Peritnya kehilangan ayah sejak dari kecil, begitulah luahan pelakon Anita Baharom. Sebelum ini Anita pernah berasa bimbang dan berharap agar anak-anak tidak mengalami nasib sama sepertinya yang hilang ayah ketika berusia 12 tahun, namun takdir menentukan segalanya dan ia menjadi nyata.
Seperti yang diketahui umum, suaminya Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, 50, telah dijemput Ilahi pada 1 Januari lalu. Namun dia dan anak-anak reda dengan ujian Allah dan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
Diam tak diam perkongsian hidup selama 16 tahun bersama arwah suami sememangnya sukar dilupakan apatah lagi arwah meninggal dunia secara mengejut ketika tidur di kediaman mereka.
Tidak pernah sesaat ibu tunggal ini bersama anak-anak iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8, melupakan momen terindah bersama arwah suami.
Malah seperti mana yang dilaporkan BH Online, Anita terpaksa menerima perkara yang paling membimbangkan dalam dirinya iaitu agar anak-anak tidak mengalami nasib sama sepertinya yang hilang bapa ketika berusia 12 tahun, menjadi nyata.
Menceritakan detik ketika arwah suami masih ada, dia pernah membawa anak sulunganya menziarahi kubur arwab bapa dan bercerita tentang keperitan hidupanya kehilangan bapa sejak kecil.
“Ibu hilang suami ketika berusia 40-an. Tidak sangka rupa-rupanya, saya ikut jejak langkah ibu hilang suami pada usia muda, malah, lebih muda daripada ibu,” luahnya.
Mengimbau kenangan sebelum pemergian arwah ke negara abadi, Anita menyatakan arwah suaminya mengidap penyakit kencing manis. Namun arwah suami sihat sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Sebenarnya, banyak petanda suami akan tinggalkan kami tetapi saya tidak perasan.
“Antaranya, suami tidak bersetuju menjual rumah yang kami diami. Arwah kata bukan mudah untuk membeli rumah baharu ketika hartanah semakin mahal.
“Arwah juga selalu meminta saya menunggunya hingga mati. Ketika menyaksikan persembahan Aina Abdul, baru-baru ini, di mana suami menjadi pengurus pentas acara itu, saya tergerak hati merakamkan video.
“Tidak sangka itu rakaman video terakhir arwah yang saya simpan,” sambungnya.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga kini sudah bersedia untuk kembali bekerja demi demi mencari pendapatan.
Malah Anita juga rasa bersyukur kerana ada rakan rapat yang menawarkan diri menjaga anak-anak jika dia sibuk jalani penggambaran.
Menarik Disini : Selepas Berkahwin, Wanita Ini Sanggup Derma Buah Pinggang Kepada Bekas Isteri Suami
Tiga Tahun Anita Baharom Alami Sakit Lupus, Pernah Tak Mampu Berjalan
Mingguan Wanita: Semoga Anita terus tabah harungi kehidupan sebagai ibu tunggal.
Sumber : BH Online
Sumber / Sumber Foto : Instagram Anita Baharom
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita