“Perih Terima Sebuah Kenyataan’ Inikah Jawapan Teka Teki Sakit Kanser Ardell Aryana

Share

Sejak semalam para peminat Ardell Aryana terus mendoakan pelakon kecil molek itu dalam instagram miliknya. Memberi kata-kata semangat dan sokongan yang tidak putus-putus. Adakah ketika ini pelakon manis kesayangan ramai ini sedang sakit?

Seperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam, pelakon Hati Perempuan Nadzmi Adhwa memaklumkan yang Ardell Aryana atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin sedang sakit.

Daripada komen para peminat Ardell di laman instagramnya, ada yang memaklumkan Ardell sedang sakit kanser tahap 3. Ini komen balas yang peminatnya kongsikan selepas Ardell berkongsi satu status sayu daripadanya.

Perkara yang perih adalah menerima sebuah kenyataan. Bertahun menerima sebuah kenyataan tidak mungkin kau mula menyerah sekarang! Tetap bersemangat walau beribu kali engkau rebah lutut & tapak tangan jatuh ke tanah. Kerana tanah dan kita akhirnya bersama

.”

Ardell terus berkongsi lagi akan sebuah harapan kepada para followernya. “Dan apabila bersoal tentang HARAPAN. HARAPAN itu boleh dibina tapi tidak dengan BERHARAP. Kerana jika engkau terlebih berharap, lebih dari membina sebuah harapan ‘engkau akan kecewa’ dengan 1 kemungkinan yang takdirnya berbeza dengan apa yang engkau berharapan.”

Tidak mengapa untuk BERSERAH, asalkan tidak MENYERAH!”

Sampai hari ini, Ardell masih belum berkongsi jawapan balas tentang penyakitnya seperti yang dimaklumkan teman akrabnya dan para peminatnya itu.

Tolong Doakan Kesihatan Ardell Aryana – Nadzmi Adhwa

Sebelumnya dalam laporan Sinar Harian, Nadzmi yang mulai rapat dengan Ardell selepas bergandingan dengan drama Namaku Bedah (2015) ada membuat Instagram Live (IGLIVE). Beliau berkongsi dan memberi sokongan semangat kepada Ardell.

Weh @ardellaryana aku tak kira macam mana sekalipun kau kena kuat. Aku tahu kau tengah sakit. Lawan sakit tu jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan.

Kau kena kuat teruskan perjuangan. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. buat je theraphy tu. kau buat je teraphy walaupun aku tahu sakit kau kena buat. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.

Jangan takut pasal theraphy tu badan kau lagi kuat dari besi . kau boleh punya. Aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan kesihatan @ardellaryana ya #MakCikBawang

,” coret Nadzmi.

Apa pun ujian yang Allah beri buat Ardell Aryana, MW doakan Ardell terus kuat menempuhinya. Ujian sakit ini tanda Allah sangat mencintai dan mengasihi hambaNya. Hanya insan terpilih yang Allah berikan anugerah istimewa sebegini. Moga Allah memberi ruang kesembuhan untuk pelakon cantik manis kesayangan ramai ini.

Sumber/Foto : Instagram Ardell Aryana, Sinar Harian

 

 

Published by
Netty Ah Hiyer