Ada sebabnya bagi perjalanan jauh dan memandu seorang diri seeloknya setkan masa ‘live location’ di whatsapp dan kongsikan dengan keluarga mahupun rakan terdekat.
Bukan apa, memandu adakalanya memang cukup meletihkan, lebih-lebih lagi jika jarak perjalanan jauh dan memandu seorang diri. Lebih membahayakan apabila kawasan yang dilalui merupakan kawasan terpencil atau sunyi.
Ini kerana malang tidak berbau, semoga ia dapat memudahkan urusan nanti bagi mengenal pasti dan mengesan lokasi jika berlaku sebarang kemalangan mahupun kejadian yang tidak diingini.
Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.
Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).
Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.
Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:
1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.
Ads
2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas).
3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).
4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak).
Ads
5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.
6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.
Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.
Ads
Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.
Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
#NotaKesihatanDrKamarul
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat yang sering memandu seorang diri, dalam perjalanan jauh seeloknya guna ‘live location’ di WhatsApp ini dan kongsikan dengan keluarga mahupun rakan terdekat. Bukan apa, malang tidak berbau semoga ia memudahkan urusan nanti bagi mengenal pasti dan mengesan lokasi jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Setiap individu pasti akan melalui fasa penuaan apabila tiba waktunya. Namun perkara tersebut tidak sama dilalui oleh wanita ini, yang kelihatan lebih tua daripada usianya yang sebenar.
Tak terbayang perasaan apabila menghadapi keadaan sebegini. Walaupun usia masih muda, tapi keadaan fizikal tua, mengalami kulit kendur, berminyak dan sendi otot lemah.
Dermatosparaxis Ehlers-Danlos Syndrome (EDS)
Seorang model kelihatan lebih tua daripada usianya apabila kulitnya kendur akibat menghidapi penyakit Dermatosparaxis Ehlers-Danlos Syndrome (EDS).
Meskipun terkejut dengan perubahan drastik kulitnya, Sara Geurts, 28, tidak menjadikan penyakitnya halangan untuk menjadi seorang model dua tahun lalu.Gadis dari Minneapolis, Minnesota memiliki kulit yang lembut, kendur, berminyak selain sendi ototnya lemah akibat penyakit itu.
Memulakan kerjayanya pada 2017, Sara memberitahu, dia sentiasa positif dan sering memuat naik gambarnya di media sosial hingga mendapat perhatian netizen.
Kesihatan Merosot
Sara kini memiliki peminatnya tersendiri dan hampir 80,000 pengikut di Instagram miliknya. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, kesihatannya Sara semakin merosot.
“Saya tidak lalu makan hingga hilang berat badan kira-kira enam kilogram. Ramai kenalan mengambil berat tentang saya. Mereka risau melihat saya kurus,” katanya mengetahui penyakit itu ketika usia 17 tahun.
Katanya, ketika berada di sekolah, dia sedaya upaya menyembunyikan perubahan drastik anggota badannya dan mengelakkan dari menjadi mangsa buli.
“Saya tidak mahu rakan tahu penyakit saya dan tidak berminat untuk memberitahunya.
“Namun ketika usia 22 tahun, saya mula sedar sampai bila saya perlu sembunyikan penyakit ini, hinggalah pada tahun 2015, saya memuat naik gambar di ‘Tumblr Page’ ‘Love Your Lines’.
“Maklum balas sangat luar biasa dan lebih 25,000 individu menyukainya,” katanya.
MW: Kasihannya, namun kagum dengan semangat wanita ini.Tetap yakin dan positif dalam menghadapi kekurangan diri.
Biar Allah membalasnya, diam adalah kunci kekuatan, isteri reda dicerai lepas 2 minggu kahwin. Jika sebelum ini ramai mengucapkan tahniah kepada pasangan bekas maknyah dan bekas pengkid yang mengambil keputusan berkahwin dan mendoakan agar perkahwinan mereka kekal hingga jannah.
Ini kerana lima hari berkenalan, keduanya ada perasaan untuk mendirikankan rumahtangga. Bahkan perkahwinan Danny dan Nur Azera Fatehah Abdullah 22 tahun sangat meriah. Namun jodoh keduanya tidak lama, hanya mampu bertahan dua minggu sahaja sebelum Danny dilihat membuat kenyataan akhbar dirinya sudah menceraikan Yan, isterinya itu.
Biar Allah Membalasnya, Diam Adalah Kunci Kekuatan
Dalam satu kenyataan semalam, Adam atau mesra disapa Danny berkata, dia sudah memujuk bekas isterinya tetapi dia mahu dilepaskan, jadi saya lepaskan, dakwanya dalam temubual tersebut.
Namun di sebalik kisah itu, bekas isterinya, Nur Azera memuat naik satu video penceramah yang mengatakan orang yang berbuat buat kepada kita, Allah yang akan membalasnya. Bahkan Yan turut menulis di Tik Toknya @nrazraftah.
@nrazrafthahSABAR SAYA DIAM SAYA ITU LAH KUNCI KEKUATAN SAYA UNTUK MENGHADAPI ALLAH ,BIAR LAH TAKBUR DENGAN FITNAH APA ORANG SAMPAI KAN PADA SAYA ,SAYA REDHO SUATU HARI NANTI BIAR ALLAH YANG AKAN MEMBALAS NYY AMIN ,SAYA DIAM ITU ADLH KUNCI BAGI SY BIAR ALLAH SENDIRI YANG ATUR KAN CUKUP SAYA SUJUD MINTA PADA ALLAH APA YANG TERJDI DLM HDP SAYA 🙂♬ bunyi asal – a
Isteri Reda Dicerai Lepas 2 Minggu Kahwin
“Sabar saya diam. Itulah kunci kekuatan saya untuk menghadapi Allah. Biarlah takbur dengan fitnah apa orang nak sampaikan kepada saya.
“Saya redha. Satu hari biar Allah yang membalasnya, amin.
Tambah Yan lagi, diam itu adalah kunci bagi dirinya. Katanya lagi, biar Allah yang mengatur segalanya. Cukup saya sujud meminta pada Allah, apa yang terjadi dalam hidup saya,” katanya.
Sensasi! Wanita miliki 4 suami! Yakin perkahwinan sebelumnya telah bubar dengan sendiri tanpa daftar ke mahkhamah. Akhirnya hanya berkahwin 2 minggu sebelum suami memfailkan faraq perkahwinan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Putera Mateen bakal bernikah pada 11 Januari 2024, pilih gadis cantik Dayang Anisha Isa. Putera ke 10, Sultan Brunei Darussalam, Putera Abdul Mateen Sultan Haji Hassanal Bolkiah bakal menamatkan zaman bujangnya pada 11 Januari 2024.
Memilih kekasih hatinya yang cantik menawan, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam, majlis perkahwinan DiRaja ini akan bermula dari 7 Januari sehingga 16 Januari 2024.
Putera Mateen Bakal Bernikah Pada 11 Januari 2024
Pasangan ini memilih bernikah pada 11 Januari di mana sebelum itu pada 9 Januari keduanya akan mengikat tali pertunangan. Majlis bersanding Pengantin Di Raja pula akan diadakan pada 14 Januari 2024 di mana bakal pasangan pengantin ini akan dibawa berarak mengelilingi Bandar Seri Begawan.
Dalam pengumuman rasmi oleh Kerajaaan Brunei Darussalam semalam majlis perkahwinan DiRaja ini akan bermula dengan penuh kemeraihan selama 10 hari berturut-turut bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh DiRaja dan diikuti penutupnya pada 16 Januari 2024 iaitu Majlis Istiadat Membaca doa selamat dan menutup gendang Jaga-Jaga.
Hubungan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Anisha Rosnah Isa Kalebic ini mula dikesan pada 2022 di mana kelibat Anisha sering dilihat bersama Putera Mateen.
Putera Mateen dan Danial (kiri) merupakan kawan rapat
Perkenalan pasangan sama cantik sama padan ini bermula pada 2020 di mana abang kepada Anisha, Danial Deen Isa merupakan kawan rapat kepada Putera Mateen di mana keduanya gemar bermain bola sepak.
Pilih Gadis Cantik Dayang Anisha Isa
Kelibat mereka sering dilihat bersama termasuk di majlis perkahwinan di Raja sebelum ini iaitu pada majlis Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah bersama Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar yang diadakan pada 15 Januari di Istana Nurul Iman.
Memiliki rupa paras cantik menawan, Dayang Anisha yang juga cucu kepada penasihat negarawan Brunei iaitu Pehin Dato Haji Isa Awang Ibrahim ini mempunyai perniagaan dalam sektor fesyen dengan nama produk Slik Collective di usahakan bersama rakan baiknya.
Lulusan luar negara dari universiti terkenal di England, pemilik wajah cantik ini seorang wanita yang aktif dan dilihat sering ke luar negara bahkan kelibatnya sering dilihat di sisi Mateen yang menguatkan lagi keduanya mempunyai hubungan.
Apa yang pasti, Putera Mateen yang bakal berusia 30 tahun pada tahun hadapan sudah dimiliki dan pastinya ramai gadis patah hati. Moga perkahwinan DiRaja ini kekal till jannah.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...