Masuk saja dalam pasar raya, terus mata melihat senarai barang yang hendak di beli. Oleh sebab mak-mak kejar masa, jadi setiap barang yang ada dalam senarai terus dicapai tanpa melihat dengan teliti barang yang diambil itu.
Balik ke rumah, barulah perasan, barang yang dibeli dalam tin ada kemek sedikit, tarikh luput yang tak jelas dan sebagainya. Mahu tukar balik, macam buang masa sahaja. Nak tak nak pakai ajelah. Bagi mak-mak yang begitu teliti dan prihatin tentang kesihatan, jalan terbaik, buang. Inikan dah satu lagi kerugian.
Ini dia, ada beberapa perkara atau tip yang boleh mak-mak perhatikan betul-betul tentang makanan dalam tin. Bukan sahaja melihat ketelitian keadaan barangan ini tetapi kena teliti daripada semua aspek.
1. Semasa membeli, mak-mak kena perhatikan label pada pembungkus makanan. Walaupun kadang-kadang mak-mak hanya melihat senarai yang sudah siap ditulis dari rumah tetapi ada juga nafsu keinginan untuk mencuba produk lain. Sudahnya, mak-mak kena lihat dulu mutu barangan tersebut dan tarikh akhir yang tertera.
2. Roti, susu, coklat, minyak masak adalah makanan yang wajib ada. Jadi, semasa membeli ada beberapa panduan yang mak-mak kena tahu.
* Baca bahan yang terkandung dalam pembungkus makanan untuk memastikan tahap kolesterol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.
* Elakkan membeli makanan dalam tin yang berkarak, kemek atau menggelembung.
* Pastikan makanan yang mak-mak beli dalam keadaan baik dan belum tarikh akhir yang ditertera.
* Jangan sesekali membeli makanan yang tamat tempoh walaupun dijual pada harga yang lebih murah. Bimbang makanan itu sudah rosak dan boleh membahayakan kesihatan keluarga.
* Akhir sekali, baca dengan teliti arahan cara menyimpan yang telah tertera pada label. Ini untuk mengelakkan makanan jadi rosak sebelum tamat tarikh akhir.