perbualan wasap suami sebab ada instinct si suami dah tak semesra dulu. Jarang balik dan selalu nak lekas-lekas keluar.
Melampau betul bila si isteri dapat baca semua perbualan whatsApp suami dengan seorang wanita dengan perbualan-perbualan seks antara mereka. Siap share gambar-gambar horny masing-masing.
Paling tragis, siap caught red handed si suami tengah berasmara dengan wanita lain di bilik tidur sendiri. Yes, i still can remember cleary this lady. She just can’t stop crying telling all those shits.
Kalau saya mahu listkan memang boleh buat novel cerita kantoi si suami curang hanya dengan instinct seorang isteri.
Kalau setakat kantoi cop passport ke Thai tu common sangat. Ala yang cakap pergi kursus tapi kantoi pergi kahwin adalah taktik lemau silibus nenek moyang dulu. Tapi ada juga yang tak kantoi-kantoi sampai meninggal dunia.
Ads
Bila time nak bahagi pusaka tengok-tengok ada bini dan anak-anak lain yang tuntut pusaka?
Tunggu Masa
Jangan ingat Allah akan biarkan si isteri terus dikhianati. DIA hanya menunggu masa yang tepat dan mengatur perancangan klimaks plot kejatuhan kehidupan dengan segala kejahatan yang suami sorokkan selama ini.
Bila tiba masa itu, suami pasti menyesal kerana hati isteri bukan sekadar retak tetapi telah hancur dan takkan mungkin bercantum lagi. Meski dia masih sanggup menerima semula, hidupnya akan terus dihantui wajah masa lalu yang menyakitkan.
Bagi wanita, sentiasa berdoa kepada Allah supaya disingkapkan kebenaran. Mohon bantuan Allah agar diberikan kekuatan untuk keluar daripada perkahwinan yang sebegini. Barangkali Allah sedang sediakan kehidupan yang lebih baik.
Mingguan Wanita : Hebat dan kuatnya seorang wanita ciptaan Allah. Ada yang lebih baik menunggu…
Sebelum ada anak, ‘dating’ berdua, keseronokannya lain. Tapi bila dah ada anak, rasa pelik pula bila keluar berdua. Tak kisahlah keluar berdua ke mana pun. Sunyi saja.
Tanyalah mana-mana mak ayah, mesti rasa pelik bila kluar berdua tanpa anak. Kecualilah kalau ada hal yang tidak dapat dielakkan. Tapi, kalau nak pergi dating berdua, macam tak sesuai dan pelik.
Mulalah rindu anak-anak di rumah dan rasa nak cepat saja balik ke rumah. Semua agenda tergendala. Seronok lagi dating beramai-ramai dengan anak.
Inilah juga dialami dan perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi perihal ini. Memang betul pun. Nanti pasangan yang ada anak akan raslah apa yang dia sendiri rasa.
Biasanya hari Sabtu atau Ahad aku dan puan isteri akan hantar 2 anak autism kami pergi buat terapi di pusat terapi.
Masa menunggu lebih kurang 1 jam kami merayau berdua-duaan.
“Nak ke mana ni bang?” Soal puan isteri.
“Entah lah”
Memang tak ada idea nak ke mana dan nak buat apa.
Jadi kami ronda-ronda saja. Itulah, kalau ibu bapa yang ramai anak ni dah tentu rasa ralat saja kalau berdua. Nak ke mana-mana pun mesti nak bawa juga anak-anak.
Pernah juga kami pergi kursus hanya berdua. Pergilah pantai berdua tanpa anak-anak.
Jalan pegang tangan berdua-duaan, orang pandang, rasa tak tenang. Adahal kami ni dah kahwin 20 tahun.
Aku pandang dia, dia pandang aku. Last-last balik.
Nak dating-dating berdua saja memang rasa lain macam. Rasa tak cukup tanpa anak-anak. Sunyi semacam.
Aku rasa kau orang yang dah ada anak-anak pun rasa begitu.
Mingguan Wanita : Betul sangat, bial dah anak anak, segalanya tertumpah kasih sayang pada mereka. Memang kena ada we time dengan pasangan tapi tengok keadaan tertentu. Takutnya we time tak sampai ½ jam dah balik. Sebabnya ingat kat anak-anak dan rasa sunyi tanpa riuh rendah anak.
Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru sahaja aku bergambar dengan 4 orang anak, itu pun aku sudah merasakan betapa meriahnya rumah.
Bukan sekadar meriah dengan sorak dan usik mengusik adik beradik tetapi meriah dengan suara ‘tarzan’ mamanya. Mana tidaknya, yang sulung mengejek adik no 2, abang no 2 mengacau adik no 3. Kakaknya pula mengusik adik no 4. Paling kecil, no 5 hanya mampu terkebil-kebil mata. Mungkin dalam fikirannya ‘tunggu bila adik dah boleh berjalan yer’.
Mungkin orang di luar sana menganggap hidup di bandar raya ini, 3 orang anak sudah memadai. Tapi bagi aku, semua ini sudah diatur oleh Allah dan ini jugalah yang dikatakan rezeki anak-anak.
Itu pun bila waktu malam setiap kali melihat raut wajah anak-anak, aku kira satu persatu anak… semuanya 5 orang. Rasanya masih belum cukup ramai lagi nie. Tak pe, cukuplah dengan apa yang Allah berikan ini. Selebihnya aku perlu menjaga amanah yang Allah berikan sebaiknya, walaupun kadang2 terpaksa mengeluarkan suara ‘tarzan’ dan tangan ‘gatal’ mencecah kulit anak, bila mereka tidak mendengar kata.
Jarak umur mereka pun antara 2-3 tahun tapi yang paling dekat adalah no 4 dan 5. Semua tanpa dirancang. Jika sebelum ini, setiap kali hari raya, kami sekeluarga mesti bergambar bersama. Contohnya sebelum ini, 2 kali raya, jumlahnya tetap sama. Tup-tup tahun 2017, kami bertujuh berpakaian sedondon, sedangkan kami baru sahaja bergambar 6 orang tahun lepas.
Tidak kurang juga yang kata ‘kesian’ abang, kecik-kecik dah ada adik. Tak mengapa, nanti mereka akan sama-sama membesar. Boleh jadi orang ingat mereka kembar nanti. Seronoknya, sebelum bersalin anak ke 5, aku sudah belikan baju raya warna sedondon dengan abang-abangnya. Inilah dinamakan rezeki anak-anak. Sayang anak mama.
Panduan Urus Anak Ramai
Menjerit dan berleter itu sudah perkara biasa bagi mak-mak. Belum masuk suara anak-anak menangis dan bergaduh sesama mereka. Ada beberapa tip untuk anak mengurus anak yang ramai.
1. Ajar Berdikari
• Bagi panduan pada anak yang besar untuk melakukan kerja rumah sendiri. Bagi anak yang masih kecil (2-3 tahun) ajar perkara yang sesuai dengan umur mereka. Contohnya, buang pampers di dalam tong sampah atau baju kotor di dalam bakul.
2. Asingkan Pakaian
• Bila anak dah ramai, pakaian kotor pun menimbun. Jadi, untuk memudahkan kerja, mak-mak boleh asingkan pakaian. Contohnya, untuk anak yang masih kecil (0-2 tahun), mak-mak basuhkan sekali. Asingkan baju basahan di rumah, baju kerja dan baju anak-anak. Ini belum termasuk baju sekolah anak-anak lagi.
3. Menu Ringkas
• Bila masa bekerja, memang tidak sempat untuk memasak. Jawabnya ‘masak’ di kedai. Tapi mak-mak boleh rancang menu ringkas seminggu dan mampu membuka selera anak-anak.
4. Aktiviti Bersama
• Bila anak ramai, sudah tentu masing-masing akan mengharapkan satu sama lain. Jadi, untuk jimatkan masa, anak-anak yang sudah besar sudah boleh diminta bantuan. Sulung, jemur pakaian, anak kedua, buang sampah, anak ketiga kemas mainan, anak ke 4 dan 5 pula, sudah tentu sepahkan mainan.
5. Baju Sama Warna
• Sesetengah mak-mak suka beli pakaian yang sama corak dan warna. Bezanya hanya pada saiz. Tapi bagi saya, lebih suka beli warna pakaian yang sama dengan corak berbeza. Sekurangnya, bila adiknya dah besar sedikit boleh guna pakai semula. Tak adalah nampak baju corak dan warna yang sama. Jimat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Diserang penyakit misteri, suami mohon doa Nadya Syahera diberi kesembuhan. Kasih sayang dari ikatan suci suami isteri begitu kukuh, siapalah yang mahu melihat isteri kesayangan dalam keadaan sakit.
Diserang Penyakit Misteri, Suami Mohon Doa Nadya Diberi Kesembuhan
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram suami kepada pelakon Nadya Syahera, Mohd Hafizul Md Nawi atau Fizul memohon doa agar isteri kesayangannya pulih dari kesakitan.
Seperti mana yang dimaklumkan, menerusi perkongsian terdahulu, Nadya diserang penyakit misteri sejak tiga minggu lalu.
“Semoga Allah memberi kesembuhan kepada isteri saya.
“Alhamdulillah dia dah kenal diri dia sebenar. Syukur alhamdulillah,” tulis Fizul.
Beberapa jam lalu, Fizul juga berkongsi yang isterinya sudah boleh berjalan.
“Alhamdulillah dia dah boleh berjalan,” luah Fizul penuh kesyukuran.
Doakan Agar Isteri Kuat
Malah seperti mana yang dikongsi sebelum ini menerusi akaun Instagram (IG) Story miliknya, Fizul juga mendoakan agar isteri kembali sihat seperti sedia kala.
“Doakan isteri saya semoga sihat kembali seperti sedia kala.
“Sudah hampir tiga minggu dia tak berapa sihat.
“Minggu ini paling teruk, diserang penyakit misteri. Allahuakbar. Doakan supaya dia kuat, dapat makan dan minum seperti biasa,” kongsinya.
Nadya Dalam Keadaan lemah & Dimasukkan Air
Selain itu, Fizul juga menerangkan isterinya disahkan oleh hospital tidak mengalami sebarang penyakit namun berada dalam keadaan lemah dan dimasukkan air.
“Minggu lepas dah pergi hospital, masuk air 5 hari perubahan makin okay sebab dah masuk air. Sakit tiada,” tulisnya.
Nadya dan suami berkahwin pada 25 September 2015, hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Fizul Nawi & Instagram Nadya Syahera
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan