Perjalanan Ibu Menghantar Anak Ke Sekolah Berakhir Tragedi, Dua Anak Parah Kenderaan Bertembung Axia

Share

Perjalanan  ibu menghantar anak ke sekolah berakhir tragedi, dua anak parah kenderaan bertembung Axia. Innalilahiwainailahirojiun. Kepada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.

Rutin seorang ibu yang juga suri rumah menghantar anak-anak ke sekolah berakhir tragedi selepas kenderaan Viva dinaikinya bertembung dengan Axia yang hilang kawalan. Dalam kejadian menyedihkan ini, Nor Hayati meninggal di lokasi kemalangan dan dua dari empat anaknya mengalami kecederaan parah sementara dua lagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan Renggam.

Perjalanan Ibu Menghantar Anak Ke Sekolah Berakhir Tragedi

Memetik laporan Harian Metro, seorang ibu yang dalam perjalanan menghantar empat anaknya ke sekolah maut selepas Perodua Viva dipandunya terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 77, Jalan Johor Bahru – Air Hitam, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, mangsa dikenali sebagai Nor Hayati, 45  yang juga seorang suri rumah maut akibat parah di dada dan kaki dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu.

Katanya, manakala anaknya, Muhammad Asyraff Putra, 6, yang duduk di tempat duduk hadapan dan Muhammad Azzam Putra, 8, di tempat duduk belakang, parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Perodua Viva dinaiki remuk dan mengorbankan Nor Hayati di lokasi kemalangan sementara dua dari anaknya parah dan dua lagi menerima rawatan di klinik kesihatan. Gambar Bomba Renggam

Dua Anak Parah Kenderaan Bertembung Axia

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari Simpang Renggam menghala Air Hitam bertembung dengan Perodua Axia yang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Perodua Axia kemudian berpusing dan masuk semula ke laluannya dan berlanggar dengan lori Nissan.

“Pelanggaran itu menyebabkan pemandu Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anaknya, Muhammad Asyraff Putra mengalami pendarahan dalam kepala, perut dan patah tangan kiri manakala abangnya, Muhammad Azzam Putra, disyaki alami pendarahan dalam kepala dan patah peha kiri,” katanya ketika dihubungi.

Bahrin berkata, dua lagi anak Nor Hayati, Putri Ainnur Umairah, 9, cedera di kaki kiri manakala Muhammad Airell Putra, 16, cedera di kepala, kaki kiri dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Renggam.

Katanya, pemandu dan penumpang Perodua Axia turut cedera dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- [VIDEO] Tengah Berbincang Cara Mengelak Kemalangan, Ibu Dua Anak Terkejut SUV Dirempuh Treler

“Halalkan Semuanya Ibu, Sebenarnya Saya Sudah Mati,” Kata Akhir Anak Maut Kemalangan Jadi Kenyataan

Susul Ke Syurga, Bayi Lelaki Hanya Mampu Bertahan 4 Hari Selepas Ibu Sarat Mengandung Maut Kemalangan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Rahsia Awet Muda Anne Ngasri
Datin Anne Ngasri ni wajahnya maintain je awet muda! Antara tip jaga makan tau! Walau kecil molek Anne dah ada anak usia remaja ya!

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros