Negara dikejutkan pagi tadi dengan pemergiaan pelawak lagenda tanah air, Datuk Jamali Shadat yang telah kembali ke ramahtullah pada jam 8.45 pagi.
Jamali menghembuskan nafas terakhir pada usia 78 tahun, selepas beberapa bulan uzur dan tidak sihat. Berita tersebut dimaklumkan cucu Allahyarham, Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31, kepada media.
Allahyarham Datuk Jamali Shadat Sudah Tiada
Jamali menetap bersama anak dan menantunya di Pulau Indah, Klang. Allahyarham meninggalkan lapan anak dan 39 cucu.
Ads
“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya Isyraq Ariff.
Terdahulu Allahyarham dikatanya mengalami kemurungan semenjak pemergian isterinya, Lela Yacob, lebih dua tahun lalu, selain kesihatan yang mula merosot.
Sinonim Dengan Watak Atan
Pada era kegemilangannya sekitar tahun 1980an, Allahyarham cukup dikenali sebagai seorang pelawak yang banyak menyampaikan mesej dalam persembahannya dan terkenal dengan kebolehan meniru pelbagai watak suara termasuk dalam bahasa Mandarin, Tamil dan lain-lain.
Malah Allahyarham juga sinonim dengan watak kanak-kanak bernama Atan bersama datuknya yang sering menjadi trademark dalam setiap persembahan komedinya, baik di pentas mahupun di kaca TV.
Seperti mana yang dilaporkan di Sinar Online, pemergian Datuk Jamali Shadat turut turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri di Facebooknya.
“Dukacita dimaklumkan bahawa Datuk Jamali Shadat telah meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Pelabuhan Klang.
Ads
“Perginya seorang seniman. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.
“Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Jamali Shadat,” katanya.
Anak keenam beliau, Fauzi, 48, berkata, bapanya banyak mendiamkan diri, murung dan kerap tidur selepas kematian ibunya, Allahyarham Lela Yacob pada Jun 2018.
Menurutnya, tahap kesihatan dan ingatan Allahyarham yang menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis juga merosot sejak dua tahun lalu.
SalamTakziah Dari Pengiat Seni & Peminat
Sumber: Sinar Harian Sumber Foto: Instagram Isyraq Ariff
Zulin Aziz kunci mulut punca pergaduhan dengan suami. Lumrah dalam perkahwinan, pastinya ada dilambung badai apatah lagi usia perkahwinan yang masih muda.
Tidak ada angin dan ribut, pelakon dan pengacara terkenal, Zulin Aziz sebelum ini mengejutkan peminat dan pengikutnya di akaun Instagram dengan berkongsi hantaran mengenai status rumah tangganya.
Dalam hantaran yang dikongsikan Zulin sebelum ini memberi bayangan rumah tangganya dengan Farhan Norzaini yang berusia 14 bulan seperti tidak dapat dipertahankan lagi. Pada masa yang sama Zulin juga menegaskan perkongsian mengenai rumah tangganya dengan bukanlah sekadar gimik yang didakwa segelintir warganet.
Zulin dan suami kemudiannya memberitahu mahu perbaiki rumah tangga.
Zulin Aziz Kunci Mulut Punca Pergaduhan Dengan Suami
Pasangan yang bernikah di Masjid Negara, pada 20 Februari tahun lalu itu sewaktu Aidilfitri, kelihatan begitu bahagia menyambut Syawal bersama.
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Zulin Aziz memberitahu dek kerana menghormati keluarganya, dia memilih untuk mengunci mulut dan enggan mendedahkan secara terperinci punca pergaduhan dengan suami.
Malah dia memohon agar mendoakan yang terbaik buat rumah tangga mereka.
“Doakan yang baik-baik hubungan kami semakin rapat selepas apa yang berlaku.
“Lebih baik saya tidak memanjangkan perkara ini.
“Orang boleh membuat spekulasi tentang apa yang berlaku, tetapi hanya kami berdua saja tahu puncanya.
“Lagi kita bercakap, lagi banyak perkara tak baik keluar dari mulut orang.
“Itu adat dalam rumah tangga, apatah lagi kami baru setahun dalam perkahwinan. Kadang-kadang perkara-perkara kecil pun boleh menjadi punca.
“Apa pun kami berdua berdoa semakin matang,” ungkap Zulin.
“Ko kaya Alhamdulillah. Kaya bukan tiket you untuk hina orang lain”. Ini reaksi Azza Elite terhadap individu yang memuat naik status menyindir surirumah yang membeli handbag tiruan untuk bergaya time raya.
Menerusi posting di Instagramnya, Azza mengatakan sepanjang dia melakukan kerja amal di Facebook dan Instagram, wanita yang memakai handbag biasa inilah golongan suka menderma.
“You tau kalau I buat charity dalam FB or IG orang yang mana mula sedekah dulu. Let me tell you sister, orang yang pakai bag biasa ini lah yang keluarkan duit. I selalu tengok orang yang betul kaya, they will never hina orang lain,”ujar Azza.
Marketing Sampah Hina Orang
Dalam posting itu juga, Azza menegaskan dia sengaja menconteng nama individu yang memuat naik posting itu kerana tidak mahu pengikutnya pergi ke page tersebut.
“Orang dah tak buat marketing sampah macam ni. Orang pergi page you, orang kecam you. You boleh hidup kena macam tu. I is kenot brain…What a cheap marketing.
“Kaya tu biar budiman. Sister kita hidup makin berisi makin tunduk ke bumi ok. Jangan mendongak ke langit kalau jalan, takut jatuh ke bumi sakit nanti,”tegas Azza.
Azza sempat berpesan agar individu tersebut tidak berlagak kerana katanya orang yang pakai hand bag biasa itulah yang selalu bantu peniaga.
Posting itu bukan sahaja menarik perhatian Azza Elite malah turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen menyelar tindakan individu yang tidak bertanggung jawab tersebut yang dikatakan terdesak menjual produk dengan menggunakan strategi pemasaran ‘murahan’.
Sumber Instagram azzaelite
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baju Sarat Mesej Pilihan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Pereka Fesyen Dedah Simbolik Gaun Berlian Bersulam Tangan. Baru-baru ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menghiasi pentas di Konsert Fenomena Siti Nurhaliza di Singapura dengan menggayakan gaun yang direka oleh pereka terkenal Fiziwoo.
Menariknya, gaun yang dihiasi ribuan berlian bersulam tangan ini mempunyai simbolik yang tersendiri. Gaun yang berfungsi sebagai kanvas berkilauan, mengubah penghormatan peribadi menjadi paparan seni dan penghormatan yang menakjubkan.
Penghormatan Menakjubkan
Gaun FOR YOU
Gaun yang mesra dipanggil ‘For You’ oleh peminat setianya, Sitizoners, sangat menyentuh hati Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Dengan menggabungkan palet warna hitam, putih, hijau, dan merah, pakaian itu melambangkan kekuatan dan harapan, secara simbolik menggemakan tema solidariti dan ketahanan.
Dicipta dengan perhatian yang teliti, gaun ini mengandungi naratif peribadi yang signifikan, termasuk penghormatan kepada suaminya dan anak perempuannya, serta refleksi mengenai nasib Palestin.
Kata-kata seperti “Khalid, untuk kamu adalah cahaya saya”, “Afwa Al Aafiyah, untuk kamu adalah tonggak kekuatan dan masa depan ratusan jiwa” dan “Dr Mohanad, untuk kamu adalah jambatan harapan” diintegrasikan dengan lembut ke dalam rekaannya, menambahkan lapisan makna dan emosi.
Mesej Penuh Emosi
Menurut pereka fesyen Fiziwoo, kehadiran mesej-mesej yang penuh emosi ini, ditambah dengan skema warna simbol yang mencerminkan bendera Palestin, menekankan komitmen Dato’ Sri Siti Nurhaliza terhadap advokasi dan solidariti.
Malah antara mesej yang disampaikan melalui seorang pejuang, Dr. Mohanad. Beliau merupakan seorang wira yang diiktiraf di Palestin turut menyatakan rasa terima kasih yang mendalam.
Penyanyi nombor satu negara itu menerima kecaman aktivis anti-Israel apabila dia berkongsi pentas dengan penerbit dan komposer terkenal, David Foster menerusi Konsert Eksklusif `Hitman Returns – David Foster and Friends’ di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
“Di tengah-tengah perjuangan dan kesusahan kami, isyarat solidariti anda bersinar dengan mendalam.”
Tambah Fiziwoo lagi, gaun tersebut meneruskan naratif dari kerjasama pertama mereka dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sekaligus menandakan bab penting dalam perkongsian kreatif mereka.
Busana rekaan duo Fiziwoo yang dinamakan red tulle ball gown pernah digayakan oleh penyanyi kesayangan ramai ini pada Konsert Siti Nurhaliza On Tour 2019 pernah mendapat perhatian ramai apabila pereka fesyen ini menjadikan beberapa lirik lagu popular Dato Sri Siti Nurhaliza sebagai rujukan utama pada baju berkenaan.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...