Perjalanan Tilmizah Sholihah terhenti pada minggu ketiga program Akademi Qurra 2024 sekaligus menjadi peserta pertama tersingkir pada program tersebut yang ditayangkan di TV Alhijrah, semalam.
Nurul Sholihah Shahrudin
Tilmizah Sholihah, 24, atau nama sebenar Nurul Sholihah Shahrudin sebelumnya diumumkan berada pada kedudukan dua terbawah bersama Tilmizah Athiyyah apabila masing-masing mendapat markah 78.75 peratus dan 79 peratus.
Sholihah yang tidak dapat menahan kesedihan atas penyingkiran itu berkata, dia sudah mencuba sehabis baik.
“Saya sudah cuba sehabis baik. Pada awalnya saya agak risau dengan keadaan diri yang belum bersedia untuk tugasan demi tugasan. Sebab saya nak mencuba dan belajar banyak lagi daripada Mudarrisah Suhailah Zulkifly. Namun, bukan rezeki saya di sini. Insya-Allah, saya cuba cari peluang di luar pula dan takkan putus asa.
Perjalanan Tilmizah Sholihah Terhenti Di Minggu Ke 3
Ads
“Sejujurnya memang sedih bila diumumkan tersingkir. Bagi saya tempoh tiga minggu ini belum cukup. Masih banyak lagi nak belajar terutama taranum. Lagi pula, saya akui kelemahan dari segi tajwid dan fasohah. Itu yang pertama saya nak capai,” katanya.
Sementara itu, Tilmiz Amnan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Alunan Terindah apabila mendapat markah tertinggi iaitu 96.5 peratus sekali gus membawa pulang wang tunai RM500 beserta rehal.
Markah Tertinggi
Tilmiz Amnan dinobatkan selaku pemenang Anugerah Alunan Terindah pada minggu ketiga Akademi Qurra 2024 minggu ketiga.
Menjadi peserta pertama yang konsisten mendapat markah tertinggi buat dua minggu, Tilmiz Amnan, 21, atau nama sebenar Muhammad Amnan Muhammad Sani berkata,
bukan mudah untuk mengekalkan momentum apatah lagi cabaran yang diberikan setiap minggu semakin sengit.
“Alhamdulillah atas anugerah ini. Saya akui bukan mudah untuk mencuit hati juri untuk memenangi Anugerah Alunan Terindah. Malah, mendapat markah tertinggi juga satu ujian kerana orang akan meletakkan jangkaan yang tinggi setiap kali persembahan kita, jadi tekanannya agak tinggi.
Ads
“Mungkin kekuatan saya dari sudut lagu dan irama kerana setiap lagu perlukan penghayatan, bukan hanya dari segi taranum. Cuma saya perlu mencari tahap ketinggian suara supaya lebih selesa setiap kali bacaan,” katanya yang pernah menjadi Johan Tilawah Kebangsaan sewaktu sekolah rendah dan sekolah menengah.
Menurut penerbit Akademi Qurra 2024, Saifulizzam Mohd Lizah, selepas tiga minggu bersiaran, pihak produksi memutuskan untuk menyingkirkan seorang peserta dan cabaran selepas ini akan menjadi lebih sukar.
Ads
“Saya akui keputusan untuk singkirkan seorang peserta sangat perit untuk kami lakukan. Lagipun perbezaan markah Tilmizah Sholihah dan Tilmizah Athiyyah hanya satu mata sahaja. Kami sendiri tidak menyangka Keputusan ini kerana Tilmizah Sholihah agak konsisten pada minggu pertama dan kedua.
“Majlis syura akan menilai peserta dan tugasan selepas ini akan lebih sukar. Mungkin masa bacaan akan bertambah dengan dua taranum,” katanya.
Dihoskan oleh Raqib Majid, Akademi Qurra 2024 turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.
Program yang ditayangkan pada setiap Sabtu jam 9 malam itu menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim serta juri jemputan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rindu bapa ini masih bersisa. Baru empat hari, permata hatinya, Muhammad Sher Harraz seusia empat bulan meninggalkan ayahnya, Hazmeer Hassan (pelawak Chot) dan ibunya, Siti Zafirul Azzah Moh Idris.
Dan kala kerinduan datang bertamu, doa mak ayahlah jadi peneman anak syurga ini. Bermain-main di taman syurga Ilahi.
Malah itulah yang diharapkan ibu yang ditinggalkan ini. Sebagaimana kongsi ibunya beberapa hari lalu di instagram.
“Baru lepas ziarah anak syurga. Mommy, daddy rindu Sher Harraz. Kalau nak tahu, Sher Harraz sebelah kubur dengan pakcik Mommy.”
“Bermain-mainlah sayang dengan adik mommy. Hanya doa kami kirimkan pada awak sayang.” luah ibu yang dalam kerinduan ini.
Ketika mengimbas memori lalu inilah pelawak Chot dari kumpulan XOXO ini berkongsi satu berita sedih. Memori yang memberinya petanda awal akan pemergian anak kesayangannya.
Tentang hadiah kemenangan berupa set kelengkapan jenazah yang diterimanya beberapa bulan lalu.
“Waktu ini saya dinobatkan juara bagi pertandingan ‘PENCARIAN DJ MELAKA FM’. Kami dihadiahkan dengan set kelengkapan jenazah.”
“Waktu ini isteri saya masih sarat lagi mengandung. Sekitar 3 ke 4 bulan lagi waktu ni.”
“Kami baru sedar ada hikmahnya hadiah utama di saat itu. Rupa-rupanya PAKAIAN PERTAMA DAN TERAKHIR BUAT ANAKANDA KAMI.”
Benarlah kehadiran setiap anak itu ada rezekinya. “Terima kasih anakku sebab bagi mommy dan daddy rezeki juara dan ada di tahap ini.”
“Sesuatu yang tak mudah nak dilupakan.” Zahir Chot dalam instagram miliknya semalam.
Dan ketika ditemubual mstar, penyampai radio Melaka FM ini memaklumkan yang set kelengkapan pengurusan jenazah itu tak sempat digunakan untuk menguruskan jenazah anaknya.
Namun, Chot percaya itulah hadiah yang Allah mahunya simpan sebagai kenangan untuknya mengingati cinta hatinya mereka.
Alhamdulillah dan tahniah buat pasangan pelakon Shaheizy Sam,36 dan Syatilla Melvin 27 yang baru sahaja mengumumkan telah mendapat anak kedua. Pelakon Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan pukul 9.15 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.
Berita gembira tersebut dikongsi di laman Instagram miliknya yang berkongsi gambar ketika berada di dalam bilik bersalin dengan meluahkan rasa syukur kerana keadaan bayi sihat dan selamat, serta berterima kasih dengan kehadiran suaminya, yang menemani disisi saat kelahiran.
Tidak Lagi Bertiga
Menerusi Instagram Shaheizy Sam pula, pelakon Polis Evo 2 ini turut memuat naik beberapa posting memberitahu mereka kini tidak lagi bertiga dan kini sudah mempunyai empat ahli keluarga.
‘Hadiah’ Hari Lahir Mommy
Bukan itu sahaja, istimewanya anak perempuan yang baru lahir ini juga berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan ibu Sam, Khaty Fauziah iaitu 17 April. Sambil berseloroh, Sam menyatakan kelahiran anaknya merupakan ‘hadiah’ hari lahir buat ibu tersayang yang tak dapat dijual beli.
Rakan Artis & Followers Ucap Tahniah
Para followers dan rakan artis turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah atas kelahiran anak kedua pasangan ini. Antaranya Uyaina Arshad, Puteri Aishah, Chef Zam, Fadzil Zahari, Tya Arifin, Rebecca Nur Al Islam, Azza Elite, Sharnaaz Ahmad, Yana Samsudin, Ghaz Abu Bakar, Pablo Amirul dan ramai lagi.
Terdahulu, Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy 2 tahun.
MW: Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran anak kedua. Semoga ibu dan bayi kekal sihat serta dipermudahkan sepanjang tempoh berpantang.
Datuk Siti Nurhaliza taja 20 pasangan program IVF, warga maya puji usaha murni bantu usaha miliki zuriat. Anak adalah penyeri rumah tangga selain penyambung zuriat dalam sesebuah perkahwinan.
Datuk Siti Nurhaliza Taja 20 Pasangan Program IVF, Warga Maya Puji Usaha Murni Bantu Usaha Miliki Zuriat
Bagaimanapun bukan semua pasangan yang berkahwin melalui jalan mudah untuk memiliki zuriat. Ada pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun namun masih belum berpeluang memiliki zuriat.
Persenyawaan in vitro (IVF) adalah usaha buat pasangan memiliki zuriat. Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @nurjiwafoundation
Video berkenaan memaparkan Tokti yang memberi tahu bahawa di bawah yayasan Nurjiwa Foundation akan mengadakan program IVF bagi 20 pasangan yang telah berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata.
Assalamualaikum, kami ingin berkongsi berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai zuriat untuk menyertai Program IVF Nurjiwa. Anda boleh semak kelayakan seperti berikut:
Kriteria Kelayakan: – Warganegara – Pendapatan bulanan bersama tidak melebihi RM6000 – Tempoh perkahwinan melebihi 5 tahun – Umur isteri hendaklah 36 tahun kebawah – Lulus pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre (Kos pemeriksaan adalah tanggungan sendiri)
Permohonan adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja.
Daftar sekarang di: [https://forms.gle/AofVeCKGwhdQPgVJA]
@nurjiwafoundation Assalamualaikum, kami ingin berkongsi berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai zuriat untuk menyertai Program IVF Nurjiwa. Anda boleh semak kelayakan seperti berikut: Kriteria Kelayakan: – Warganegara – Pendapatan bulanan bersama tidak melebihi RM6000 – Tempoh perkahwinan melebihi 5 tahun – Umur isteri hendaklah 36 tahun kebawah – Lulus pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre (Kos pemeriksaan adalah tanggungan sendiri) Permohonan adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja. Daftar sekarang di: [https://forms.gle/AofVeCKGwhdQPgVJA] #YayasanNurjiwa#IVFNurjiwa#SempurnakanSebuahCinta#AlhayaFertilityCentre♬ original sound – Siti Nurhaliza
Rata-rata ramai warga maya terpegun dengan video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa program yang dibuat oleh Tokti bersama suaminya di bawah yayasan tersebut akan memberi sinar baru dalam kehidupan pasangan yang kurang berkemampuan tetapi teringin untuk memiliki zuriat.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!